Gaya Dekorasi Moden Bohemian, Suasana Rumah Pasti Tidak Akan Menjemukan

Share

Gaya dekorasi moden bohemian, suasana rumah pasti tidak akan menjemukan. Hiasan dalaman gaya bohemian ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kita.

Meraikan tekstur dan warna yang tidak terikat dengan sebarang peraturan hiasan tertentu konsep dekorasi bohemian chic tidak selalu kelihatan elegan namun dengan menerapkan konsep ini, suasana rumah pasti lebih ceria.

Transformasi rumah teres setingkat ini begitu mencuri pandangan mata. Kediaman yang dimiliki oleh pasangan muda yang terletak di Kuantan ini diberikan nafas baru. Berinspirasikan stail Bohemian Chic, sentuhan dekorasi merangkumi elemen natural, warna sederhana serta pelbagai tekstur.

Berikut dikongsikan keadaan kediaman asal iaitu sebelum melalui proses renovasi dan juga keadaan kediaman selepas direnovasi. Moga mencetuskan idea buat anda yanh sedang berkira-kira untuk mengubahsuai kediaman.

SEBELUM RENOVASI (KEADAAN ASAL KEDIAMAN)

 

 

SELEPAS RENOVASI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berikut dikongsikan tip bagi merealisasikan gaya dekorasi bohemian:

GUNAKAN TUMBUHAN HIJAU 

Gunakan tanaman hijau pada ruang tertentu dalam kediaman anda. Penggunaan tumbuhan hijau mampu memberikan impak warna dalam dekorasi ini. Elemen alam menjadi sebahagian konsep bohemian. Pilihan lain, anda boleh gunakan tumbuhan hijau dalam pasu atau yang digantung sama ada yang segar atau pun plastik.

PILIH PERABOT YANG MENGGUNAKAN MATERIAL ALAMI 

Perabot yang diperbuat daripada rotan seperti buluh sangat popular dan malar segar. Gunakan untuk hiasan dalaman anda selain ia mudah dipadankan dengan pelbagai warna.

PELBAGAIKAN MOTIF 

Konsep bohemien juga mementingkan elemen motif pada perabot dan aksesori. Bagi memaksimumkan gaya itu, pilih corak dan motif berbeza pada karpet, langsir, sarung kusyen, selimut dan sebagainya.

SUSUNAN LUKISAN PADA DINDING 

Gantung lukisan di dinding. Susunan lukisan juga tidak perlu mengikut kebiasaan malah adalah lebih baik saiz bingkai yang dipilih juga berbeza-beza.

Sumber: Wany Zabry

 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi