(GAMBAR) Wanita Ini Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Elegance, Ini Hasilnya

Share

Setiap orang mempunyai rumah impian mereka sendiri. Kediaman ideal yang nyaman, selesa dan dihias cantik sudah tentunya menjadi idaman semua. Tidak kira lah jenis kediaman anda kecil atau besar, jika bijak menyusun atur pastinya akan nampak cantik dan mewah. Begitu juga dengan pemilik akaun facebook Farinie Marican, yang menginginkan sebuah kediaman elegant yang cukup selesa buat dirinya serta suami dan 3 orang anak.

Dengan keluasan hanya 680 kaki per segi, ini tidak menghalang Puan Farinie untuk mendeko rumah beliau dengan indah sekali. Rumah yang telah didiami selama tiga tahun ini diubahsuai secara berperingkat-peringkat sehingga menjelang hari raya yang lalu. Mengetengahkan konsep kontemporari, rumah apartmen kecil kos sederhana ini terlihat sangat timeless dengan setiap perincian yang telah dipilih dengan teliti oleh pemiliknya. Patutlah nampak macam rumah kondominium mewah. Idea keseluruhan renovasi datangnya dari pasangan suami isteri ini sendiri tanpa melantik konsultan. Sungguh hebat dan kreatif!

Siling plaster yang dipasangkan chandelier dan downlight kelihatan amat menawan dengan pencahayaan yang betul, sekaligus dapat membangkitkan mood romantis pada ruang. Kertas dinding juga ditampal sebagai feature wall

dibelakang kabinet tv selain wainscoting yang dilihat mendominasi segenap dinding ruang tamu dan koridor ke bilik menjadi pilihan pemilik, selain diselitkan dengan pelbagai aksesori menarik seperti hiasan bunga orkid, jam dinding dan lampu gantung dan cermin geometri yang dapat menaikkan mood ruang dengan serta merta. Dan jangan terkejut jika anda tahu ibu muda ini hanya membelanjakan sebanyak RM20k untuk kos keseluruhan pengubahsuaian rumahnya. Sudahlah pandai menghias, bijak berbelanja dan merancang pula. Jadi mari sama sama kita scroll down
untuk lihat transformasi rumah ini.

SEBELUM

SELEPAS


 

Macam mana? Cantik kan? Jadi anda janganlah sedih jika rumah anda kecil dah sempit kerana dengan sedikit kesungguhan dan minat, anda akan dapat mengubah rumah kecil anda menjadi rumah idaman. Selamat menghias!

 

Published by
Impiana