Geran tanah merujuk kepada dokumen rasmi yang dikeluarkan pejabat pendaftar tanah. Ia adalah bukti pemilikan hak ke atas sebidang tanah.

Bagi pemilik tanah ia antara dokumen yang penting untuk kita simpan dengan selamat. Tapi jangan pula kita berlebihan dalam usaha memastikan dokumen ini tidak mudah rosak.

Antaranya seperti membuat kaedah laminate geran atau laminasi geran. Tindakan ini tidak boleh dilakukan pada dokumen geran tanah.

Dalam satu hantaran di media sosial oleh seorang peguam Khalil Md Rofiee, beliau menyatakan tindakan laminas akan menyebabkan dokumen tersebut dikategorikan sebagai rosak.

Geran Tanah Jangan ‘Laminate’ Walaupun Nak Selamat. Bermasalah Nanti!

Ads

Situasi selalu berlaku 

Menurut beliau lima senario berikut sering terjadi membabitkan geran tanah.

1. Geran yang koyak, basah, dimakan anai-anai dan diconteng sudah dianggap rosak atau ‘total lost’.

2. Sekiranya rosak, perlu buat permohonan geran baru yang mengambil masa sebulan.

3. Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli dan urusan pusaka selepas kematian pemilik kelak.

4. Terdapat kes pusaka yang sepatutnya selesai dalam tempoh dua bulan tetapi terpaksa tangguh sehingga hampir setahun disebabkan kerosakan dokumen ini.

Ads

Apa perlu buat bila geran rosak

-Proses untuk menggantikan geran ini termasuk dalam Permohonan Hakmilik Rosak

-Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Rosak ialah Dua (2) Minggu.

-Hakmilik Rosak adalah merupakan hakmilik yang telah dianggap rosak akibat bencana atau dimakan usia atau telah di “laminate” kan.

Ads

-Permohonannya adalah sama seperti permohonan hilang dan pemohon perlu membawa hakmilik yang rosak itu ke jabatan ini untuk diproses permohonan gantian hakmilik.

Sumber: Mstar & Pejabat Tanah Galian Selangor

Mesti Baca: Tukar Geran Tanah Hilang, Rosak Atau Hancur. Sediakan 12 Dokumen Ini Untuk Lancarkan Proses Mohon Semula

Baca Lagi: Tak Perlu Bimbang Nama Tiada Pada Geran Hartanah Pasangan, Tetap Boleh Tuntut Hak

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI