Apabila menghias rumah, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa ia akan menelan belanja yang tinggi. Tahukah anda tanggapan ini adalah salah dan harus ditentang kerana terdapat banyak pusat jualan perabot yang murah serta kedai barangan hardware yang tumbuh bagai cendawan. Dari sini kita sudah tahu bahawa tiada halangan untuk menghias rumah dari tema yang bosan kepada hasil yang menarik dan elegan.
Menurut pemilik yang berasal daripada Pulau Pinang Pn Aiza Shereen menyatakan bahawa “kami banyak berbelanja di kedai perabot yang tidak berjenama terutamanya semasa sesi jualan murah dijalankan. Dinding ini kami cat sendiri tanpa mengupah pekerja kontrak dan pembelian aksesori hiasan adalah secara berperingkat serta kitar semula perabot lama yang masih elok.”
Pimilik dan suaminya menetap di rumah jenis teres dua tingkat di Nibong Tebal, Pulau Pinang berkeluasan 1400 kaki persegi dengan kapasiti empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selain itu, segala gerak kerja dekor dijalankan bersama suami bermula dari awal tahun 2018 dan siap sepenuhnya selepas tiga bulan.
“Saya dan suami sentiasa mengemas setiap inci rumah terutamanya bahagian yang selalu bersepah dan bersyukur kerana kedua-dua anak lelaki yang masih kecil tidak gemar mengusik barang hiasan”, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masing berumur 6 dan 3 tahun.
Pujian harus diberikan kepada empunya rumah kerana bijak dalam membahagikan ruang tamu yang besar dengan membahagikannya kepada dua bahagian. Antara pembahagian ruang yang diwujudkan adalah adalah bahagian hadapan khas untuk menonton televisyen dan satu lagi adalah ruang perbincangan dengan meja segiempat tepat di tengahnya. Jika anda perasan, di sebelah sofa three seater, terdapat dua partition iaitu tiang para dengan tumbuhan segar yang menyempadani akses ruang tamu dan dapur.
Apabila meneliti hasil sentuhan peribadi suami Pn Aida dalam memasang kayu wainscoat, ianya seakan hasil kerja pakar yang sudah lama dalam bidang pemasangan panel kayu. Ia seakan tidak nampak kesan cela yang selalu kita lihat di kediaman yang lain apabila memasang wainscoat terdapat beberapa kesan finishing yang tidak kemas, tapi di rumah ini, voila, nampak elegan dan mewah.
Ads
Hayati kompilasi imej di bawah ini untuk tatapan dan rujukan peminat panel dinding wainscoating, jika ada pertanyaan lanjut, pm sahaja Pn Aiza Shereen untuk maklumat lanjut, Selamat Mencuba!!
Sebelum
Ads
Selepas
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jangan lekas kaget. Kita lekas benar membuang sesuatu yang buruk atau termamah masa. Sedangkan nilai estetika yang ada pada aksesori atau perabot lama itu masih boleh diserlahkan. Namun kita faham bukan semua yang mempunyai mata tajam, mampu melihat melangkaui jasad aksesori atau item hias tersebut. Pun begitu kita usah lekas putus asa kerana ruang untuk melakukan kitar semula dan berbakti pada bumi dalam penuh gaya masih ada buat semua. Bukan meminta atau mengemis tetapi kita semua percaya itu tanggungjawab kita bersama.
Selalunya ritual kitar semua seumpama ini banyak kita lihat pada konsep seperti Loft, Kedesaan Inggeris. Retro , Vintage dan Minimalism. Tetapi bukan semua di antara kita yang melakukan kitar semula. Bukan tidak sudi tetapi tidak reti dimana lokasi yang paling tepat untuk diabadikan objek hias seumpama jendela lama yang menjadi ilham kepala katil , dinding , kamar mandi dan kawasan lain di kediaman. Malah kini pinggan dan mangkuk lama juga kini diguna pakai oleh ramai pengusaha makanan daripada dijadikan hiasan sahaja. Mungkin selepas ini akan ada ramai lagi pakar rekaan kitar semula untuk khalayak…
Selain daripada permukaan high gloss yang melambangkan kemewahan, kita perlu terbuka dengan permukaan seperti kusam, terkupas, matte , separa berkilau dan lain-lain. Jadi keindahan barangan lama itu juga boleh anda nilai dengan kesan usia yang dimamah masa. Persis barangan antik yang mana nilainya dilihat dari sudut berbeza. Semakin ia buruk atau tua semakin hebat nilai yang dilihat padanya.
