Jika bercakap tentang teknologi, satu perkara yang boleh kita persetujui ialah ianya sentiasa boleh ditambah baik. Tidak kira betapa pintarnya ciptaan tersebut, pasti ada kekurangan. Hal ini termasuklah gadget atau alatan elektronik yang mempunyai wayar atau kabel berselirat dan berpintal-pintal seperti yang terdapat pada tv, wi-fi, telefon, komputer dan bermacam lagi barang dirumah yang bukan sahaja merimaskan, malah memburukkan pemandangan. Aktiviti mengemas rumah juga pasti akan terbantut dengan kehadiran wayar-wayar yang mengganggu dan menyakitkan mata tersebut. Selagi boleh disorok, memang kita selit saja wayar dimana-mana tapi bila sudah terlalu banyak, panjang dan berbelit, nak tak nak terpaksa biarkan berjuntai dan tidak berkemas.
Tapi tahukah anda bahawa dengan sedikit kreativiti, anda boleh menukar ‘keserabutan’ tersebut menjadi lebih kemas dan menarik? Dan yang penting, tak perlu berbelanja banyak pun untuk menjadikan kediaman anda lebih selesa dan sedap mata memandang. Disini IMPIANA sudah kumpulkan beberapa idea bernas yang boleh anda jadikan panduan dan ilham. Selamat mencuba!
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki dapur putih sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia nampak luas, putih dan bersih. Tetapi masalah paling utama ialah ia cepat kotor dan ada kalanya cepat melekat kesan kotoran hitam yang lama kelamaan akan membuatkan kabinet dapur kelihatan berdaki dan kusam. Teknik yang diajarkan oleh wanita ini mampu mengekalkan kabinet dapur anda kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Tekniknya ialah lakukan pembersihan dan perlindungan pada permukaan kayu putih tersebut dengan menggunakan larutan cuka dan air dan lapkan permukaan kabinet tersebut. Kemudian sudahi dengan menyapu olive oil sebagai protection daripada kesan kotoran. Lakukanj setiap 6 bulan dan hasilnya kabinet putih anda tahan lama dan kelihatan putih berkilat seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tip ‘awet’ kayu supaya tak mudah reput dan rosak walaupun terdedah hujan, panas. Selalunya masalah yang sering dialami ialah kayu yang digunakan untuk kerja-kerja DIY menjadi reput dan rosak.
Sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini, tiada lagi masalah kayu reput dan rosak. Jadi tidak perlulah kita kerap beli kayu baru bagi menggantikan kayu-kayu yang reput dan rosak.
PETUA MENGAWET KAYU
Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semula jadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu.
Saya gunakan sebungkus ubat gegat. Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan.
Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayusudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih empat tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini.
Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini sudah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Selepas beberapa tahun, sudah tentu akan ada masalah yang timbul dengan peralatan di rumah. Salah satu benda yang terkesan ialah kelajuan kipas siling. Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi ini ; walaupun sudah dibersihkan dan dibuang segala habuk pada bilahnya, kipas masih lagi terasa perlahan dan panas.
Hal ini mungkin terjadi kerana ada kerosakan kecil pada bahagian dalaman kipas. Hendak beli yang baharu, mungkin belum ada bajet lagi. Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kelajuan kipas siling yang sudah menurun prestasinya? Mengikut perkongsian pemilik akaun fb Encik Md Helmee Abu, kipas siling boleh dibaiki sendiri dengan kos yang amat murah. Lebih jimat dan pasti berkesan!
Nota : Didalam posting nya, Encik Helmee telah memfokuskan pada kipas siling jenama KDK atau Panasonic jenis 5 bilah.
LANGKAH #1
Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :-
Ring
Cover sensor
LANGKAH #2
Tanggalkan ring pada kipas siling tersebut dengan memusing mengikut arah “open” kemudian tanggalkan.
LANGKAH #3
Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka menggunakan Phillips screwdriver)
LANGKAH #4
Tanggalkan 2 wayar socket.
LANGKAH #5
Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
LANGKAH #6
Alat yang diperlukan ;
soldering iron
solder wire
capasitor
LANGKAH #7
Desolder capasitor lama (di bahagian bawah board)
LANGKAH #8
Tanggalkan capasitor lama.
LANGKAH #9
Kemudian masukkan capasitor baru.
LANGKAH #10
Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)
LANGKAH #11 Board yg telah siap diganti capasitor.
LANGKAH #12
Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)
LANGKAH #13
Hidupkan suis kipas siling anda dan rasai perbezaan kelajuan nya.
Jangan lupa untuk pasang semula penutup sensor ya.
p/s ; anda boleh dapatkan kapasitor baru di hardware atau kedai barangan elektrik dengan harga lebih kurang RM2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.