Tidak semua di antara kita bernasib baik apabila baru berkahwin tetapi telah mempunyai sebuah rumah besar lengkap dengan perabot dan sebagainya. Kebanyakan daripada pasangan baru berkahwin bermula dengan kosong dan berdikit-dikit menyediakan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga. Ada yang mengambil masa bertahun dan ada pula yang bijak merancang lalu mereka berjaya menghias kediaman dengan kos yang rendah tetapi cantik.
Ini yang dilakukan oleh Jazlan Nangar iaitu seorang jurugambar profesional. Beliau dan isteri mengumpul barang dekorasi sedikit demi sedikit dan kebanyakannya dibeli dengan harga yang berpatutan. Caranya adalah rajin survey kedai-kedai barangan dekorasi dan ada juga yang dibeli di Ikea (as-is). Paling unik kayu palet yang disusun menjadi rak tv. Kreatif dan yang penting bijak jimat kos.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Betul Simpan Buah Tembikai Agar Tahan Sehingga Lebih 2 Minggu
Menurut laman Wikipedia, tembikai, semangka atau timun cina merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dan berada dalam keluarga cucurbitaceae.Buah ini mempunyai kulit yang licin dan isi yang berair dan manis. Ia juga mengandungi pelbagai kelebihan dan kebaikan untuk kesihatan.
10 KELEBIHAN MAKAN BUAH INI
1. Menambah Imun Dalam Badan
2. Membantu Kesihatan Jantung
3. Melegakan Sakit Pada Otot
4. Mencegah Batu Karang Dalam Buah Pinggang
5. Membantu Proses Detoks
6. Membantu Melawan Penyakit Kanser
7. Melindungi Kesihatan Kulit
8. Merangsang Kesihatan Mata
9. Membantu Menurunkan Berat Badan
10. Mengurangkan Pedih Ulu Hati
Mungkin selama ini anda hanya membeli buah tembikai dan tidak mengetahui seberapa lamakah jangka hayat buah tembikai apabila disimpan. Ha, tahukah anda,ia juga mempunyai “tarikh luput” sama seperti bahan makanan yang lain!
Menurut National Watermelon Promotion Board, buah ini mempunyai jangka ketahanan yang cukup lama, iaitu sehingga tiga ke empat minggu setelah dipetik dari kebun.
Jadi, bagaimana hendak menyimpan agar tahan lama?
Cara paling mudah untuk menyimpan adalah anda hanya perlu meletaknya di atas meja dan biarkan begitu sahaja kerana ia tidak mudah busuk, atau letak di mana-mana kawasan yang teduh dan suhu yang tidak telalu panas.
Ia tidak perlu disimpan dalam peti sejuk kerana ia hanya akan memakan ruang peti sahaja. Namun, jika tembikai sudah dipotong, anda harus menyimpannya di dalam peti ais kerana tembikai yang sudah dipotong teksturnya pasti akan berubah dan ia hanya bertahan selama 3-5 hari sahaja.
Untuk menghindari buah tembikai daripada cepat busuk saat dimasukkan ke dalam peti ais, lebih baik anda tutup bahagian yang terdedah dengan pembalut plastik.
Follow Youtube IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Kotoran Minyak dan Daki Pada Dinding
Kotoran yang paling mudah untuk dilihat adalah kotoran pada dinding. Jika anda malas untuk membersihkannya maka kotoran itu mungkin akan kekal dan sukar untuk ditanggalkan kelak. Antara kotoran yang sering terdapat pada dinding seperti dakwat pen, sisa makanan, debu hama dan lain-lain. Walaupun produk cat kini mempunyai kelebihan untuk bersihkan kotoran hanya menggunakan air sahaja namun prosesnya memerlukan waktu yang cukup lama. Untuk lebih efektif, Kenapa tidak anda menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah berikut untuk membersihkan kotoran dinding anda?
1. Lemon
Buah lemon sering digunakan sebagai bahan pembersih utama dalam apa jua produk. Ini kerana asid yang terkandung dalam lemon sangat kuat tindak balasnya. Oleh itu, salah satu manfaat buah ini adalah mampu menghapuskan kotoran pada dinding. Anda hanya perlu potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon itu pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon itu kekal mengharumkan segenap ruang.
2. Ubat Gigi
Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menaggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.
3. Bedak
Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mengusap bedak pada permukaan dinding menggunakan tangan kemudian lap sahaja menggunakan kain bersih.
4. Baking Powder
Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.
5. Cuka
Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.
6. Losyen Kulit
Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.
7. Alkohol
Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Manfaat Garam Yang Perlu Anda Tahu
Garam memang tak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Selain daripada penting dalam masakan, garam juga ada manfaat dan kegunaan lain. Di sini IMPIANA kongsikan 5 manfaat garam yang perlu korang tahu.
1. Mencerahkan warna pakaian
Jika korang mempunyai pakaian yang sudah pudar, korang tak perlu risau kerana ada cara mudah untuk mencerahkannya. Korang hanya perlu masukkan garam yang dah dicampur dengan sedikit air ke dalam baldi atau besen yang berisi pakaian. Kemudian, gosok perlahan untuk mencerahkan warna pakaian yang pudar tersebut.
2.Mencegah semut
Masalah semut dalam rumah memang merunsingkan. Tahukah anda? garam boleh mencegah semut dalam rumah. Caranya mudah sahaja. Korang hanya perlu tabur garam di tempat laluan semut dan masalah korang akan selesai.
3. Menghilangkan kesan kotor pada kaca
Kesan lipstick pada gelas kaca boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan garam. Campurkan sedikit garam dengan satu liter cuka. Rendamkan gelas dengan campuran garam dan cuka tersebut dan biarkan semalaman. Akhir sekali, cuci gelas seperti biasa.
4. Menghilangkan bau kurang menyenangkan pada kasut
Garam juga berfungsi untuk menyerap kelembapan dan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada kasut. Caranya, taburkan sedikit garam dalam kasut dan biarkan seketika
5. Membersihkan span
Span yang dah kotor, jangan terus buang begitu sahaja. Ia boleh kembali bersih jika direndam dalam air garam. Garam bukan sahaja mampu membersihkan kotoran pada span. Malah, ia mampu membunuh bakteria pada span tersebut.
Garam merupakan bahan serbaguna yang boleh digunakan dalam khidupan seharian. Selain daripada mudah didapati, jimat, ia juga selamat digunakan. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI