Dapur. Semua orang ada dapur bukan? Siapa je yang tidak ada dapur sebab dapur inilah tempat untuk kita memasak. Bila tak ada dapur, kita akan tak memasak. Bila tak memasak, kita akan tak makan. Bila tak makan, kita akan lapar. Bila lapar, kita merana dan jatuh sakit. Bila jatuh sakit, Innalillah. Hahahaha. Hari ini, saya akan menceritakan tentang dapur. Dapur ataupun dalam English dipanggil stove ini, ada dua jenis pada zaman sekarang, iaitu, dapur gas dan dapur elektrik. Tapi, apa perbezaannya? Mari saya ceritakan apa perbezaannya.
Baiklah, kita mulakan dengan penggunaan haba dan tahap memanasnya. Apa yang saya lihat sekarang ini adalah kecekapan memasak dalam perbezaan dapur gas dan elektrik ini. Menurut kajian yang saya baca, dapur elektrik mampu memberikan haba kepada makanan sebanyak 90% manakala dapur gas dapat memberi sehingga 55% sahaja haba. Jadi, menggunakan dapur elektrik adalah lebih berguna dan berfungsi sekiranya anda ingin memasak makanan yang banyak dalam masa yang cepat.
Ads
Selain dari itu, kos penggunaan juga ada perbandingannya. Apabila bercerita tentang kos pula, sudah tentu, mana-mana produk yang baik akan mahal. Untuk menggunakan dapur aruhan, anda mesti membeli dan mendapatkan mangkuk jenis aruhan, periuk dan juga kuali untuk menggalakkan penghantaran elektromagnet dengan lebih cekap. Dari apa yang saya tahu, Penggunaan dapur elektrik ini boleh disifatkan sebagai susah payah kerana ia tidak sesuai untuk memasak makanan dalam kuantiti yang sedikit kerana dapur elektrik tidak dapat mengesan kuali kecil yang diletakkan di atasnya. Malahan, ia tidak memerlukan penggunaan periuk tertentu, tidak seperti dapur gas standard, dan kawalan penggunaannya lebih terbuka.
Ads
Ads
Jadi dengan itu, selesailah sudah saya menceritakan tentang perbezaan dapur gas dan dapur elektrik. Jikalau anda, anda memilih yang mana? Itu semua ditangan anda.
Tidak dinafikan dalam bahagian ruang rumah, meja makan memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang harmoni dan berjaya. Jangan pandang remeh, ia hanya sekadar tempat menikmati makanan & minuman, malahan fungsinya sebenarnya lebih daripada itu. Ada sebabnya meja makan ini layak dijadikan ‘pusat pentadbiran’ dalam setiap rumah.
Jemput baca perkongsian ilmu yang bermanfaat daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, semoga menjadi panduan buat mak ayah dalam membina keluarga.
Berikut antara perkongsiannya;
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
1. Tempat Wajib Berkumpul
Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
2. Laporan Harian
Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
3. Makan Apa Yang Dihidangkan
Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
Kebaikan Amalan Ini;
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggan mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Musim hujan kadangkala mendamaikan, dengan suhu yang dingin terasa menyejukkan. Namun terdapat beberapa hal dan urusan harian yang boleh terbantut akibat hujan. Selain perlu sentiasa bersedia dengan payung, hal lain yang akan terganggu akibat hujan adalah jemuran di luar rumah.
Bagi yang mempunyai mesin pengering di rumah, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula untuk yang tiada? Bagaimana nak pastikan pakaian cepat kering?
TIP MENJEMUR PAKAIAN KETIKA HUJAN
Ketika hujan, basuhan akan lambat kering dan boleh membuat pakaian berbau hapak atau kepam. Disamping itu, keadaan yang lembab juga boleh menyebabkan timbulnya tahi lalat pada baju.
Jadi, jom kita semak 6 cara untuk menyidai pakaian ketika musim hujan agar permasalahan tadi tidak berlaku.
1.GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.
2.ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.
3.KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.
4.GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.
5.SIDAI DI TEMPAT TERBUKA Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.
6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN
Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
PARK REGENT dengan penampilan mewah
Dipanggil projek paling berprestij di Desa ParkCity sehingga kini, Park Regent merangkumi kualiti hidup, di mana kemewahan dan praktikal seiring.
ParkCity membuka pintu untuk mempamerkan perkembangan terbaharunya, Park Regent, pada majlis eksklusif semalam di Park Regent Show Sales Gallery yang menampilkan dua rumah di Desa ParkCity. Penempatan berpusat yang diberi nama Up Close dan Personal with Park Regent: A Rendezvous by the Lake, para tetamu diberi peluang melawat secara eksklusif ke unit pameran Park Regent, sambil mengenali minda kreatif dan inovatif di sebalik pembangunan.
Di samping itu, para tetamu diberi peluang untuk mengupas bersama-sama barisan pemaju dan juga arkitek dengan perbahasan mengenai Penukaran Persepsi Nilai Harta Tanah: Merancang dan Membangunkan untuk mengalihkan trend demografi dan keutamaan gaya hidup pengguna dengan panel khas seperti KC Chong, Ketua Pegawai Pemasaran ParkCity, dan Patrick Liau, Pengarah Urusan CapitaLand Malaysia, serta Christopher Lee, Ketua dan Pengasas bersama Serie Architect, dan Peter Tay, Pereka Dalaman Selebriti. Datuk Joseph Lau, Ketua Pegawai Eksekutif ParkCity dan Ronald Tay, Ketua Pegawai Eksekutif CapitaLand Singapura, Malaysia & Indonesia, dalam majlis tersebut.
Usaha sama oleh dua pemaju terkenal, ParkCity dan CapitaLand, Park Regent adalah pembangunan tinggi yang paling berprestij di Desa ParkCity setakat ini memunculkan bar di rumah dengan membawa kembali kemewahan yang bijak dan praktikal. “Hidup di era rumah yang padat, kami sering lupa tentang beberapa kepentingan utama dalam kemewahan seperti balkoni yang lapang untuk bersantai, penyimpanan yang cukup, pengudaraan dan cahaya, halaman, dapur yang luas sudah cukup memadai untuk gaya hidup masa kini. Park Regent adalah bukti kemewahan yang bijak, yang realiti dalam kehidupan bandar, “kata KC Chong.
Dijadualkan untuk disiapkan pada tahun 2023, Park Regent penuh dengan prestij sebagai pemaju berkumpul gabungan arkitek kelas dunia – Serie + Multiply, usaha sama antara Serie Architects yang berpangkalan di London dan Multiply Architects yang berpangkalan di Singapura; pereka dalaman selebriti – Peter Tay Studio; dan perunding landskap yang berpangkalan di Singapura – Coen Design International, untuk mewujudkan kediaman yang luar biasa dan tersendiri di Desa ParkCity. Park Regent juga menandakan projek sulung Serie + Multiply dan Peter Tay Studio di Malaysia.
Direka untuk kualiti hidup yang lebih tinggi, unit Park Regent adalah rumah yang luas dan terperinci memaparkan pemandangan terbaik di Desa ParkCity, dilengkapi dengan kemudahan seperti Central Park, The Waterfront, Hospital Ramsay Sime Darby, Sekolah Antarabangsa di ParkCity, dan Plaza Arkadia, semua semata-mata dibangunkan untuk memenuhi keperluan yang berkembang pesat tanpa sempadan. Terletak di dalam komuniti yang paling menarik di Malaysia, Desa ParkCity – yang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Emas FIABCI World Prix d’Excellence Award 2019 di bawah kategori Pelan Induk, Park Regent bersedia untuk terus menyumbang kepada pembinaan komuniti yang sihat dengan pembangunan enam jenis apartmen – semua dibahagikan dengan powder room, dari unit satu bilik hingga empat bilik tidur, dengan lobi lif persendirian untuk unit yang lebih besar.
“Menyesuaikan keperluan para pelanggan, Park Regent mencerminkan komitmen ParkCity dan CapitaLand untuk menghasilkan produk berbeza yang menimbulkan tanda aras untuk hartanah kediaman di Desa ParkCity. Perkongsian ini membawa pengalaman, kepakaran dan rekod prestasi terbukti kepada dua pemaju hartanah utama di rantau ini, “kata Datuk Joseph Lau.
Menghadap tasik yang indah, status Park Regent sebagai pembangunan yang sangat diinginkan ramai pemilik kota dengan ciri Desa ParkCity telah menyaksikan penghargaan nilai yang tinggi sejak bertahun-tahun, menjadikan Park Regent sebagai hartanah yang ideal untuk pemilik rumah yang arif.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.