Dalam menyelami kediaman Arkitek Idr Ismail Chik ini tidak menghampakan bagi yang mencintai alam semula jadi. Sentuhan kontemporari yang membawa masuk naluri alam dalam setiap sudut dalam kediaman membuatkan rumah ini rasa lebih tenang dan mendamaikan. Jika diperhatikan keseluruhan perincian di dalam rumah ini, beliau memilih kemasan yang cukup berkualiti.
Jika tahu menilai estetika kayu yang menjadi pilihan pemilik ini, pasti anda dapat menilai bagaimana cita rasa Idr Ismail Chik ini. Beliau bukanlah calang-calang di dalam industri seni bina dalaman dan juga landskap ini. Beliau sudah banyak makan garam dalam mencipta nama dengan menghasilkan banyak projek-projek yang memberi impak pada pelanggannya.
Lihat sahaja kediamam beliau, seakan berada di sebuah rumah percutian yang memiliki 1001 elemen magis dalam sentuhannya. Sudah lama rasanya IMPIANA tidak melihat kediaman yang mempunyai konsep tropika sebegini. Jom lihat sebalik sentuhan Idr Ismail Chik ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
The Makeover Guys, Penjenamaan Semula Lebih Menyeronokkan
The Makeover Guys ditubuhkan pada tahun 2015, The Makeover Guys (TMOG) ialah syarikat penyelesaian hartanah yang menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian semula strategik kepada para individu, terutamanya pelabur hartanah yang mahu menyewakan unit-unit mereka kepada penyewa. Terkenal dengan pendekatan syarikat yang kreatif dan unik terhadap penghiasan semula hartanah, TMOG telah membantu lebih 4000 orang pemilik rumah sepanjang 6 tahun yang lalu untuk mengubah kediaman mereka menjadi unit yang dihias oleh pereka hiasan dalaman melalui pengubahsuaian pintar yang menggunakan formula yang mengimbangi nilai estetika dan ciri praktikal sebuah ruang dalaman. Pasukan TMOG beroperasi di empat buah badar utama di Malaysia iaitu Lembah Klang, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
The Makeover Guys (TMOG), penyedia perkhidmatan hiasan rumah yang terkemuka di Malaysia telah melancarkan identiti visual baharu dalam usaha penjenamaan semula syarikat bagi menampilkan usaha TMOG dalam meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan. Inisiatif penjenamaan semula ini turut disertai dengan pelancaran “Seriously Cereal”, tema rekaan dalaman dalam tempoh yang terhad yang hanya ditawarkan kepada pelanggan sehingga 30 April 2022.
Perkhidmatan mesra bajet yang ditawarkan oleh syarikat sentiasa membantu para pelabur hartanah memperoleh kadar sewa dan hasil yang lebih tinggi untuk unit-unit mereka. Selain itu, TMOG menawarkan rekaan hiasan semula rumah “berkualiti Instagram” pada kadar yang mampu untuk pemilik kediaman yang tinggal di rumah mereka sendiri. TMOG juga terkenal dengan proses pengubahsuaian rumah tanpa masalah dalam masa 30 hari berbanding tempoh berbulan-bulan yang diambil oleh syarikat hiasan semula yang lain.
Pelaksanaan penjenamaan semula TMOG juga termasuk logo baharu yang menampilkan maskot yang lebih mesra dan menyeronokkan bertujuan menarik minat pemilik rumah muda. Warna kuning telah dipilih sebagai warna hero yang baharu untuk mewakili syarikat. Melalui maskot, warna dan identiti visual yang baharu, TMOG membawakan pendekatan jenama yang kreatif, memiliki reka bentuk, menyeronokkan dan menarik.
“Perkhidmatan dan produk kami sentiasa direka untuk mencerminkan The Makeover Guys sebagai sebuah syarikat hiasan semula kediaman yang mampu milik dan boleh dipercayai. Kami juga mengutamakan pengalaman tanpa masalah yang dipacu oleh teknologi menerusi platform reka bentuk pengalaman pelanggan (CX) kami. Selepas mendapat kepercayaan dalam industri dan jumlah pelanggan yang semakin meningkat, syarikat memerlukan imej baharu untuk mencerminkan keupayaan kami membuat inovasi dan menyesuaikan diri untuk berubah terutama sekali dalam tempoh selepas pandemik,” kata Gavin Liew, Rakan Pengurus dan Pengasas Bersama The Makeover Guys.
Pendekatan Organik ‘Seriously Cereal’
Sempena dengan inisiatif penjenamaan semula, TMOG memperkenalkan tema reka bentuk dalaman “Seriously Cereal” edisi terhad yang diilhamkan oleh elemen-elemen semula jadi dan organik dalam reka bentuk tema. Tema ini memberi penekanan terhadap warna-warna semula jadi dan mesra seiring dengan trend reka bentuk dalaman global masa kini.
Seriously Cereal menampilkan tona warna termasuk warna coklat seperti bijirin, warna beige seperti rumput pampas dan warna-warna semula jadi yang lain. Pada masa yang sama, TMOG turut menggabungkan perabot organik dengan bentuk yang unik sebagai penampilan menarik yang mewakili jenama TMOG.
Pemilik kediaman yang memilih tema rekaan dalaman Seriously Cereal akan menerima pengubahsuaian bagi dinding utama, perabot, hiasan rumah, lantai, katil dan peralatan tidur, langsir, kabinet dan bahagian dapur serta lampu dan kipas.
“Menerusi pemerhatian terhadap trend global, kami mendapati gaya hiasan kini lebih menjurus kepada pilihan warna yang lebih inklusif dan reka bentuk masa hadapan. Langkah seterusnya bagi The Makeover Guys adalah memberi tumpuan kepada mencipta tema baharu yang neutral jantina, berfokuskan kedamaian dan mesra alam. Pengguna kini semakin mendekati alam semula jadi dan perubahan gaya hidup ini akan membuatkan mereka memilih ruang kediaman tenang dan santai yang meraikan kehidupan yang lebih ringkas,” tambah Gavin lagi.
Seriously Cereal akan menjadi tema baharu yang menarik dalam pelbagai pilihan reka bentuk hiasan dalaman yang ditawarkan oleh TMOG untuk para pemilik kediaman hari ini. Antara pilihan tema reka bentuk lain yang ditawarkan termasuklah Odette, Symphony, Bold Latte, Muji, Executive, Urban Zen, Minimalist Grey dan Urban Chic.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang The Makeover Guys, sila layari www.themakeover.my.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sudah Ada ‘Wireless Doorbell’ Siap Dengan Kamera Paparan HD, Memang Canggih Habis!
Tidak dinafikan, penggunaan loceng pintu rumah adalah satu barangan keperluan yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Ini kerana, ia boleh memudahkan
Jika loceng pintu rumah anda sudah lama, rosak atau tidak boleh digunakan lagi, apa kata anda beralih kepada penggunaan loceng pintu rumah yang lebih moden seperti ini.
Untuk maklumat anda, loceng pintu rumah ini sememangnya moden dan canggih dengan teknologi terkini. Ia telah direka dan didatangkan dengan sistem ‘wireless’ yang pastinya akan memudahkan untuk pemasangan loceng pintu ini di kediaman anda.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi kamera dengan paparan resolusi HD yang akan memudahkan anda melihat individu yang berada di luar kawasan kediaman anda.
Di samping itu juga, ia didatangkan dengan sistem pembesar suara yang boleh memudahkan anda untuk berkomunikasi bersama orang yang berada di luar rumah anda.
Meski loceng pintu rumah ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi teknologi yang terkini, ketahanan tenaga bateri tidak akan menjadi masalah kerana ia mudah alih serta boleh dicas semula. Jadi tiada masalah kekurangan tenaga bateri akan berlaku.
Dari segi harganya pula, jangan anda berasa bimbang kerana loceng pintu rumah seperti ini dijual dengan harga yang sangat berpatutan tanpa perlu berbelanja besar pun. Menarik kan?
Bagi anda yang ingin mendapatkan loceng pintu rumah seperti ini, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Buat Rak Hiasan Diperbuat Daripada Batang Ais Krim, Bukan Sahaja Tampak Cantik Tapi Lebih Jimat!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bertemakan Konsep Scandinavian, Zulin Aziz Hanya Berbelanja Dalam RM50,000 Untuk Dekorasi Dalaman Rumah
Menerusi episod segmen Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk berkunjung dan kami ‘House Tour’ ke kediaman selebriti versatil, Zulin Aziz yang terletak Setia Eco Templer Park, Rawang.
Untuk maklumat anda, selebriti popular ini memiliki sebuah rumah jenis teres dua tingkat dan merupakan kediaman terbaharu Zulin setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Farhan Norzaini pada Februari lalu.
Kata Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz dia telah berpindah sepenuhnya ke kediaman terbaharu tersebut sekitar
Bagi dekorasi ruang dalaman rumah, maklum Zulin telah memilih konsep bertemakan Scandinavian yang telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Ketika sesi temu bual bersama hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Zulin mendedahkan bahawa dia telah berbelanja kos anggaran sebanyak RM50,000 sahaja untuk dekorasi serta pengubahsuaian seluruh ruang kediamannya.
Di samping itu, katanya lagi untuk berbelanja kos anggaran sebanyak itu dia telah mengamalkan tip berjimat-cermat dengan berbelanja secara dalam talian.
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Zulin Aziz? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI