(GAMBAR) Walaupun Hanya dengan Kos RM 3K, Kediaman Berkonsepkan Hitam Putih Ini Kelihatan Cantik

Share

Ramai beranggapan, warna hitam dianggap rona yang menyerap haba ke dalam rumah dan membuatkan penghuni berasa panas dan mengundang ketidakselesaan untuk seisi keluarga.

Namun kini, kelihatan lebih ramai yang gemar menggunkan konsep warna ini disebabkan oelh hasil dekornya yang menawan dan elegen.  Dalam konteks dekorasi dalaman, ada yang mengatakan warna hitam adalah taboo, Akan tetapi ia boleh diatasi jika pandai mengolah dan disuaipadankan dengan jenis kediaman serta penyediaan pengudaraan yang mencukupi walupun tanpa air-cond.

Seperti contoh, rumah kondo yang berkeluasan 950 kaki persegi di Jalan Klang Lama yang dimiliki oleh Pn Khadijah Mustaffa. Beliau menetap bersama suami dan seorang anak perempuan yang masih kecil dalam kediaman indah ini. Kapasiti rumahnya adalah tiga bilik tidur dan dua bilik mandi serta bertugas sebagai seorang suri rumah dan menceburi bidang perniagaan atas talian.

“Kediaman ini merupakan kediaman sewa dan disebabkan itu saya hanya mendeko setakat mana yang mampu. bingkai gambar dan aksesori hiasan dinding di gantung dengan menggunakan penggantung yang mempunyai wax glue. Berlainan pada TV didinding, ia telah mendapat kebenaran dari pemilik kediaamn yang kami sewa.”  ujarnya.

Dekorasi rumahnya disiapkan secara berperingkat selama empat tahun malahan kebanyakan aksesori menggunakan barang terpakai atau lebih dikenali sebagai barang 2nd hand. Hanya kos  RM3k dipentukkan untuk menyiapkan keseluruhan dekorasi. Namun itu bukanlah masalah utama yang harus dibenankan kerana yang penting dekorasinya cantik serta nampak hebat di pandangan mata.

“Walaupun mempunyai anak kecil, itu tidak menjadi masalah kepada saya dan suami. Kami telah mendidik anak untuk bermain denagn permainan miliknya sahaja. Segala aksesori dan ornaman untuk mengihias kediaman tidak boleh disentuh sama sekalai baik dirumah atau berkunjung ke kediaman orang lain”   kata

Kediaman ini mempunyaipengudaraan yang baik kerana aras rumah yang terletak di tingkat 10. Tambahan, pemiliknya juga sentiasa membuka sliding door di ruang tamu serta dapur dalam memastikan pengudaraan dalam rumah dalam keadaan baik. Secara tidak langsung, ia menjimatkan kadar penggunaan elektrik terhadap air conditioner.

Berikut adalah beberapa hasil dekorasi yang dikongsikan oleh beliau kepada IMPIANA, semoga ianya memberi inspirasi kepada anda semua.

Sebelum 

Selepas

 

 

 

 

Published by
Team Impiana