Ada tak di kalangan anda yang amat mengemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic seperti ini? Bagi yang yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau lebih popular Scandinavian ini telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Untuk maklumat anda, tema ini menampilkan gaya ringkas dan bersederhana yang sememangnya menjadi pilihan ramai bagi yang mahukan wujudkan suasana tenang dalam dekorasi hiasan dalaman rumah.
Jadi, tidak mustahil lah konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan ramai dari seluruh negara.
Bagi anda yang sedang mencari ilham dan sumber inspirasi dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan seperti ini, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada anda semua.
Ads
Sumber: Facebook Kakideko
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Menghias rumah ala Morocco adalah tentang membawa kehidupan dan kehangatan mediterranean ke dalam ruang anda.
Dengan gabungan warna-warna kaya, tekstur yang melimpah dan hiasan-hiasan yang menarik, gaya ini menjanjikan pengalaman visual yang memikat dan sentuhan keselesaan yang menawan.
Warna dan Pola: Gunakan warna-warna yang kaya seperti biru laut, merah bata, kuning keemasan dan hijau zaitun. Sentuhan pola geometri dan motif Moorish seperti zelij (mosaic keramik) dan motif bunga adalah ciri-ciri penting.
Perabot: Pilih perabot yang diukir dengan tangan dan kayu gelap seperti cendana atau walnut. Sofa rendah dengan bantal-bantal tebal dan payung merupakan pilihan yang baik.
Tekstur: Gunakan kain-kain tebal dan berwarna-warni seperti sutera, baldu atau kanvas untuk permaidani dan langsir. Karpet-karpet berbulu dan berwarna-warni juga merupakan hiasan menarik yang boleh ditambah.
Cahaya dan Lampu: Gantungkan cawan-cawan lampu tembaga yang diukir atau lampu-lampu arabesque untuk cahaya yang lembut dan atmosferik. Cermin- cermin besar dengan bingkai tembaga juga boleh menambah cahaya dan ruang kepada rumah.
Hiasan Dinding: Gantungkan karya seni dinding yang berwarna-warni seperti lukisan-lukisan tangan atau tekstil yang dihiasi. Cermin-cermin dinding dengan bingkai moorish atau ukiran juga merupakan pilihan yang baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim panas ni, air-cond memang on 24 jam lah jawabnya. Nak-nak ketika waktu tidur. Kalau tak on air-con tu nanti, alamatnya, tidur baju basah dek peluh. Tapi, sebenarnya untuk sejuk kan bilik tidur bukan sahaja anda perlu menggunakan air-cond atau kipas. Tapi, ada beberapa perkara lain juga yang turut membantu. Antaranya:
1. Cat dining tidak gelap
Pemilihan wara cat yang gelap terutamanya hitam hanya akan menyebabkan permukaan dinding bilik memerangkap haba. Jadi, sebaiknya gunakan warna-warna yang lembut seperti putih dan tidak terlalu terang contohnya kuning dan oren. Ini kerana rona oren dan kuning adalah rona panas.
Hampir 30% punca peningkatan suhu paans di adlam sesebuah ruang atau bilik adalah disebabkan oleh pengamatan cahaya matahari yang diterima dari tingkap. Sebaiknya, tutup tingkap dengan langsir jenis tebal atau dim-out terutamanya disiang hari
3. Matikan lampu
Lampu adalah antara sumber yang menyumbang kepada peningkatan suhu di dalam bilik. Sebaiknya, tutup lampu jika tidak digunakan dan ketika tidur untuk mengurangkan kadar kepanasan di dalam bilik
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, kedai kelengkapan perabot dan barangan elektrik jenama Harvey Norman dengan bangganya telah mengumumkan kejayaan acara Italian Eleganza, yang diadakan secara besar-besaran pada 31 Mac 2023 di cawangan kedai utamanya di Pusat Beli-belah IPC, Mutiara Damansara.
Dengan kerjasama Atap.co, jenama platform nombor 1 di Malaysia yang menyediakan para pereka hiasan dalaman terkenal di Malaysia, acara eksklusif itu turut mempamerkan pratonton peribadi koleksi sofa dari Itali baharu, yang diimport oleh Cubo Rosso, pengeluar perabot terkemuka dari negara Itali.
Selain itu, acara Italian Eleganza ini diadakan bagi meraikan seluruh pembuatan perabot eksklusif dari Itali yang menampilkan reka bentuk, gaya dan penghasilan dari negara Itali yang terbaik. Koleksi baharu sofa Itali yang dipamerkan pada acara itu dibuat dengan sempurna oleh beberapa tukang terbaik di Itali. Koleksi itu juga menampilkan pelbagai gaya, warna dan bahan, termasuk pilihan material kulit dan fabrik, untuk memenuhi citarasa dan keutamaan setiap pemilik rumah di Malaysia.
Acara itu dihadiri oleh kumpulan terpilih pelanggan Harvey Norman yang dihormati, termasuk pereka dalaman, arkitek dan pemilik rumah. Para hadirin berpeluang melihat dan merasai sendiri koleksi sofa baharu Itali secara lebih dekat, berinteraksi dengan pasukan Harvey Norman dan wakil dari Cubo Rosso.
Bercakap mengenai acara itu, Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi tuan rumah acara Italian Eleganza, yang mempamerkan reka bentuk dan ketukangan Itali yang terbaik. Koleksi baharu sofa Itali daripada Cubo Rosso adalah satu penghasilan yang sempurna, keanggunan dan gaya Itali, dan kami teruja bahawa permintaan untuk reka bentuk yang mengagumkan serta berkualiti tinggi dan perabot tahan lama daripada pengguna kami dipenuhi dengan produk yang kami bawa oleh Cubo Rosso.”
Harvey Norman tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pelanggannya untuk merasai koleksi baharu sofa Itali, yang boleh didapati di kedai Harvey Norman IPC Flagship dan kedai Harvey Norman terpilih di seluruh negara.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.