Mendiami rumah yang mempunyai hiasan lama bukanlah mudah, tetapi jika ia dirancang dengan teliti pasti hasilnya amat memberangsangkan dan menarik pada pandangan mata.
Penulis sendiri amat tertarik dengan konsep hiasan yang diterapkan oleh Pn Pn Amani Yusof selaku pemilik rumah dan pada masa yang sama bertugas sebagai seorang guru disebuah sekolah.
“Pada asalnya rumah ini hanya mempunyai hiasan biasa tanpa tema yang khusus seperti mana hari ini, dan minat untuk mendekor ini bermula, saya pilih tema warna bunga lavendar dalam rumah”, katanya.
Kediaman ini pada asalnya rumah kampung tradisional, dan tidak tahu dimana untuk memulakan hiasan dan selepas merujuk laman bualan serta perkongsian di FB saya rasa ia tidak menjadi masalah untuk rumah kampung ini diberi nafas baharu serta mengubah konsep dekor dalam luas rumah yang bersaiz 1125 kaki persegi, tambahnya lagi.
Untuk dekorasi ini, beliau menelan belanja sebanyak Rm8k. Ia melibatkan pembelian perabot, langsir dan beberapa pertambahan lampu hiasan berwarna biru nila untuk menambahkan lagi elemen tona lavender.
Ads
Mahligai indah ini didiami oleh beliau bersama suami dan seorang anak dengan kapasiti 2 bilik tidur, 1 tandas dan 1 bilik air.
Penulis amat tertarik dengan pilihan warna recesse light pemilik kediaman ini, ia tidak terlalu gelap dan terang. Ia cukup cantik, cukup padan. Dapurnya juga tidak ketinggalan, dihias moden dan sekali pandang seperti masuk dalam kediaman kondo.
Anda pasti tidak percaya setelah melihat koleksi gambar sebelum dan selepas dekor, penulis sendiri tidak percaya, tetapi hasilnya amat menarik.
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biru bukan, hijau pun bukan. Namun warnanya menjadi buah mulut ramai kebelakangan ini. Ada apa dengannya? Hijau merak warna asalnya dipudarkan menjadi biasan kehijauan dan kebiiruan yang mendamaikan juga dingin. Turquoise telah menjadi pilihan rami pereka baik dalam dunia korporat , fesyen apa lagi dekorasi.
Cukup seksi dipadankan dengan percikan jingga . Tetapi tampil maskulin jika digandingkan dengan ungu pudar atau biru muda. Paling indah disandingkan dengan merah jambu umpama teratai di tasik madu. Biar kontra tetapi entah apa jampinya di sini, rona kontra itu tampil begitu harmoni dilihat pada ruang beradu. Adakah itu sumpahan atau penawar?
Paling menarik diabadikan pada dinding kamar. Rona lembutnya yang dingin memberi satu ketenangan. Malah sesuai pula dalam apa juga konsep berdasarkan biasannya, pekat atau cair. Makin pastel makin cantik. Makin pekat kelam makin eksklusif dilihat. Cukup indah dipadankan buat kamar kanak-kanak, cukup romantis buat pengantin baru malah cukup tenang menyegarkan buat di kamar warga emas. Pilih sahaja yang mana sesuai dengan cita rasa kamu. Turquoise, kesegaran dalam nilai eksklusif.
Simple-simple je di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Benar kediaman moden kini lebih serasi dengan ragam konsep yang simple dan minima. Rumah pun makin kecil saiznya jadi eloklah kita pun memilih perabot yang sesuai dengan konsep ruang. Cara Elak Konsep Moden Dalam Rumah Rasa Bosan.
Moden kontemporari, ragam hias yang menitik beratkan nilai amali dan keselesaan. Jika anda bukan dari jenis orang yang sukakan hiasan dalaman, cukup sekadar ada kelengkapan, inilah konsep paling tepat untuk anda.
Dari aspek warna pun bagus. Mudah kita nak maintain. Kalau tak putih, hitam, kelabu. Jadi nampak elegan je rumah kita dengan rekaan ringkas kekotak semua benda termasuk sofanya. Jadi confirm rumah kita lepas 3 bulan raasa bosan , keras kejung je kan. Yelah semua macam kotak, warna pulak kelabu hitam macam berkabung. Anda boleh je touch up ruang yang ada agar nampak ada jiwa dan personaliti.
Kusyen kecil – Jangan lokek beli kusyen kecil yang beraneka ragam rekaannya. Jika mahu simple, anda boleh beli ilham tiga serangkai iaitu, yang bercetak gambar yang menarik seperti bunga, burung dan sebagainya. yang berjahit dengan butang, chesterfields atau patch work dan yang bergemerlapan. Biar kilauannya memberi sedikit nyawa kat deko rumah yang lesu dengan warna kelabu tu.tiga sebelah kanan, tiga sebelah kiri di sofa tiga tempat duduk anda. Jika mahu tampil ala feminin, boleh memilih kombinasi warna hitam , putih dan merah. Namun jika mahu nampak agak moden dan tidak terlalu feminin, hita, kelabu dan kuning dilihat sangat cantik.
Langsir- Jangan pakai langsir kebau kejung tu juga. Cari corak yang ringkas macam belang -belang horizontal. Ia memberi satu gaya moden yang stylo dan ruang pun nampak luas. Jika mahu berbunga-bunga, cuba cari corak yang samar-samar atau berbunga kecil. Pastikan langsir anda digantung tinggi.
Bingkai gambar – Satu lagi pilihan menarik di ruang kediaman anda. Susun pelbagai bingkai gabar dengan pelbagai saiz di ruang kediaman anda. Baik satu jenis warna atau dua jenis warna bergabung, susunan yang baik mampu memberi nilai estetika hebat pada rumah anda. Tapi yang lebih utama adalah gambar yang hendak anda gantung. Ia mempengaruhi warna dalam kediaman anda.
Terendak lampu meja- Satu lagi masalah meruncing. Adakkala kita lupa terendak lampu meja kita dah berzaman kat rumah. Tukarlah yang baru dengan warna baru. Adakala itu pun dah cukup nampak ruang lebih bergaya.
Hiasan Meja Kopi– Tahulah gaya moden, tapi janganlah biarkan meja tu kosong. Letak je sebuah coffee book table. Mesti stylo.
Permaidani- Jangan sedondonkan permaidani anda. Hanya kerana sofanya kelabu permaidaninya pun kelabu. Cuba pilih warna ketiga sebagai penyeri ruang. Kini banyak permaidani di pasaran untuk pilihan.
Berkat kecekalan dan minat yang mendalam seorang suri rumah sepenuh masa, pemilik rumah teres satu tingkat di Johor Bahru yang sudah didiami selama 8 tahun ini telah berubah wajah menjadi lebih moden dan nyaman. Minat yang timbul setelah berhenti kerja serta usaha yang berterusan bagi mendapatkan barangan yang diingini membuatkan segalanya lebih lancar dan seronok. Menurut Puan Nor Azila, hampir 90% kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dilakukannya sendiri. Bermula dengan menjual kesemua perabot lama yang terdapat di rumah, beliau kemudiannya mula mengecat dan memasang sendiri perabot-perabot baru dalam masa satu hari sahaja. Ini barulah namanya girl power! Hanya untuk proses drilling dan wiring sahaja Puan Nor Azila meminta pertolongan daripada abang iparnya.
Dengan modal keseluruhan RM18k, ibu kepada dua anak comel ini telah mengubah suai dua ruang kegemaran beliau iaitu halaman rumah dan ruang tamu dengan perabot dan perhiasan ringkas dan moden. Keluasan 20 x 60 yang agak terhad tidak menghalang beliau untuk terus bermain dengan kreativiti bagi mendapatkan hasil yang memuaskan hati. Barangan dari IKEA dan SSF telah menjadi pilihan kerana mudah didapati di samping harga yang berpatutan. Bagi Puan Nor Azila, pemilihan warna cat, karpet serta langsir perlu dilakukan dengan teliti agar mudah untuk dipadankan dengan apa juga jenis aksesori dan perhiasan.
Mari IMPIANA bawakan anda menyusuri transformasi rumah kecil yang indah ini. Semoga semuanya mendapat manfaat dan ilham hasil drai perkongsian ini. Selamat menghias!
+ LAMAN : SEBELUM
+ LAMAN : SELEPAS
+ RUANG TAMU
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.