Pemilihan jubin bukanlah satu perkara yang ringkas dan mudah untuk kita membuat keputusan saat memasangnya. Tekstur, warna dan kemasan amat penting untuk menghasilkan satu gaya atau ciri mengikut konsep yang di kehendaki. Jika tersalah pilih boleh menyesal ye. Sila ambil perhatian! Jubin bukan boleh main pasang kalau tak suka kita boleh cabut dan ganti yang baru. Mungkin boleh jika anda terlalu banyak duit.
Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan jubin pilihan IMPIANA yang berkonsepkan Urban Heritage, mana tahu anda tertarik dengan konsep dan ciri jubin ini. Jom lihat koleksi dari Guocera Sdn Bhd.
Jangan lupa kempen Raya Dekor IMPIANA x Mamyhome Semakin menyegit hantar penyertaan anda mana tahu anda adalah bakal pemenang wang tunai yang bernilai RM1000, RM500 dan RM300. Kalau nak DUIT RAYA hias cepat Ruang Raya anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sapu Kapur Untuk Biak Pokok Ros Dari Keratan Batang, Memang Menjadi
Banyak jenis tanaman yang lebih mudah dan cepat dibiakkan dari keratan batang. Tapi, pernah tak alami keratan batang yang disemai menghitam dan rosak dari bahagian potongan atas? Jika dibiarkan, lama kelamaan batang yang disemai mati walaupun dah keluar pucuk atau daun baru?
Dalam industri pertanian, kebiasaanya bahagian atas yang dipotong akan diletakan satu lapisan perlindungan seperti lilin. Ia berupaya mengelak keratan batang yang disemai dari jangkitan penyakit yang akan meyebabkan ianya rosak secara perlahan-lahan.
Tapi, kita sebagai pekebun secara hobi, boleh gantikan lapisan tersebut dengan kapus seperti yang dilakukan oleh Sy’arina Mohamed Shaari untuk keratan ros. Teknik ini sesuai juga untuk semua jenis pembiakkan keratan batang
Alhamdulillah.. setelah percubaan kali pertama gagal. buat kali ke-2. akhirnya ada juga yg bertunas… rasa nak lompat bintang….
Saya rendam keratan selama seminggu. kemudian pindah ke dalam pasu. guna medium cocopeat. medium kene dlm keadaan lembab.
Atas keratan ros saya sapu kapur. kapur yang biasa orang guna untuk makan sireh tu. tujuan sapu kapur untuk mengelakkan bahagian atas menjadi hitam. Pasu letak kat kawasan redup
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Rumah Cantik Dan Bersih Walau Ada Kucing
Jika anda mempunyai haiwan peliharaan terutamanya kucing, secara tidak langsung ia menjadikan rutin mengemas dan mencuci kediaman tidak seperti biasa. Antara faktor utama yang menjadi masalah adalah bau yang tidak enak dan bulu yang melekat di karpet dan sofa.
Namun itu tidak menjadi masalah , ia boleh di atasi dengan 6 perkara berikut:
1. GUNAKAN VACUUM AUTOMATIK
Memelihara kucing, perkara yang paling kerap perlu anda lakukan adalah vacuum. Bagi menjimatkan masa dan meamastikan tugasan membersih hujung inggu anda tidak teruk, Apa kata pasang vacuum automatik setiap hari. Jadi, ia akan malakukan tugasnya setiap kali anda tiada di rumah atau ketika tidur
2. PASTIKAN LINT ROLLER SENTIASA ADA STOK
Lint roller antara barang wajib ada bagi setiap pemilik kucing. Ia perkakas sempurna untuk membersihakan karpet dan sofa dari bulu kucing yang melekat.
3. RUTIN PADICURE
Elak permukaan fabrik pada perabot dari mudah koyak akibat menjadi tempat mencakar, patikan kuku kucing anda sentiasa dalam keadaan pendek. Jadikan ia sebagai rutin mingguan dan sediakan tempat mencakar khas.
4. BERSIHKAN TAPAK KAKI
Alas pintu (door mats) menjadi keperluan buat anda yang sentiasa membiarkan kucing keluar rumah. Jadi, tapak kaki kucing anda boleh dibersihkan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Namun ia tidak dapat memastikan kotoran degil yang melakat pada tapak kaki kucing anda bersih sepenuhnya. Jadi, apa yang pelru anda lakukan adalah cuci tapak kaki kucing dengan menggunakan tisu basah setiap kali ia masuk masuk semula ke dalam rumah selepas melakukan aktiviti luar
5. COVER UP
Jika kucing anda mempunyai tempat santai dan tidur yang banyak, alas kan kain terutamanya sofa, kerusi dan karpet. Ia berupaya mengelak permukaan upholstri kerusi atau sofa dari mudah melekat bulu dan kotoran yang dibawa oleh kucing anda.
6. SEDIAKAN BEKAS MAKANAN KHAS
Kebiasaanya, tempat yang paling kotor dan mudah bersepah yang dilakukan oleh kucing anda adalah tempat makan. Oleh itu, sediakan bekas khas seperti dulang untuk memudahakn anda mencuci dan membersihkan ruang tersebut selesai kucing anda menajmu selera
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Punca Utama Cat Di Dinding Mengelupas
Tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
SEBAB CAT TEMBOK MENGELUPAS
1. Umur cat yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan cat tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secra kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses cat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turt memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak denagn penjual bukan sekadar jenis cat malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
Artikel berkaitan: Cara Mudah Baik Pulih Cat Dinding Mengelupas
6. Teknik cat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah cat cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak di cat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan cat lama tidak di singkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan cat baru mengelupas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI