Tak sangka, guesthouse yang di beri nama Jiran 58 ini merupakan teres yang telah berusia lebih kurang 30 tahun. Menariknya, pemilik tidak melantik pereka dalaman untuk proses ubah suai demi menjimatkan kos.
Secara fizikal, kelihatan tidak banyak perubahan dan pertambahan struktur asal. Dengan mengetengahkan gaya minimalis, dekorasi guesthouse yang terletak di Taiping, Perak ini kelihatan lebih segar dan unik
Sumber:malaysiahomie
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tandas Awam ‘MAKE OVER’ Jadi Kedai Kopi, Siap Kekalkan Jubin Era Ratu Victoria
Isi Kandungan
ToggleTak sangka tandas lama dijadikan bangunan komersial, kedai kopi dengan dekorasi yang menarik.
Sebuah tandas yang dibina semasa era Ratu Victoria telah diubah suai menjadi kedai kopi yang bergaya di Britain. Tandas awam lelaki itu telah digunakan sejak tahun 1890-an hingga 1960-an, sebelum tidak beroperasi selama setengah abad.
Tandas Awam Tidak Beroperasi Setengah Abad
Bangunan itu masih mengekalkan jubin asal hasil rekaan lama. Pekerja-pekerja mengambil masa lapan bulan untuk membaik pulih tangga dan membuang 12 lapisan cat pada dindingnya.
Bahagian atas tempat membuang air kecil yang melengkung telah dijadikan sebagai pembahagi tempat duduk pelanggan.
Di Kenali Sebagai ‘The Attendant’
Bangunan kedai kopi yang kini dikenali sebagai The Attendant itu mempunyai keluasan kira-kira 36 meter persegi.
Ia menjadi tumpuan penduduk di Fitzrovia, tengah London kerana menghidangkan sandwich gourmet dan kopi gaya barista kepada pelanggan.
“Memang kelakar untuk minum teh di dalam tandas,” kata seorang pelanggan.
Kedai itu turut popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana menawarkan campuran kopi espresso mengikut musim.
“Kami mahu mewujudkan persekitaran untuk membolehkan orang ramai melegakan diri bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
“Kami juga mahu mewujudkan tempat yang mempunyai pelbagai personaliti dan sesuatu yang didorong oleh sejarah, kemampanan dan etos,” kata pemilik kedai, Ryn De Oliveira.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Biak Pokok Tomato Dari Keratan Batang Cepat Dapat Hasil
Tomato antara tanaman yang kebiasaanya dibiakkandari biji benih. Namun, ia akan memakan masa untuk tanaman tersebut matang dan mengeluarkan hasil. Kebiasaanya, tomata yang di biakkan dari biji benih mengambil masa lebih kurang 1 bulan hingga dua bulan bergantung pada spesis.
Untuklebih mudah dan cepat memperoleh hasil, pembiakkan tomato boleh dilakukan melalui keratan batang. Cara pembiakkan keratan batang sangat mudah dan cepat. Boleh tonton video yang disediakan:
Growing tomatoes with water
Posted by Do you know ? on Thursday, 28 May 2020
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Moden Maskulin Jadi Pilihan Hias Kediaman Bujang 842 Kaki Persegi
Kedua-dua golongan berkeluarga dan bujang pasti menginginkan tempat tinggal yang cantik dan selesa namun, sudah tentu kriteria kediaman sempurna mereka berbeza bergantung pada keperluan masing-masing.
Kali ini IMPIANA menampilkan sebuah kediaman dengan ukuran 842 kaki persegi yang dimiliki oleh seorang jejaka yang masih lagi belum berkeluarga. Menurut Ahmad Fakhri, kediamannya yang terletak di Setapak ini ditatarias dengan konsep moden maskulin. Konsep tersebut dipilih kerana ia amat dekat dan menggambarkan personaliti dirinya sendiri.
Pemilihan warna, perabot dan aksesori lain amat penting bagi menzahirkan konsep ini kerana menurutnya amat mudah untuk lari darikonsep jika kita “overdo”. Jadi, penggunaan warna gelap pada perabot dab dinding tumpu adalah pilihan yang terbaik buat konsep ini. Disamping itu, rona neutral memainkan peranan penting bagi memberikan keseimbangan pada ruang.
Sebagai seorang pereka bentuk dalaman professional, sudah menjadi kebiasaan buat pemilik untuk menghias ruang kediaman klien. Jadi apabila sudah memiliki kediaman sendiri,sudah tentunya pemilik teruja dan tidak sabar untuk mengubahsuai setiap ruang mengikut citarasanya. Walaupun dengan saiz yang terhad, pemilik bijak menyusun atur tanpa perlu melakukan renovasi yang besar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI