Warna Gelap Jadi Pilihan, Lihat Transformasi Ruang Tamu Ini

Share

Seringkali kita ditakutkan dengan fakta bahawa warna gelap akan menjadikan sesebuah ruang itu nampak kecil dan sempit tetapi tindakan berani designer ini telah membuktikan yang tanggapan tersebut tidaklah 100% benar. Dengan pemilihan dan susun atur perabot yang tepat dan bersesuaian, penggunaan warna gelap juga mampu menjadikan mana-mana ruangan dalam kediaman anda nampak lebih menarik termasuklah ruang tamu .

Sudah tentu, ramai yang tidak berani dan masih skeptikal dengan penggunaan warna-warna gelap untuk menghiasi sebarang ruang dan sudut kediaman kerana takut ruang nampak lebih kecil dari saiz sebenar tetapi tindakan berani pereka dalaman ini yang telah dipersetujui tuan rumah, sama sekali tidak mengecewakan.

Menurut Puan Mell Amelia, renovasi ruang tamu dan ruang makan rumah teres ini telah menelan belanja sebanyak RM25k. Penggunaan warna gelap seperti kelabu gelap dan turquoise telah menjadikan ruang nampak eksklusif dan glamor ditambah pula dengan elemen cermin yang secara tidak langsung telah me ‘neutral’ kan warna-warna gelap tadi. Cermin seperti yang kita tahu, dapat memberi ilusi luas dan lapang. Bijak kan? Disinilah kita dapat lihat betapa pentingnya peranan designer

dalam proses mengubahsuai kediaman.

Puan Mell dengan besar hatinya telah berkongsikan beberapa keping gambar dari pelbagai angle untuk tatapan pembaca IMPIANA. Semoga menjadi manfaat dan ilham buat semua. Selamat mendeko!

Lihat artikel berkaitan : Transformasi rumah lama,

 

Published by
Amalina