(Gambar) Wanita Ini Pilih Wainscoating Dengan Kos Mampu Milik Berjaya Ubah Penampilan Rumahnya Tampil Lebih Menawan

Share

Wainscoting atau wall moulding  merupakan suatu perkara yang biasa di luar negara tetapi masih belum digunakan secara meluas di Malaysia. Teknik ini amat digemari oleh peminat dekorasi gaya Inggeris, tetapi dengan daya kreatif, ia juga sesuai digunakan dalam rumah dengan tema moden.

Pn Fazilah Ali menatarias kediamannya menggunakan teknik kemasan dinding wainscoting yang dilakukan bersama rakannya yang mengusahakan perniagaan pemasangan wainscoting dan ditambah dengan hiasan cermin besar untuk mengelakkan ruang tamunya nampak sempit. Memiliki ruang tamu yang memanjang tidak menjadi masalah buat pasangan ini kerana mereka membahagikan ruang ini dengan cermat iaitu separuh untuk aktiviti santai dan dimuatkan dengan two seater sofa dan dua buah sofa single seater bersama meja kopi kecil di tengahnya, manakala satu bahagian lagi dijadikan ruangan menonton televisyen untuk seisi keluarga.

Dia mendiami rumah teres setingkat yang terletak di Shah Alam bersama suami dan tiga orang anak. Kediaman indah ini tampil dengan idea dekorasi simple tetapi elegan dengan salutan rona kelabu cair menghiasi setiap inci rumahnya malahan, kediaman ini berkeluasan 1600 kaki persegi, berkapasiti 4 bilik tidur dan 2 bilik air ini disiapkan secara berperingkat dalam masa setahun dengan menelan belanja sebanyak RM10K.

“Nilai sebanyak itu adalah hasil titik peluh saya dan suami iaitu menyimpan sebanyak RM300 sebulan dari gaji kami berdua, dan hasil simpanan tersebut, dibelanjakan secara cermat dalam mencari barang deko dengan harga yang berpatutan serta selalu mencari jualan murah perabot dan barangan deko” ujar bekas penjawat awam ini.

Beliau amat bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada suami dari sudut pemasangan frame serta cermin dan kerja pertukangan malahan anaknya juga dididik untuk menjaga kebersihan selepas bermain dan sentiasa memastikan permainan mereka tidak dibiarkan bersepah.

“Agak mencabar untuk memastikan dekorasi ini kekal lama sepertimana diperingkat awal kerana anak saya masih lagi dalam peringkat membesar, tetapi menjadi tanggungjawab saya dan suami untuk sentiasa mengemas dan menyapu kediaman ini agar bebas habuk dan kotoran” katanya.

Melangkah ke bahagian dapur, tetamu akan disambut dengan meja makan berkapasiti 6 orang serta two seater minibar dan pada masa yang sama ruang makan tidak dibiarkan kosong kerana ditambah dengan display kabinet serta cermin horizontal yang ditambah ayat suci Al-Quran. Moga perkongsian ini memberi inspirasi buat rakan-rakan lain di luar sana dalam menambah baik keselesaan kediaman masing-masing.

 

 

 

Published by
Team Impiana