Laman perlu diselenggara secara rutin untuk memastikan ia sentiasa cantik dan kemas. Selain menyelenggara, elemen landskap pun penting dalam mengindah dan menghidupkan lagi suasana laman anda. Selain itu juga, ia berupaya memberi kemudahan dan keselesaan saat bersantai di laman seperti gazebo, kerusi, pathway dan sebagainya. Namun lama kelamaan elemen-elemen landskap yang terdapat di laman anda akan mula kusam dan mungkin rosak jika tidak diselanggara baik.
Jadi, untuk memastikan setiap elemen di laman kelihatan cantik dan memberi nafas baru di laman anda, apa kata selagi boleh kita make over apa yang boleh. Seperti yang dikongsikan oleh puan Ila Fadzilah. Batu pemijak yang terdapat di lamanya bukan sekadar polos malah kelihatan kusam selepas terdedah kepada cuaca panas dan lembap. Untuk memastikan lamannya diberi nafas baru, puan Ila telah makeover batu pemijak di lamannya dengan modal yang sangat minima dan mudah. Puan ila hanya menggunakan cat kilat atau cat minyak untuk makeover batu pemijaknya dan lihat hasilnya.
Cara-cara makeover batu pemijak menggunakan cat minyak
1. Cuci keseluruhan batu pemijak. Jika perlu sental dengan menggunakan berus 2. Sandarkan batu pemijak yang telah dicuci dalam kedudukan senget atau 35 darjah untuk proses pengeringan. Jika di latakkan di atas lantai, bahagian bawah batu pemijak lambat kering
3. Apabila batu pemijak telah kering sepenuhnya, barulah aliskan cat minyak keseluruhan kecuali pada bahagian tapak. 4. Apabila cat tadi telah Hampir kering, gunakan kayu atau lidi untuk lorek corak pada eprmukaan batu pemijak dan biarkan ia kering sepenuhnya.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masalah cacing dalam bilik air ini pasti ramai yang hadapikan. Memang rasa stress dan geli tahap gaban, mana tidaknya dah cuci bilik air pun kadang-kandang masih ada. Bila sembur dengan air hilang la sekejap lepas tu ada balik. Kadang-kadang ada cacing dalam bilik air ni muncul dekat lantai, ada pulak yang muncul dalam lubang tandas (tandas duduk). Ada juga yang pandai menyorok dekat celah-celah jubin (tiles) tu. Sekali kita mandi, habis keluar semua cacing tu.
Selalunya orang yang duduk rumah bawah (landed) akan mengalami masalah ni sebab permukaan lantai tandas lebih lembab terutamanya bila hari hujan. Jadi, apa yang patut kita buat sebenarnya?
Jom IMPIANA kongsikan tip hilangkan cacing di bilik air yang mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
6 CARA HILANGKAN CACING DI BILIK AIR DENGAN BERKESAN
1. GUNA GARAM
Salah satu petua hilangkan cacing di bilik air yang popular, murah dan dikatakan paling berkesan adalah dengan menggunakan garam. Taburkan garam dengan kerap dekat bilik air dan lubang bilik air. Boleh juga bancuh dengan air panas dan curahkan ke seluruh tandas. Simpan sikit air garam tu dan masukkan dalam botol spray. Kemudian spray kan ke dinding bilik air. Buat setiap malam atau seminggu sekali, ikut pada kekerapan cacing tu datang.
Kalau kerap lakukan, insha Allah lama-lama nanti cacing tu tak datang dah.
2. GUNA PELUNTUR (CLOROX)
Selain guna garam, ada juga yang cadangkan guna clorox. Tapi kena hati-hatilah terutamanya yang ada anak kecil sebab bau clorox atau peluntur ni kan kuat.
Caranya siram seluruh bilik air dengan air biasa dulu dan kemudian spray bancuhan clorox ke seluruh kawasan lantai dan dinding.
3. GUNA CUKA
Selain guna garam atau peluntur, boleh juga cuba guna cuka untuk hilangkan cacing di bilik air. Caranya sama je. Semburkan atau curahkan cuka pada lantai dan dinding.
4. GROUT CLEANER
Satu lagi yang boleh kita cuba ialah pencuci lantai yang bagus. Kalau boleh ia dilabel sekali dengan grout cleaner. Biasanya pencuci lantai jenis ni memang berkesan dan boleh hilangkan kotoran di celahan lantai dengan efektif berbanding pencuci lantai biasa.
Kalau kita dah cuba buat empat cara di atas ni tapi masih tak berkesan, mungkin kita kena check tengok celahan mozek atau jubin (tiles) dekat dalam bilik air sebab mungkim ada mana-mana lubang yang menjadi ‘laluan masuk’ bagi cacing-cacing ni. Antara cara paling mudah ialah simenkan antara celahan jubin atau mozek (grout) menggunakan simen putih. Selain guna simen, boleh juga tampal celah mozek / jubin tu boleh guna bancuhan Sika215. Dia macam plastersin, dan datang dalam 2 bahagian. Kita kena campurkan kedua-dua bahagian tu dan uli sampai jadi doh. Lepas tu tampal dekat lubang yang nak seal tu. Sika215 ni berkesan untuk kawasan berair, ada waterproofing dan cepat keras berbanding simen. Rasanya sekarang ni pun dah ada jual grout filler yang mudah nak guna. Picit je kat celah-celah jubin tu.
Cat epoxy ni pun salah satu cara untuk waterproofing lantai bilik air. Kalau alang-alang nak makeover bilik air, bolehlah gabungkan cara simen putih pada celahan tiles dan cat ni sekali untuk kemasan akhir. Bukan saja hilangkan cacing, tandas pun jadi baru terus!
Jika masalah terlalu serius dan cacing tak juga hilang walaupun dah cuba pelbagai cara, mungkin kita kena periksa balik cara pemasangan lantai di rumah. Mungkin ada tukang yang buat rumah kita dulu ada tertinggal komponen waterproofing atau lapisan pelindung yang menyebabkan lantai terdedah pada lembapan hingga menyebabkan cacing ni membiak di bilik air. Walaupun mengambil masa dan memakan kos, ia mungkin adalah jalan penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik untuk keselesaan dan keselamatan bilik air kita.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim PKP ni ramai kaum Adam mengisi masa dengan menukang. Kalau dah menukang tu, tahu je lah kan barang-barang atau kelengkapan nya banyak juga. Nak simpan dalam ” tools box biasa, bukan tak muat. tapi susan nak ambi. Terkais-kais dan silap-silap perlu keluarkan barang lain dulu.
Apa kata kita DIY “Tools Box” jimat ruang macam yang dikongsikan oleh Azrul Ahmad ni.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dah beli ubat nyamuk pelbagai jenis sama ada yang murah mahupun yang mahal, tapi nyamuk tetap ada. Walaupun kehadirannya tidak banyak, namun tetap tidak menyenangkan. Nak-nak khuatir ada nyamuk aedes pula.
Apa kata kita cuba pula DIY buat perangkap nyamuk ni. Di luar negara ramai telah memperaktikkannya dan terbukti berjaya memusnahkan koloni nyamuk. Kebiasaannya, perangkap nyamuk ini akan diletakkan di luar rumah untuk menarik nyamuk yang bermastautin di dalam rumah keluar dan masuk ke dalam perangkap. Bahan nya tak rumit dan tidak mahal. Jom cuba!
Bahan-bahan:
200ml air panas
50gm gula perang
1gm yis
1 botol plastik 2 liter
Cara-cara:
1. Potong 2 plastik botol dan simpan bahagian muncungnya
2. Sebatikan gula perang bersama air panas dan biarkan ia sejuk sepenuhnya
3. Apabila larutan gula perang telah sejuk sepenuhnya, tuang ke dalam botol yang telah dipotong tadi
4. Taburkan serbuk yis ke atas larutan gula perang tadi dan tidak perlu dikacau. Yis tadi akan menghasilkan karbon dioksida dan menarik minat nyamuk dari dalam rumah untuk keluar singgah ke botol perangkap nanti
5. Ambil bahagian mulut botol yang telah dipotong tadi dan letakkan ke dalam botol berisi larutan gula perang secara terbalik
6. Bungkus atau balut keseluruhan botol dengan kertas atau kain berwarna hitam dan letakkan botol yang sama di beberapa sudut luar rumah
Periksa botol setiap minggu, anda akan dapati nyamuk yang terperangkap akan mati di dalam botol. Larutan ini juga sesuai digunakan untuk memerangkap siput di laman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.