Isi Kandungan
ToggleSetiap wanita pasti inginkan rumah mereka kemas, cantik, tersusun dan sedap mata memandang, ada mereka juga yang menjadikan alasan ”banyak duit boleh lah nak deco cantik-cantik” sedangkan sebenarnya dengan modal tidak tinggi pun boleh mewahkan rumah asal kena dekonya. Dekorasi yang ditampilkan ini begitu mengujakan kerana ia telah mengubah landskap asal rumah tersebut kepada sesuatu yang menarik dan mewah
Gambar sebelum rumah diubahsuai :
Gambar selepas diubahsuai :
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Idea Laundry Room Ini Bakal Buat Kediaman Anda Lebih Kemas Dan Teratur
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju. Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian. Selain itu, point lain yang perlu kita ambil kisah ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya. Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.
- Sinki, ruang melipat dan tempat menggantung pakaian dikelilingi kabinet kayu warna gelap. Mesin basuh dan dryer disusun bertindih agar dapat menjimatkan ruang.
2. Laundry room bertemakan scandinavian moden serba putih dengan kemasan kayu sebagai counter top ini nampak segar dengan simbahan pencahayaan semulajadi iaitu cahaya matahari.
3. Warna mint green yang dipadankan dengan jubin bercorak geometri nampak lembut dan kemas. Kabinet built-in pula dibina untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan.
4. Lantai gelap tampak menonjol apabila dipadankan dengan all white interior. Kabinet ceiling to floor di pasang untuk memberi lebih ruang penstoran agar anda dapat meletakkan pelbagai barangan yang berkaitan. Lebih nampak kemas dan tersusun.
5. Tingkap dua daun sebagai focal point ruang memberikan ilusi bilik yang luas. Warna kelabu kabinet sangat cantik digandingkan dengan warna hijau jubin backsplash. Membina laundry room sebenarnya tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh juga kelihatan seperti ruang rahsia yang disembunyikan.
6. Ruang kecil tidak menjadi penghalang untuk anda menyusun atur bilik cucian agar nampak kemas. Gunakan setiap penjuru yang ada dengan bijak agar dapat bergerak dengan selesa ketika melakukan kerja di bilik laundry.
7. Baju, tuala dan bahan cucian tersusun rapi di atas rak yang dipasang cermat. Jubin dinding dipasang agar ruang nampak menarik selain mudah untuk dibersihkan.
8. Rak dinding diisikan dengan bakul untuk baju yang telah dilipat atau barang keperluan di bilik cucian. Penyangkut juga boleh dipasang pada dinding untuk alatan seperti penyapu, penyodok dan berus.
9. Kombinasi warna biru, soft pink dan marble amat sesuai untuk jiwa yang lebih muda. Terdapat juga artwork yang digantung pada dinding untuk menaikkan mood ruang.
10. Layout yang memanjang mungkin membuatkan bilik nampak sempit tetapi dengan penggunaan warna putih dan siling gelap, ruang dapat ditransform menjadi lebih selesa dan tersusun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Saiz Kompak Nampak Luas & Selesa Dengan Konsep ‘Farmhouse’
Konsep ‘farmhouse’ atau rumah ladang ala Inggeris itu kini semakin digemari, khususnya bagi yang sukakan gaya desa. Ia menerapkan rekaan dalaman rumah yang hangat dan romantik kerana dekat dengan alam serta kedesaan Inggeris.
Konsep ini juga sesuai bagi rumah yang bersaiz kompak dan kecil. Kediamannya yang kompak akan kelihatan cozy dan yang paling penting impak dekorasi yang dipilih menghasilkan ruang kelihatan lebih luas.
Seperti pemilik kediaman jenis teres Watie Abdullah diy sendiri ruang dapur dan patio dengan konsep ‘Farmhouse’ ini.
Ini perkongsiannya :
“Start deco dari nov tahun lepas, buat berdua laki bini je. Moga dapat beri inspirasi untuk semua.”
Ruang tamu. Termenung juga mula-mula dulu nak dedekor macam mana la ruang terhad.
Fire place untuk rumah farmhouse mesti nak kene ada ni, acah je la nak vibe rumah orang putih.
Ruang makan dan dapur. Nampak kecik betul.
Table bar ni diy sendiri dan kerusi dari ikea
meja tu custom made tahun 2017 lagi. Memang dari dulu suka elemen kayu
Ruang bawah island tempat simpan jajan untuk anak-anak buah
Cermin tingkap buat sendiri sbb nak nampk lebih rustik.
Backsplash jenis sticker, dekat shoppe banyak jual.
Baca Lagi Di Sini:6 Trik Super Jadikan Bilik Tidur Bebas Debu Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik:3 Tip Untuk Bilik Tidur Kekal Sejuk Dan Nyaman Tanpa Air-Cond
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri
Isi Kandungan
ToggleImpian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri. Pelakon, penyanyi dan model berbakat besar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin,30 atau lebih dikenali Daiyan Trisha ada berkongsi beberapa foto sudut interior di rumahnya yang telah siap dihias indah. Antaranya di ruang pintu masuk rumah (foyer), ruang makan, ruang tamu, dapur, bilik baju (wardrobe), bilik tidur dan sebagainya.
Pemilihan warna lembut dengan tema ‘earth colour’ jelas melatari konsep kediaman. Cukup cosy, tenang dan mendamaikan! Pemilihan rekaan perabot, aksesori dan perhiasan rumah pula cukup moden dan simple namun penuh berseni, berada dalam kelas yang tersendiri.
Dalam perkongsian ringkas di Instagram Daiyan mengakui sangat jatuh cinta dengan rumah yang didiaminya sekarang. Bagaikan impian menjadi kenyataan apabila rumah yang diimpikan selama ini berjaya direalisasikan.
“I love my house so so much. A dream to live in, Alhamdulillah” ujarnya.
Landskap Laman ‘Zen Garden’
Mengintai di ruangan laman rumah pula, pelakon drama bersiri Projek: High Council ini selesa memilih landskap berkonsep laman Jepun, ‘Zen Garden’ yang mampu memberi ketenangan buat dirinya setiap kali pulang ke rumah.
“Finally, my own dreamy zen space. A peaceful sanctuary to come home to. I love my little bonsai trees so much, ujar Daiyan.
Rumah Banglo Lengkap Kolam Renang
Menerusi perkongsian sebelum ini, hasil kerja keras dalam bidang seni, Daiyan berjaya membeli rumah impian yang merupakan sebuah kediaman jenis banglo dua tingkat yang turut dilengkapi dengan kolam renang di kawasan laman kediamannya. Ia juga merupakan aset hartanah kedua bagi penyanyi ini, yang sebelum ini tinggal di kondominium.
Struktur rekaan luar bangunan tampak moden dan sangat bergaya. Ruang dalaman pula tersergam indah dengan tangga rumah yang berkonsepkan ‘modern industrial’.
Mesti Baca:Belum Mencecah Usia 30 Tahun, Daiyan Trisha Berjaya Miliki Rumah Pertama
Baca Lagi Di Sini:Empat Bulan Berniaga Atas Talian, ORANG ASLI Bangga Miliki Rumah Impian
Artikel Menarik:Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Tak Sabar Tunggu Rumah Impian Siap, Turun Padang Tengok Progress Kerja Kontraktor
IMPIANA: Tahniah Daiyan, pada usia muda telah berjaya memiliki rumah impian yang cantik dekorasi hiasan dalamannya. Semoga menjadi inspirasi buat anak muda yang lain, supaya terus bekerja keras dalam menggapai impian untuk memiliki rumah idaman.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI