Baru- baru ini banyak kita membaca di laman media sosial tentang transformasi rumah kediaman jenis kampung. Bukan rumah kampung batu, tetapi rumah kampung tradisional yang berdiri teguh di atas bahan berasaskan kayu. Impiana menerima satu lagi perkongsian dari sabah di mana rumah pusaka yang dibina oleh moyang pemilik diubah suai menajdi sebuah kediaman berkonsepkan English cottage
Menurut pemiliknya iaitu En Asri Meris Anthony yang juga merupakan seorang pereka dalaman, rumah kampung ini pada asalnya milik Allahyarhamah nendanya yang terletak di Tuaran, Sabah dan diamanahkan kepada beliau untuk dijaga serta dikekalkan keindahannya.
“Teratak kecil ini ditatarias dengan konsep English Cottage dengan paduan rona turquoise serta putih krim”, ujar bapa anak dua ini.
Memilih tema warna putih krim pasti akan memberi cabaran yang besar kepada pemilik terutamanya untuk mengekalkan kebersihan memandangkan anak yang masih kecil dan lincah. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada pasangan. Langkah yang diambil untuk mengatasi isu tersebut, pemilik melatih dan menguatkan peraturan kepada semua ahli keluarga untuk makan hanya di dapur.
Kami kerap membuat eksperimentasi ke atas teratak kecil ini.. memandangkan kami adalah Interior designer, so kami gemar membuat perubahan dari masa ke semasa khususnya pada ruang tamu
Di bawah ini IMPIANA sediakan transformasi rumah tradisional Sabah yang didekorasi secara berperingkat. Pemilik rumah kampung tradisional lain boleh mencedok sedikit idea daripada artikel ini. Selamat mencuba.
Sebelum
Selepas