Keluasan terhad sesebuah kediaman bukanlah halangan untuk dekorasi tampil cantik mempesona. Walaupun rumah bersaiz kecil hanya 750Kps namun apabila dihias indah dengan konsep Minimalist Scandinavian menjadi ‘syurga’ buat pemilik, Roslina Bte Mohd Rasip.
“Jenis kediaman saya ialah Pangsapuri Rumah Selangorku. Konsep hiasan dalaman rumah saya ialah Minimalist Scandinavian. Minimalist kerana ruang rumah yang kecil dan Scandinavian lebih kepada perabut yang mempunyai fungsi yang lain,”
“Saya dapat mendapat kunci rumah ini pada April 2021. Keutamaan saya selepas mendapat kunci rumah adalah renovasi bahagian dapur terlebih dahulu kemudian bahagian ruang tamu,”
kata Roslina.Menariknya selama 3 tahun menghuni kediaman ini, kebanyakkan perincian sudut dekorasi di rumah ini dilakukan sendiri demi kepuasan diri sekaligus dapat meminimumkan bajet.
“Dekorasi dalam rumah ini banyak berkonsepkan DIY dengan bajet yang agak minimal, sebab banyak buat sendiri. Antaranya seperti Grandmirror, Batten Wall, Wainscoting, pemasangan SPC Flooring, cat dinding serta pintu rumah,” ujar Roslina lagi.
Istimewanya juga item dekorasi dalam rumah juga banyak dibeli di kedai barangan terpakai namun diolah dengan cukup kreatif menjadikan ia cukup ‘bernilai’ buat pemilik.
Bagi pemilik, definisi rumah memberi makna yang tersendiri. Rumah menjadi tempat melepaskan perasaan dan tempat berkasih sayang dengan keluarga.
Ruang tamu dan ruang makan pula menjadi tempat kegemaran pemilik.’Dining area’ menjadi tempat ruang makan satu famili manakala ruang tamu tempat menghabiskan masa menonton tv bersama anak-anak.
Nasihat Roslina bagi pemilik yang mempunya rumah berkeluasan terhad dan kecil adalah mengutamakan ruang penstoran sebelum melakukan sebarang renovasi mahupun pengubahsuaian.
“Bagi pemilik yang mempunyai rumah bersaiz kecil seperti saya, first thing first sebelum renovate rumah kita kena tahu jenis ‘storage’ yang kita perlukan. Kita tak perlukan terlalu banyak barang, tak terlalu sarat dan pemilihan tak terlalu ‘dull’ juga,” kata Roslina
Nama Pemilik: Roslina Bte Mohd Rasip
Jenis Kediaman: Pangsapuri De Cendana, Setia Alam (Rumah Selangorku)
Usia Kediaman: 3 Tahun
Mesti Baca:RUMAH TERES LAMA Usia 40 Tahun Berubah Wajah Dengan Konsep ENGLISH VICTORIA
Baca Lagi Di Sini:Luar Flat Dalam Kondo, Sentuhan Rustik Industrial Ubah Kediaman 35 Tahun
Artikel Menarik:Dalam Dunia Ni, Tiada Tempat Yang Lebih Selesa Daripada RUMAH SENDIRI
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.