Nama pemilik: Siti Nurain
Lokasi: Jeram, Kuala Selangor
Jenis kediaman: Rumah kampung kayu sebiji
Konsep: Moden kontemporari
Spesifikasi: 2 bilik, 1 bilik air, sebuah dapur dan ruang tamu
Binaan kayu sering dikaitkan dengan binaan tropika atau tradisional. Namun, dewasa ini pemilik lebih berani menongkah arus cuba lari dari kebiasaan. Seperti perkongsian dekorasi kediaman kayu yang pernah dipaparkan sebelum ini, walaupun penaataan dekorasi amat berbeza dengan fizikal asal kediaman kayu, ia tetap indah dan lebih praktikal.
Seperti kediaman yang dikunjungi Impiana baru-baru ini. Rumah milik Pak Tenun yang merupakan salah sorang penduduk terawal di sekitar Jeram kini di diami oleh anak saudaranya yang lebih mesra di kenali dengan nama Ain. Pak tenun kini mendiami sebuah kediaman yang lebih besar yang dibina bertentangan kediaman kayu ini. Kini, rumah kayu ini menjadi tempat berteduh buat Ain dan suami Bersama 2 orang anak mereka yang masih kecil.
Dari luar, memang jelas kelihatan kediaman ini amat sempit. Melangkahkan kaki memasuki kediaman ini lebih menguatkan pandangan penulis apabila melihat tersedianya sebuah ruang tamu yang kecil, 2 bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air yang secukupnya untuk ain seisi keluarga. Uniknya, binaan kediaman ini memaparkan ciri-ciri binaan rumah melayu lama di mana rumah ibunya dibina tinggi dari tanah.
Namun, memang tidak disangka kediaman ini sangat polos sebelum kehadiran ain sekeluarga. Pun begitu, strukturnya utuh walaupun telah dimakan usia. Ini menunjukkan pemilik asalnya Pak Tenun memang pandai menjaga rumah kayu ini. Jiwa muda Ain ingin kan sebuah kediaman yang lebih moden dan berani. Oleh itu, renovasi di ruang tamu dilakukan secara menyeluruh.
Memilih rona biru dengan gabungan konsep moden kontemporari, sebuah kediaman yang muram bertukar wajah penuh keceriaan. Pemilihan cat minyak mengikut rona pilihan Ain iaitu biru elektrik melapisi dinding polos yang dipilih sebagai feature wall. Nampak gelap kan? Namun pemilik bijak, dinding lain didominasi dengan rona biru langit. Secara tidak langsung, paduan dua rona ini dapat menyeimbangi antara satu sama lain.
Bukan sekadar dindingnya di alis cat baru, bahagian siling yang asalnya dikekuningan turut dicat dengan jenis kapur. Lantainya pula, diberi hamparan tikar getah dengan corak kayu. Padanan rona coklat tikar getah dan biru di dinding memang paduan yang sempurna. Setiap satu menyumbang karekter tersendiri pada kediaman ini. Jadi, Ain tidak perlu risau akan perincian yang lain.
Optimumkan setiap ruang, pemilihan perabot yang ringkas diabadikan. Di ruang tamu, cukup sebuah sofa tiga tempat duduk untuk menampuk keperlu keluarga ain. Sebagai tambahan, sebuah bangku yang mempunyai corak yang sama dipadankan. Tidak mahu ruang tamu yang kecil ini terlalu sarat, permaidani dengan corak ringkas memberi keselesaan tatkala bersantai diruang ini.
Menambahkan impak visual bagi ruang yang sempit, sebuah bingkai cermin dengan kemasan bingkai emas ditatah menyerlahkan lagi fungsi feature wall. Untuk memastikan dalam ruang yang sempit ini dapat turut menyediakan ruang santapa buat air seisi keluarga, sebuah set meja makan berbentuk bulat mengoptimumkan sudut yang di hadkan.
Tidak terhenti hanya disitu, perincian untuk menyerlahkan lagi kediaman ini turut dilakukan. Sudah pasti, pencahayaan menjadi fokus utama. Pemilihan lampu chandelier memberi penjelasan di ruang makan manakala track light menggantikan lampu kalimantang memberi peluang kepada pemilik untuk melaraskan pancaran yang diperlukan. Sedikit sentuhan mewah, kain langsir dengan percikkan emas mengantikan langsir asal yang tidak berpadanan antara satu sama lain.
Ain yang berwatakan kemas namun bersahaja amat menekankan keringkasan dalam dekorasi kediamanya. Bukan sekadar disebabkan oleh ruang yang terhad, malah memberi ruang legar buat si cilik yang sedang lasak bermain. Setiap komposisi yang di padukan mempunyai fungsi yang tersendiri dalam memaparkan sebuah dekorasi moden kontemporari yang diimpikan ain.
Nak tahu tranformasi yang dilakukan dengan lebih lanjut, jangan lupa tonton rancangan tv Impiana setiap Selasa Jam 12.30 tengah hari. Kalau tak sempat tengok, boleh tonton siaran ulangan pada hari yang sama jam 9.00 malam. Terlepas juga, boleh tonton bila-bila di VOD ASTRO