Dinding kita boleh dijadikan kanvas untuk berkarya seperti panel lama dinding, ukiran kediaman lama, pintu lama, jendela rumah tradisi yang labuh sehingga ke lantai yang boleh ditukar menjadi pemidang. Benar benda lama bukan mahu mengemis untuk dipandang tetapi kehadirannya dalam fungsi lain memberi kira ruang sejenak untuk berfikir, batapa cantiknya ilham mereka yang kreatif.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika dahulu kediaman mewah bagai tidak sah jika tidak dilengkapkan dengan lampu dinding. Maklumlah, rekaan lampu dinding juga begitu mewah dan elegan. Memancing pandangan sesiapa yang melihat. Ia juga bolehlah kita andaikan sebagai pelengkap hiasan dinding. Ada yang berbentuk bunga, kristal berjurai dan pelbagai lagi. Tidak cukup chandalier,lampu dinding pula memberi nilai tambah pada serinya ruang. Umpama cahaya melekat di dinding.
Lampu dinding selalunya sesuai jika digandingkan sepadang pada sebuah dinding. Ia memberi simbahan cahaya yang mencukupi untuk sekitar dinding tersebut, biar pun tidaklah terlalu terang. Cukup untuk memberi suasana santai dan dramatik pada satu-satu masa. Ada juga yang menjadikan lampu untuk tidur terutama kepada mereka yang tidak biasa tidur di dalam gelap. Pun begitu , jelas ia sememangnya memberi satu impak yang elegan selain daripada lampu meja.
Kata orang, lampu seumpama ini bagaikan barang kemas. Chandalier dan lampu dinding perlulah sedondon. Jika tidak sedondon pun biarlah rekaannya nyaris sama. Jika dua lampu utama ini berlainan konsep dalam sebuah ruang, payah juga untuk kita selaraskan konsep kediaman itu sendiri. Cuma kini lampu dinding sudah banyak mengalami perubahan. Rekaannya sudah menjadi elemen kedua selain daripada kesan pencahayaan yang ‘disampaikan’ pada ruang.
Rekaan lampu dinding banyak berubah dari bentuk geometri malah ada yang bagaikan bersatu dengan ruang dan ada juga yang berkonsepkan industrial. Pereka pencahayaan mahukan kesan cahaya itu lebih daripada rekaannya . Ruang juga akan lebih sofistikated dan unik. Jika dahulu ia memerlukan sepasang, kini lampu dinding boleh dipasangkan cukup hanya sebuah. Menarik bukan! Malah sudah boleh dijadikan feature wall atau aksesori dinding utama. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda mempunyai kitchen kabinet berusia lebih dari 10 tahun? Sudah bosan dan ingin membina yang baru? Apa kata anda cat sahaja bukan saja nampak baru tapi ribuan duit juga dapat dijimatkan.
Barang-barang
Cat water based
• Cat Pearl Finish (cari cat dikhaskan untuk kayu)
• Pembersih Kabinet (pastikan ia serasi dengan catPrimer atau buat ubat anda sendiri)
• 1 Berus cat
• 3x Foam Roller
• Kain
• Span
• 120 Grit Sand Paper
• Tape
• Suratkhabar untuk alas
• Blok kayu atau Pyramid Painter
Tanggalkan semua engsel/tombol yang terdapat pada kabinet dapur anda.
Setelah ditanggalkan letakkan ia dalam satu bekas agar senang apabila ingin dipasang nanti. Kemudian tandakan semua tempat dengan tape atau buat label agar ketika memasang nanti tidak tersalah tempat.
Alaskan plastik atau kertas suratkhabar sebagai lapik kepada semua pintu kabinet yang telah ditanggalkan. Ini agar kerja-kerja mengecat anda tidak merosakkan lantai atau barangan lain.
Gunakan pembersih untuk membersihkan pintu kabinet. Anda juga boleh mencucinya menggunakan campuran cuka dengan air atau pun sabun. Lap sebersihnya hilang tanggal semua daki, kotoran hitam dan sawang. Gunakan vacuum untuk memudahkan kerja.
Setelah bersih anda boleh bersedia untuk proses seterusnya. Dengan menggunakan kertas pasir, sapu permukaan kayu kabinet dengan kertas pasir untuk melicinkan dan juga menghaluskan permukaannya. Ini dapat mencantikkan lagi permukaannya apabila siap dicat kelak.
Cat pintu kayu kabinet dengan cat water based untuk lapisan pertama. Setelah itu biarkan ia betul-betul kering. Proses ini mungkin mengambil masa semalaman.
Setelah selesai sapukan pula cat kayu tadi. Gunakan apa sahaja warna yang anda sukai. Biarkan kering.
Pasangkan kembali pintu kabinet. Kemudian tombol juga perlu dicat barulah nampak sempurna. Anda juga boleh menukar tombol baru mengikut citarasa.
LIHATLAH HASILNYA MEMANG NAMPAK BARU.
Sumber: http://www.littledekonings.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.