(GAMBAR)Tak Pening Kepala Lagi Nak Susun Buku Yang Menimbun Lepas Ikut Idea Ini

Share

Membaca adalah amalan yang mulia. Buku pula merupakan jambatan ilmu. Walaupun kini kita hidup di zaman e-pembaca, buku masih lagi menjadi pilihan sesetengah orang. Perasaan yang wujud ketika memegang dan mencium bau setiap helaian dalam buku amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tablet.

Buat pembaca tegar yang mempunyai koleksi yang banyak, salah satu hal yang merumitkan tentang hobi mereka ialah dimana mereka mahu menyimpan kesemua buku-buku tersebut? Nak beri pada orang, sayang. Tetapi timbunan yang semakin bertambah akan membuatkan kediaman nampak tidak teratur jika tidak mempunyai tempat penyimpanan yang sesuai dan mencukupi.

Penyelesaian yang jelas sudah tentulah menambah rak bagi menampung bilangan buku yang kian menggunung. Tetapi tahukah anda, banyak lagi cara kreatif yang boleh anda lakukan supaya koleksi anda tidak nampak boring

dan hambar saja. Berfikir diluar kotak atau anda boleh saja ikuti idea-idea yang telah IMPIANA kumpulkan ini. Selamat mendeko!

Published by
Impiana