Anda ada perancangan untuk menetap di persekitaran baru di Sungai Petani Kedah? Jom kita lihat projek pembangunan baharu oleh Paramount Property™ di Bukit Banyan ini.
Bertemakan ‘Dekat Dengan Alam Semulajadi’, pembangunan seluas 520 ekar ini dibina dengan landskap indah lalu memberi penduduk peluang untuk menikmati gaya hidup relaks dan mendamaikan. Terdapat 8 buah taman tema unik dan kawasan landskap 20 ekar dengan elemen air dan tasik sekitar precint kediaman yang ada.
Eugenia 3 merupakan rekaan rumah terbaru oleh Bukit Banya. Siap sedia dengan 4 buah bilik + 1 bilik utiliti, luas binaan 2,950 kaki persegi dan saiz lot sekitar 40′ x 85’/90′, ia adalah pilihan tepat bagi yang ingin hidup berkeluarga di sini. Bukan sahaja Eugenia 3 tampil berstail malah cukup menyelesakan.
Jaringan perhubungan dari Bukit Banyan juga mudah melalui Jalan Lencongan Timur, laluan persekutuan Sungai Petani – Alor Setar dan Lebuhraya Utara – Selatan. Pusat bandar Sungai Petani pula terletak hanya 9 kilometer dari kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Kedai Online Jual Barang Berkebun Yang Top
Urban farming atau kebun bandar kini bagai satu trend. Selari dengan itu, peniaga-peniaga online pun tumbuh macam cendawan membekalkan pelbagai keperluan berkebun sama ada dari penjualan anak pokok, baja hinggalah keperluan peralatan lain. Ada yang jual di dalam page atau muka buka dan ada juga yang betul-betul serius buat website untuk jual.
Min. sendiri pun nak dapat keperluan berkebun beli secara online je la ni walaupun sungai buloh tue belakang pintu rumah. Ianya berlaku disebabkan kekangan masa. Nanti kalau tak berkebun terus, laman yang diusahakan walaupun sekangkang kera boleh terabai. Jadi bagi mengatasi masalah ini pembeli barang keperluan secara online ada lah terbaik. Memang lah mahal sikit, tapi boleh lah dari tak ada langsung kan. kalau anda rajin geledah-geledah kat FB tu, kadang-kadang anda akan jumpa harga yang lebih murah dari pasaran.
BERIKUT ADALAH ANTARA PENJUAL PRODUK BERKEBUN ONLINE YANG BOLEH ANDA CUBA:
(P/S: Klik terus pada nama online shop yang anda berkenan untuk ke website atau page mereka)
Nursery Kebun Bandar
Website nie banyak jual anak pokok buah-buahan. Nak cari pokok buah eksotik seperti mango Irwin, finger limes dan pelbagai lagi pon ada.
Joe Jalil Diy Gardening
Bagi yang nak cari bekas hygrowpot atau NFT yang terbring? berdiri? plbagai saiz? boleh tempah kat brother nie.
Umam Agro
kalau nak cari stock baja A,B boleh beli dekat umam Agro nie. Die orang pun mudah kite dapat melalui Shopee.
Tyagro
Anak pokok herba Rm 10 untuk 3 pokok boleh beli kat tyagroni. Pokoknya saiz comel-comel, jadi risiko untuk pos tu lebih mudah.
ATKC E-Warehouse
ATKC nie konsep macam warehouse. macam-macam peralatan menukang die ada jual termasuklah untuk berkebun. Tapi taka da lah jual anak pokok. Lebih kepada peralatan seperti apsu, baja dan lain-lain.
Agro Mazz Hidroponik
Kalau ada yang nak berkebun tapi ada kekangan masa tu, boleh cuba sistem hidroponik yang dibekalkan oleh agro mazz. Kalau kata nak lebih mudah penjagaan, tempah sekali lah dengan rumah hujau dia. Selesai cerita.
MelurDotCom
MelurDotCom ada jual macam-macam jenis anak pokok buah-buahan jugak. Yang bestnya kalau anda nak beli secara borong pun boleh. Selain itu juga, dalam MelurDotCom pon ada blog yang memberi tip atau info berkebun
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Tangani Stress Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Ancaman COVID-19
Virus Covid-19 telah menjadi isu pandemik global yang menjangkiti ribuan manusia di seluruh dunia. Kerajaan negara Malaysia juga telah melancarkan arahan kawalan pergerakan kepada rakyat yang tidak terlibat dengan sebarang perkhidmatan perlu (essential services). Situasi ini tanpa disadari boleh mengakibatkan kepanikan dan stress kepada orang ramai.
Dan menurut kajian, stress dapat melemahkan sistem imunisasi badan. Sedangkan untuk menghindari dan melawan virus COVID-19, kita memerlukan tubuh badan yang sihat serta sistem imunisasi yang baik. Jadi bagaimana caranya untuk menghindari stress yang berpanjangan?
Mengurangi stress dapat dilakukan melalui berbagai cara. Salah satunya dengan meluahkan segala perasaan dan kesedihan yang sedang dialami kepada orang terdekat atau orang yang kita percaya. Selain itu, kita juga perlu :
1. Berhat-hati ketika membaca berita
Sebaiknya, dapatkan perkembangan berita semasa dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.
Buat rakyat Malaysia, anda boleh dapatkan info terus dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Jauhi atau kurangkan masa di laman sosial
Lebih-lebih lagi jika terdapat laman yang bersifat provokasi dan menyebarkan berita palsu. Mute atau block saja jika ia membuat anda merasa cemas dan tidak keruan.
3. Sentiasa berfikiran positif dan optimis
Tukarkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina. Fikirkan bagaimana anda boleh isikan masa terluang ini dengan menghabiskan masa dengan ahli keluarga terdekat.
4. Kurangkan pergerakan
Atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung. Tetapi penting juga untuk kita melakukan senaman ringan selain menjaga pemakanan dan tetap terhidrasi.
Info tambahan dari WHO
Dalam sesetengah situasi, stress adalah satu perkara yang tidak dapat kita elakkan. Tangani stress secara efektif agar kita dapat sebuah kehidupan yang lebih bermakna. Stay safe, everyone!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Serikan Kediaman Anda Dengan Warna Pilihan Di Musim Perayaan Ini!
Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut setiap tahun untuk meraikan kemenangan cahaya dalam melawan kegelapan.
Sesuai dengan namanya, Pesta Cahaya ini diraikan secara harmoni oleh masyarakat Malaysia – biasanya dengan perjumpaan dan hidangan juadah yang enak. Bagaimanapun, dengan pandemik dan perintah kawalan pergerakan, sambutan Deepavali tahun ini mungkin sedikit berbeza.
Ini adalah kerana kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding sebelum ini. Di sambil kita menyesuaikan diri dengan normal baharu, apa kata sambutan tahun ini diraikan dengan memeriahkan kediamanan kita dengan warna baharu yang diinspirasikan oleh Deepavali, hiasan Kolam dan Sari yang berwarna-warni. Kita melihat kepada tiga warna asas untuk ketiga-tiga perkara ini – hijau, merah dan kuning.
AkzoNobel, syarikat cat dekoratif dan penyalut yang terkemuka serta pengeluar cat Dulux, mempunyai lebih 2,000 barisan warna untuk kemasan pelbagai jenis permukaan bagi memenuhi semua keperluan dekorasi anda. Di sini, kami ingin mengongsikan beberapa idea bagaimana Dulux boleh membawakan kemeriahan Deepavali ke rumah anda sepanjang tahun ini.
Raikan di rumah dengan warna inspirasi Deepavali
Dulux Ambiance Pearl GloTM Marvelous Coral (07YR 21/415) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)
Merah secara semula jadinya adalah warna asas yang sering dikaitkan dengan api, keghairahan dan juga dapat dilihat sebagai warna bertuah ketika Deepavali. Warna merah juga merupakan pilihan sesuai untuk digunakan di bilik tidur, terutama jika ia adalah Marvelous Coral – merah bata lembut dengan sedikit sentuhan merah jambu yang dapat menangkap kecerahan cahaya lampu dan dekorasi Deepavali. Apabila merah ini dipadankan dengan warna semula jadi bumi, ia akan memberikan bilik tidur anda gandingan tenaga yang harmoni. Bagi melengkapkan warna ini, anda boleh menggandingkannya dengan – Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106), iaitu nada warna bumi yang lembut, yang meraikan perubahan.
Dulux Ambiance Pearl GloTM Zodiac Night (70GG 13/323)
Hijau adalah warna yang menghidupkan yang hadir dalam pelbagai tona. Ianya cukup popular dan digunakan dalam kebanyakan hiasan Kolam dan Sari. Nada hijau sesuai digunakan untuk ruang yang banyak menerima pantulan cahaya semula jadi, dan kehadiran pokok-pokok segar di dalam ruang berkenaan akan menjadikan suasana lebih menenangkan. Zodiac Night adalah hijau gelap yang menyerlah dan bersemangat yang boleh mewujudkan suasana damai dan santai. Nada hijau yang lebih cerah seperti Windsurfer (10GY 74/325) adalah warna kontras yang sangat sepadan dengan hijau gelap Zodiac Night. Dan untuk menyempurnakan semuanya, anda boleh memberi nafas segar ke pejabat di rumah atau ruang tamu dengan kehadiran pokok lidah mertua. Pokok lidah mertua ini juga terkenal sebagai pembersih udara semula jadi yang menyerap toksin dan mengeluarkan oksigen, walaupun pada waktu malam.
Dulux Ambiance Pearl GloTM Monarch Gold (20YY 36/370) dan Brave Ground (Wright Stone 10YY 30/106)
Bagi penganut agama Hindu, pakaian kuning dipakai oleh dewa-dewa seperti Dewa Vishnu dan Dewa Krishna, menjadikan warna itu sebagai simbol pengetahuan, kebahagiaan dan kedamaian. Dari segi rekaan dan nilai estetikanya, ia juga adalah warna yang membahagiakan dan mempunyaikan keupayaan untuk mencerahkan ruangan yang gelap secara strategik. Anda boleh mengekalkan semangat Deepavali sepanjang tahun di rumah anda dengan gabungan warna Monarch Gold merentasi warna Brave Ground. Sentuhan tona kuning merentas warna coklat adalah gandingan kontras yang cukup sepadan untuk menyerlahkan lagi gaya rekaan ringkas dan elegan pada bilik tidur atau ruang tamu anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI