Mempunyai rumah yang kemas dan teratur sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Baik yang mendiami rumah sendiri atau sewa kerana di akhirnya, kita hanya mahukan ketenangan sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Rumah merupakan tempat kita berteduh dari hujan panas dan ruang privasi untuk kita lupakan sejenak masalah yang datang menghurung pemikiran kita.
Begitu juga pemilik rumah teres yang berkeluasan 3000 sqft ini iaitu Pn Deanna Dayen
, dia berjaya mendeko kediamannya tanpa tema khusus kerana beliau hanya mementingkan kekemasan serta susun atur barang yang sempurna malahan jika diteliti dari sudut pemilihan warna untuk kemasan di dinding, dia hanya menggunakan warna kelabu dan turut dihiasi dengan kemasan kaligrafi arab untuk menambahkan lagi auranya.
“Untuk dekorasi rumah saya ini, saya tidak merujuk kepada mana-mana laman web dekorasi kediaman, segalanya hanya mengikut citarasa saya sendiri serta perbincangan bersama suami” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia dan suami sentiasa beranggapan bahawa mereka adalah tetamu dalam rumah sendiri, kerana setiap kali tetamu bertandang, rumah akan sentiasa siap dan kemas, jadi setiap kali kami ingin keluar rumah, kami akan kemas dahulu sebaik mungkin dan apabila pulang, kami akan rasa seperti tetamu yang datang ke rumah orang lain dengan rasa tenang.
Penulis amat menyukai design dapur modennya yang mempunyai island yang berkapasiti tiga tempat duduk. Island table ini mengisi ruang luas dapurnya dan turut diserikan dengan juntaian lampu gantung. Selain itu, kemasan elegan kitchen cabinet yang nampak seperti ukiran kayu, sebenarnya material asalnya adalah aluminium yang ditatah dengan elemen kayu. InshAllah tahan lama tanpa perlu risau dengan serangan anai-anai.
Untuk penjelasan lanjut serta tatapan secara detail, ikuti susunan gambar design kediaman Pn Deanna di bawah ini. Selamat Menghias!!