Setiap wanita pasti inginkan rumah mereka kemas, cantik, tersusun dan sedap mata memandang, ada mereka juga yang menjadikan alasan ”banyak duit boleh lah nak deco cantik-cantik” sedangkan sebenarnya dengan modal tidak tinggi pun boleh mewahkan rumah asal kena dekonya. Dekorasi yang ditampilkan ini begitu mengujakan kerana ia telah mengubah landskap asal rumah tersebut kepada sesuatu yang menarik dan mewah
Gambar sebelum rumah diubahsuai :
Gambar selepas diubahsuai :
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’ ANDI BERNADEE, Serlah Estetik Kediaman
Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’ ANDI BERNADEE Serlah Estetik Kediaman. Cantik dan cukup mendamaikan kediaman baru milik penyanyi dan pelakon Andi Bernadee,32 ini.
Terkenal dengan lagu “Donde”, baru-baru ini Andi ada kongsikan ‘house tour’ dekorasi hiasan dalaman di rumahnya yang baru sahaja siap.
Rumah Berkonsep ‘Modern Earthy’
Andi menggunakan khidmat pereka daripada Legit Interior untuk hiasan dalaman di rumahnya yang berkonsep ‘Modern Earthy’.
Menurut pereka, rumah berkonsep ‘Modern Earthy’ ini merupakan kediaman berkonsep moden rona ‘beige’ dengan campuran ‘Earthy’ motif dan sedikit detailing ‘natural wood’ bagi memberi impak aesthetics. Ia mempunyai satu warna dengan tona yang berbeza.
Pelbagai dekorasi ruang rumah dikongsikan seperti ruang tamu, ruang makan, dapur basah dan kering, bilik tidur dan sebagainya.
Keunikan Rumah Konsep Modern Earthy Andi Bernadee
1. Material perabut ‘Solid Wood’ dari scheme color gelap kepada semi terang, perabut bina dalam (built in) dengan kemasan ‘sintered stone’ yang menyerlahkan lagi ruang makan.
2. Kemasan lantai rekaan’Herringbone’ dan rekabentuk siling UFO (melengkung dan 2 lapisan) dengan kemasan cat dinding dan siling yang sama, mencetus impak ruang lebih luas dan urban.
3. Feature wall kediaman dengan ‘wall panel stone + wall mirror’ yang secara tidak langsung mencipta ‘vibe’ dalam gua dengan scheme color earthy! moden tapi dalam arah yang minimal.
4. Kemasan pada kaunter top dan backsplash di dapur juga menggunakan ‘sintered stone shining finished’. Begitu juga ruang Kaunter Pulau berukuran 8 kaki.
5. Walk in closet yang direka bentuk seperti ‘clothing store’.
6 Setiap bilik juga mempunyai ‘full height’ kabinet untuk memaksimumkan penstoran.
IMPIANA: Wah cantiknya interior rumah Andi Bernadee yang berkonsep Modern Earthy ini. Memang nampak cosy! dan terserlah nilai estetik pada kediaman.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca:Intai Rumah Lisa BLACKPINK Bernilai RM25.9 Juta, Rekaan Minimalis Moden!
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Penggunaan Rona ‘Moss Green’ Dan Putih Menghiasi Kediaman Indah
Ciri-ciri kediaman idaman ramai sudah tentunya mempunyai ruang yang selesa, tenang dan santai sesuai dengan fungsi rumah itu sendiri. Selain sebagai tempat berteduh, rumah juga merupakan sebuah santuari buat pemilik untuk merehatkan fizikal dan minda. Oleh kerena itu, pemilihan konsep dan susun atur ruang perlu diberikan perhatian agar seiring dengan fungsi sebuah rumah.
Impiana kongsikan sebuah kediaman yang di dominasi rona hijau lumut atau moss green serta dipadankan bersama warna putih.
Jika dilihat dengan teliti, pemilik konsisten dengan pemilihan warna bermula dari bahagian luar rumah, higgalah ke setiap ruang. Selain hijau dan putih, warna coklat pada sofa, lantai serta beberapa aksesori lain juga telah dapat mengharmonikan suasana ruang yang menimbulkan rasa tenang dan santai.
Kehadiran tumbuhan hijau berlainan jenis di beberapa sudut kediaman ini juga telah menambah seri dan juga dapat membersihkan udara.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Deko Bajet Hasil ‘Wow’
Rumah teres jenis setingkat milik Mohd Firdaus Tahir yang bertempat di Klang, Selangor dengan keluasan 1500 kaki dilengkapi dengan ruang tamu yang cukup selesa, tiga bilik tidur dan sebuah dapur yang melengkapkan nadi kediaman ini.
Pastinya ramai akan teruja dengan cerita di sebalik kediaman ini, dengan hanya berbelanja kecil tetapi rumah milik peribadinya ini mampu kelihatan seperti sebuah syurga mahligai indah serba lengkap. Inilah yang dikatakan bijak berbelanja menang memakai.
