Dekorasi dalaman tidak terhad kepada rumah baharu sahaja, tetapi rumah pusaka juga mampu untuk mengubah persepsi jika hiasannya tepat dan kena dengan tema warna yang dipilih. Pujian wajar diberikan kepada Pn Diela Sali kerana berani mencuba gabungan warna yang jarang kita temui iaitu dengan menggabungkan warna pink serta putih sebagai tema utama hiasan rumahnya.
Mahligai indah ini terletak di Rinching Hilir, Bangi. Menurutnya, rumah ini sudah berusia lebih daripada 40 tahun dan pada asalnya merupakan rumah separa kayu dan batu serta berpendapat bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk mengekalkan keindahan yang diwarisinya turun temurun dari ibu bapanya.
Dia menghabiskan masa selama tiga bulan untuk menyiapkan segala renovasi dalaman rumahnya bermula dari ruang tamu, bilik tidur serta membahagikan dapur kering dan basah. Selain itu, dia juga akan memastikan tema dekorasi rumahnya berubah setiap tahun.
Tambahnya lagi, pada tahun ini pemilihan tema rona putih dan pink adalah kerana dia mahukan ketenangan serta kelembutan setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah dan mementingkan penampilan agar ianya sedap mata memandang.
Jika diteliti, setiap inci rumahnya dipenuhi dengan aksesori tambahan dan disusun rapi untuk mengelakkan ianya nampak serabut sekaligus menenggelamkan tema asal pilihannya. “Saya banyak merujuk serta membeli beberapa produk keluaran jenama terkenal seperti IKEA, Kaison dan Mr DIY mengikut bajet serta kemampuan dan terapkannya dalam idea dekorasi saya”, ujar pengusaha katering yang berpangkalan di Nilai ini.
Berikut adalah gambar beberapa idea yang dikongsikan oleh Pn Diela Sali kepada IMPIANA mengikut urutan sebelum dan selepas proses dekorasi dijalankan, Semoga memberi manfaat kepada pembaca IMPIANA diluar sana.
Sebelum
Ads
Selepas
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sun Oasis, adalah sebuah rumah berada di Selangor, yang di mana pada waktu siangnya, akan selalu menerima sinaran cahaya matahari yang sungguh cantik. Rumah ini adalah rumah banglo yang mempunyai 3 tingkat, satu tingkat ground floor dan 2 lagi adalah tingkat 1 dan tingkat 2. Rumah ini mempunyai keluasan laman yang cukup besar kerana ia mampu ada sebuah kolam renang. Sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, pasti akan menyukainya.
Memandangkan kenyataan seni bina yang berkuasa harta itu, kedua-dua klien dan pereka mahukan pendekatan reka bentuk dalaman yang melengkapkan kedua-dua bahagian luar dan dalam. Akibatnya, harta tanah baharu itu mempunyai rona bumi yang tidak jelas pada kanvas putih pudar, memberikannya rasa selamat dan rumah yang kukuh. Geladak luar, meja makan, dinding marmar di belakang TV, dan jubin lantai matte yang dicuci dalaman semuanya dipilih dengan teliti dan dipadankan untuk mencapai tujuan seni bina. Beberapa item pada sudut utama sengaja ditiup dalam saiz untuk mewujudkan rasa keagungan, seperti ciri siling yang dibina daripada jalur oak sederhana dalam varnis matte semula jadi.
Walaupun ringkas, Dry Kitchen diberikan permukaan kaunter kuarza berkualiti tinggi dalam kemasan matte oleh Silestone, memastikan bahasa reka bentuk kekal konsisten sepanjang masa. Bilik tidur, dengan lantai kayu varnis gelap asalnya, bertujuan untuk penduduk berehat dalam warna matte yang lebih dalam tetapi moden yang diterangi semata-mata oleh pencahayaan tersembunyi dan lampu loket gantung kecil yang unik.
Secara konklusinya, rumah ini amatlah menarik bagi seseorang yang mempunyai keluarga yang besar kerana ia mampu memuatkan ramai orang di dalam itu malah boleh juga dibuat sebagai hari keluarga.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.
“Saya memiliki rumah ini sejak tahun 2021 dan ia disewakan pada tahun 2022. Saya pindah semula pada Aug 2023.”
“Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Usia Sebenarnya rumah ini adalah lebih dari 100 tahun sebab ia dibina pada permulaan tahun 1900,” ujar Eddie.
Berkongsi tempoh proses renovasi kediaman yang terletak di Northern Rivers, New South Wales, Australia ini, menurut pemilik renovasi dijalankan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama adalah pada permulaan 2022 untuk membina dek belakang rumah manakala peringkat kedua pula mengambil masa hampir 7 bulan, bermula dari bulan Dec 2023 hingga ke bulan Jun 2024.
Inspirasi & Konsep Kediaman
IMPIANA tertarik dengan pelbagai mainan warna yang ditonjolkan, menyerlahkan karakter dan seri ruang kediaman yang tampak ceria. Pemilik ‘berani’ menyuntik elemen rona terang pada dekorasi ruang kediamannya, berbanding kebanyakan pemilik rumah lain yang gemar memilih rona selamat seperi warna lembut dan pastel.
“Secara jujur, saya pun tak tahu apakah konsep rumah saya. Akan tetapi, saya memang minat dengan warna. Saya juga gemar dengan konsep minimalist (less is more), modern contemporary, vintage dan sebagainya,” kata Eddie.
Menariknya pemilik cukup berjiwa kreatif dan bijak menghias sendiri dekorasi hiasan dalaman rumah mengikut citarasa sendiri.Inspirasi menghias kediaman ilham datangnya dari majalah-majalah dekorasi, kedai-kedai perabot, filem-filem antarabangsa dan sebagainya.
Keutamaan Dekorasi Kediaman
Bagi pemilik aspek yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah ialah ruang yang lapang, tenang dan ceria serta dipenuhi tumbuhan semulajadi menghiasi laman dan ruang kediaman. Maka tidak hairanlah ruang dek belakang (back deck) menjadi ruang kegemaran buat pemilik dalam meluangkan masa dan menangkan fikiran di rumah.
“Rumah seharusnya adalah tempat dimana saya akan berasa selesa, tenang dan selamat selain dari tempat berteduh. Rumah juga adalah tempat yang selalu saya banggakan, lagi-lagi bila saya berasa tenang setiap kali saya pulang,”
“Saya suka ruang yang ceria, lapang, teratur dan juga dipenuhi dengan pokok-pokok, bunga-bunga hidup. Saya tak mahu rumah saya kelihatan berserabut,” jelas Eddie.
“Ruang favourite saya adalah dek belakang (back deck). Ruang ni selalu membuat saya berasa tenang, dikelilingngi kicauan burung-burung, pemandangan yang indah dan juga hirupan udara yang segar. Memang terbaik untuk minda,” ujar Eddie lagi.
Perancangan Masa Hadapan
Berkongsi impian dan perancangan masa hadapan buat kediaman ini, pemilik berhasrat untuk melakukan renovasi pada bilik air serta ingin bercucuk tanam di laman rumah.
“Saya merancang untuk membuat renovasi pada kamar mandi dan bilik air tahun depan jika ada rezeki yang berlebihan, in shaa Allah. Saya juga teringin nak memulakan tanaman sayur-sayuran, pokok-pokok yang hasilnya boleh dimakan seperti pokok cili, tomato, kacang panjang dan lain-lain lagi,” ujar Eddie.
IMPIANA doakan semoga segala impian dan perancangan dapat direalisasikan hendaknya suatu hari nanti. Semoga menjadi inspirasi buat peminat hiasan dalaman dan dekorasi rumah yang lain.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Eddie Usia Kediaman: Hampir 3 tahun sejak saya memilikinya pada tahun 2021. Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist, Classic & Modern Contemporary, Vintage Lokasi: Northern Rivers, New South Wales, Australia Keluasan Kediaman: 525sqm Jenis Kediaman: Banglo Rumah Kampung Spesifikasi Ruang Kediaman:
1 Dapur, 2 Bilik tidur, 1 Bilik Air, 1 Balkoni Depan atau Bilik Matahari (Sun Room), Ruang Tamu, Dek Belakang (Back deck), Garage (digunakan untuk storage) dan tempat letak kereta (car port) yang diubah menjadi ruang santai luar rumah.
Setiap wanita pasti inginkan rumah mereka kemas, cantik, tersusun dan sedap mata memandang, ada mereka juga yang menjadikan alasan ”banyak duit boleh lah nak deco cantik-cantik”sedangkan sebenarnya dengan modal tidak tinggi pun boleh mewahkan rumah asal kena dekonya. Dekorasi yang ditampilkan ini begitu mengujakan kerana ia telah mengubah landskap asal rumah tersebut kepada sesuatu yang menarik dan mewah
Gambar sebelum rumah diubahsuai :
Gambar selepas diubahsuai :
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.