Dalam menyelami kediaman Arkitek Idr Ismail Chik ini tidak menghampakan bagi yang mencintai alam semula jadi. Sentuhan kontemporari yang membawa masuk naluri alam dalam setiap sudut dalam kediaman membuatkan rumah ini rasa lebih tenang dan mendamaikan. Jika diperhatikan keseluruhan perincian di dalam rumah ini, beliau memilih kemasan yang cukup berkualiti.
Jika tahu menilai estetika kayu yang menjadi pilihan pemilik ini, pasti anda dapat menilai bagaimana cita rasa Idr Ismail Chik ini. Beliau bukanlah calang-calang di dalam industri seni bina dalaman dan juga landskap ini. Beliau sudah banyak makan garam dalam mencipta nama dengan menghasilkan banyak projek-projek yang memberi impak pada pelanggannya.
Lihat sahaja kediamam beliau, seakan berada di sebuah rumah percutian yang memiliki 1001 elemen magis dalam sentuhannya. Sudah lama rasanya IMPIANA tidak melihat kediaman yang mempunyai konsep tropika sebegini. Jom lihat sebalik sentuhan Idr Ismail Chik ini.