Anak kedua dari empat beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini memilih konsep moden dan Inggeris bagi kediamannya. Bukan itu saja malah gabungan moden dan Inggeris ini tidak mengehadkan Mohd Firdaus untuk berkarya.
“Ruang tamu diwujudkan dengan ciri-ciri tenang mendamaikan, pilihan warna lembut dan warna asas yang sesuai menjadikan kediaman saya cukup selesa. Saya jenis yang cukup minat dalam bidang dekorasi dan tak suka terikat dengan satu. Jadi saya ambil keputusan untuk mix and match hiasan dalaman rumah.
“Bagi rumah saya yang agak kecil, saya cuba elak menggunakan warna gelap sebabnya warna sebegini akan membuatkan ruang tamu nampak sempit. Sebaliknya saya gunakan warna-warna yang lembut untuk memberikan impak luas pada sesuatu ruang. Warna terang boleh digunakan pada salah satu dinding untuk dijadikan fokus utama sesuatu ruang,” ujar Mohd Firdaus membuka bicara.
Beli Barangan Yang Digemari
Ketika berbual-bual dengannya, Mohd Firdaus menerangkan secara keseluruhan hiasan rumah adalah daripada ideanya sendiri. Bagi mendapatkan idea baru, dia gemar berkunjung ke kedai-kedai hiasan dalaman. Pada waktu itu dia akan membeli barang perhiasan yang digemari dan sesuai dengan kediamannya.
“Saya tidak berkira sangat mengenai harga barang perhiasan yang saya beli asalkan berkualiti, cantik dan tahan lama. Setakat ini saya telah peruntukan untuk dekorasi dan perabot lebih kurang RM40,000 tanpa sebarang pengubahsuaian rumah.
“Bagi saya biarlah rumah kita nampak cantik dan menggembirakan hati kerana rumah adalah tempat berehat setelah pulang daripada kerja. Malah saya sanggup berhabis untuk mempunyai dekorasi pilihan hati sebab ia memberi kepuasan kepada saya.
“Inspirasi untuk menghias datang melalui majalah dekorasi, Internet, Grup Dekorasi, showroom IKEA dan showroom SSF. Sebab dari situ saya ambil idea cara susunan dan hiasan rumah agar nampak lebih kemas,” tambah Mohd Firdaus yang menggemari ruang tamu dan ruang makanan kerana kedua ruang ini merupakan tempat yang paling kerap dirinya menghabiskan masa.
Minat Hias Rumah Sejak Kecil
Bertugas sebagai jurutera minyak dan gas, Mohd Firdaus yang berasal dari Kedah ini minat menghias rumah sejak dari kecil.
“Minat saya bercambah sejak kecil terhadap hiasan rumah apabila selalu tengok ibu mengemas rumah. Dalam masa yang sama saya memang suka tengok benda cantik dan menarik.
“Bagi saya tak salah rasanya jika lelaki pun suka menghias rumah. Malah ada sesetengah lelaki berkemas lebih cantik dan kemas. Tapi dalam bab menghias ini kena tengok pada kemampuan diri sendiri. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Saya menghias mengukur bajet yang termampu.
“Saya sebenarnya minat menghias sejak zaman duduk rumah sewa yang lama lagi. Walaupun berkongsi sampai enam orang satu rumah tetapi saya tetap menghias mengikut kemampuan waktu tu,” tambah Mohd Firdaus yang akan membersihkan kediamannya seminggu sekali dan menjadikan penyedut hampa gas sebagai sahabat untuk memudahkan kerja menyedut segala habuk.
Walaupun rumah yang didiami hanyalah rumah sewa, namun Mohd Firdaus tidak menjadikan ia satu penghalang. Malah keluasan rumah yang agak terhad memberi cabaran dalam menyusun atur dalaman rumah nampak tidak serabut dan kemas.
Mohd Firdaus juga menjelaskan dia sudah memiliki rumah sendiri namun masih belum terfikir untuk meninggalkan rumah sewanya yang cukup selesa ini.
Mohd Firdaus Kongsi 10 Tips Rumah Sentiasa Tampak Bersih
- Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.
- Kaji selidik dulu harga barang yang mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.
- Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit.
- Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.
- Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil, kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.
- Guna satu warna yang terang sebagai fokus agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula. Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.
- Rujuk majalah, group decoration atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.
- Bagi yang bajet terhad Mohd Firdaus mencadangkan IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik.
- Kena rajin mengemas agar rumah sentiasa cantik dan kemas.
- Kesimpulannya semuanya bermula dari merancang, mengkaji, bajet, fungsi ruang, susun atur, warna dan diakhiri dengan kerajinan supaya rumah sentiasa cantik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI