Membaca adalah amalan yang mulia. Buku pula merupakan jambatan ilmu. Walaupun kini kita hidup di zaman e-pembaca, buku masih lagi menjadi pilihan sesetengah orang. Perasaan yang wujud ketika memegang dan mencium bau setiap helaian dalam buku amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tablet.
Buat pembaca tegar yang mempunyai koleksi yang banyak, salah satu hal yang merumitkan tentang hobi mereka ialah dimana mereka mahu menyimpan kesemua buku-buku tersebut? Nak beri pada orang, sayang. Tetapi timbunan yang semakin bertambah akan membuatkan kediaman nampak tidak teratur jika tidak mempunyai tempat penyimpanan yang sesuai dan mencukupi.
Penyelesaian yang jelas sudah tentulah menambah rak bagi menampung bilangan buku yang kian menggunung. Tetapi tahukah anda, banyak lagi cara kreatif yang boleh anda lakukan supaya koleksi anda tidak nampak boring dan hambar saja. Berfikir diluar kotak atau anda boleh saja ikuti idea-idea yang telah IMPIANA kumpulkan ini. Selamat mendeko!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Cuci Pinggan Mangkuk Yang Melekat Lemak Tebal
Hidangan sup tulang ini sudah pastinya menjadi kegemaran ramai. Bila dah masak sedap makan, perkara paling stress adalah bila nak cuci pinggan mangkuk yang melekat dengan lemak yang tebal.
Kebiasaanya, perkara kritikal yang akan dihadapi setelah menjamu selera sup tulang adalah untuk mencuci pinggan mangkuk digunakan. Kebiasaanya, pinggan mangkuk yang digunakan tidak akan dicampur dengan yang lain kerana khuatir lemak-lemak tebal yang tersisa melekat atau berjangkit pada yang lain. Lemak tu, kalau sabun berkali-kali pun tetap tak akan bersih. Nak cucian berkesan, kena lah pakai air panas. Betul tak?
Sebenarnya, ada sabun yang boleh menanggalkan semua jenis minyak dan kotoran degil yang melekat tak kira lah pada pinggan mangkuk, malah periuk belanga dan lantai yang berbau hanyir. Sabun cucian tu memang tak ada jual di pasaran. Anda perlu hasilkannya dengan menggunakan 3 bahan dari dapur.
Bahan-bahan:
4 cawan baking soda
1 cawan garam
2 cawan air perahan limau
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga rata
2. Sediakan air di dalam besen kecil dan masukkan sesudu pati sabun tadi
3. Larutkan sabun dan masukkan pinggan. Cuci dan bilas seperti biasa
Baca: Tip Bagaimana Nak Pastikan Rumah Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
9 Tip Keselamatan Kediaman WAJIB BUAT Dari Polis Diraja Malaysia
Sefronoknya dah nak raya. Tapi dalam keseronokkan, pasti wujud kejadian yang tidak diingini tak kiralah pada dirisendiri, sahabat handai, sanak saudara dan juga kediaman anda. Terlau teruja nak pulang kekampung, ramai sambil lewa meninggalkan rumah. Waktu orang kota tiada lah bermacam ancaman boleh berlaku. Antaranya adalah kecurian, kebakaran dan sebagainya. Jadi, untuk mengelak anda menjadi salah seorang mangsa, ikut 9 langkah keselamatan kediaman yang dikeluarkan oleh PDRM.
1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda tanpa makanan yang mencukupi semasa anda bercuti.
5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/ belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
– Nama dan alamat
– Nombor telefon yang mudah dihubungi
– Tarikh berlepas dan balik
– Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
Sumber: http://www.rmp.gov.my
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Jenis ‘Pattern’ Kemasan Jubin Dapat Naikkan Seri Ruang Kediaman
Isi Kandungan
TogglePemilihan kemasan lantai atau dinding dengan ‘pattern’ yang tepat mampu menaikkan lagi seri pada ruang kediaman. Ada beberapa pattern atau pola kemasan jubin yang boleh dipertimbangkan supaya interior kediaman menjadi lebih menarik.
1. Chessboard
Susunan jubin segi empat sama menyerupai pola papan catur. Ia mempunyai 2 warna berbeza yang disusun secara berselang seli. Pattern ini kelihatan elegan dan mewah namun perlu dipadankan dengan dekorasi yang sederhana supaya tidak terlalu menonjol dan tetap nampak ‘classy’.
2. Herringbone
Herringbone atau pola ‘tulang ikan’ ini antara pattern lantai yang menjadi kegemaran ramai. Jubin bersaiz segi empat tepat diletakkan pada sudut 45 darjah untuk membentuk bentuk V, menghasilkan reka bentuk zigzag. Corak ini memberikan penampilan visual kemasan lantai yang menarik, kemas dan cozy.
3. Straight Lay Pattern
Pola jubin ini cukup klasik dan sederhana. Ia banyak digunakan pada kebanyakan kediaman kerana pemasangannya mudah, hanya disusun dalam garis lurus. Pattern ini sesuai bagi yang sukakan konsep tidak terlalu menonjol, namun kelihatan rapi, bersih dan kemas.
4. Diagonal Lay Pattern
Pemasangan jubin dengan pola ini seperti ‘Straight Lay’ namun ia menggunakan jubin berukuran segi empat sama yang dipasang pada sudut 45 darjah membuatkan ia kelihatan berbentuk seperti berlian (diamond). Pola ini paling sesuai digunakan pada ruangan yang kecil seperti bilik air dan backsplash dapur bagi memberikan ilusi yang lebih luas.
5. Brick Pattern
Brick pattern atau juga dikenali ‘subway tiles’. Pola ini secara umumnya seperti susunan batu bata. Pilihan jubin berukuran segi empat tepat yang dipasang secara horizontal dapat memberikan efek luas manakala secara vertikal memberikan kesan tinggi pada ruang kediaman.
6. Mosaic Tile Pattern
Pattern ini adalah jubin bersaiz kecil dengan bentuk berulang dan pelbagai warna dalam satu permukaan. Ia menambah aksen dan tekstur permukaan menjadikan ruang tampak lebih menarik. Ia sesuai diletakkan pada ruang yang kering, bukan di ruang yang basah dan lembab seperti backsplash dapur, lantai mahupun dinding bilik air. Celahan ‘grout’ mudah kotor dan sukar untuk dibersihkan.
7. Oversized
Bagi yang menyukai konsep minimalis dan ‘clean’, pattern oversized ini sangat sesuai dan praktikal untuk ruang kediaman anda. Ukuran jubin yang bersaiz besar membuatkan ruang kediaman tampak lebih luas, kemas dan bersih. Pattern jubin sebegini kian menjadi pilihan bagi hiasan dalaman rumah kerana nampak cukup bergaya dan moden.
8. Hexagonal
Jika ingin merubah ‘mood’ sesebuah ruang boleh mencuba pattern Heksagonal ini. Ia membuatkan ruang nampak lebih ‘playful’ dan tidak terlalu kaku berbanding pola selamat seperti Straight Lay. Boleh gunakan satu warna atau beberapa rona pada pola ini yang sesuai dengan pallette di ruang kediaman anda.
9. Striped Pattern
Pola berjalur ini sesuai digunakan pada ruangan yang kecil kerana ia mampu memberi kesan luas dan tinggi. Hanya memerlukan jubin dengan 2 rona berbeza dan disusun mengikuti garis lurus horizontal atau vertikal.
10. Bordered Pattern
Pattern ini mampu memberi ilusi jubin yang dipasang kelihatan seperti ‘karpet’. Anda bebas menentukan pilihan corak dan aksen motif yang diinginkan pada permukaan jubin, namun mempunyai ‘border’ yang memisahkan ruang tersebut.
Mesti Baca:Jubin Lantai Kusam Bercapuk Kembali Cantik Berseri Guna Cat Epoxy!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Jubin, Jangan Asal Berkenan Terus Pilih, Bukan Semua Jenis Kediaman Sesuai
Artikel Menarik:Lantai Rumah Atau Jubin Semakin Kusam Dah Tak Berkilat Macam Dulu, Guna 2 Bahan Ni Untuk Serikan Kembali
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI