Peti sejuk, bila dah sampai masa mula lah getah yang menajdi penebat supaya peti dapat ditutup kedap mengeras. Bila fizikal getah peti sejuk jadi macam ni, jawabnya memang tak boleh lah tutup rapat peti sejuk tu.
Udara sejuk akan mudah keluar dari peti dan ini secara tidak langsung menyebabkan motor bekerja lebih keras untuk meamstikan suhu sejuk yang ditetapkan dapat kekal. Bila motor dah bekerja keras, sudah pastinya berlaku peningkatan elektrik.
Apa selosi yang anda ada? Ganti peti sejuk baru? NANTI DULU! tak perlu nak membazir. Anda boleh tukar je sendiri getah peti sejuk tu. Kalau nak upah kontaktor buat pun harga upahnya boleh tahan mahal.
Khairul Hafiz berkongsi cara ganti tukar getah peti sejuk. Mudah je!
Saya rasa bersalah pula kalau tak kongsikan benda ni. Aebab bagi saya bendanyang senang DIY wajib kongsi untuk manfaat bersama.
Pastikan getah pintu peti sejuk anda mmg betul-betul expired. Tanda-tanda getah tu dah expired adalah ia mula mengeras dan tertanggal dari pintu
Ads
Saya order getah ni dari shopee je. Ni link nya https://invol.co/cla0agxSeller cakap kena preorder 7hari. Ilmu apa yang dia pakai xtahu laa..
Tengok-tengok tak smpai 3 hari dah sampai. Setiap pintu peti sejuk ukurannya tak sama. Jadi, pastikan anda ukur dulu size yang diperlukan dengan tepat
1st step cabut getah adalah dengan cabut penjuru atas macam dalamgambar, kemudian, tarik je sampai getah tu tercabut. Jangan risau, nak repair nie tak perlu tool…
Ads
Nie rupa bentuk getah asal. Barang lama memang akan sentiasa kena tukar…
Yang lama ganti dengan yang baru
Cara pasang getah yang baru pulak, tekan setiap penjuru terlebih dahulu…
Baru tekan yang lain, untuk elak getah terlebih saiz di setiap penjuru. Baru lah tekan yang lain
Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu senang nak tutup nanti…
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika anda jenis yang selalu masuk ke dapur dan memasak, pasti anda sudah kenal betul dengan keadaan serta persekitarannya. Jika semasa baru beli dahulu api dapur gas berwarna biru, lama-kelamaan ia mungkin akan bertukar oren. Api oren ini dikatakan boleh merosakkan kuali.
Sekiranya perkara ini berlaku, anda jangan gusar dan terus nak beli dapur gas baru! Ada caranya untuk baiki permasalahan ini.
Melalui perkongsian Sharina Othman ini, beliau ada memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk membersihkan dapur gas serta menukarkan api oren kembali menjadi biru. Mari kita ikuti panduan ini.
“Api dapoq gas tetiba oren..
Habis berjelaga periuk kesayangan..
Nak gosok periuk tu, alahai boleh sado tangan tu..
Rasa nak beli dapoq gas baru ja kan..
Tapi tu la bajet pun cukup² ja..
Sapa pernah mengalami situasi sebegini..??”
Nampak dak api jadi warna oren. Ni bubuh periuk ka bubuh kuali ka, tak sampai seminit tobat hitam periuk tu.. huhuhu
Cara-caranya ;
1.Pusingkan benda tu (Yang anak panah tu)
2. Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu (anak panah)
3. Nah hasilnya! tak payah nak pening-pening kepala. Nak sental periuk. Nak beli dapoq gas baru. Alhamdulillah jimat duit.. yeayyyy
Tidur yang lena dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan. Kajian perubatan menunjukkan kurangnya tidur yang berkualiti antara punca peningkatan risiko penyakit jantung, darah tinggi, migrain dan strok. Tambahan kurang tidur juga menjadi antara penyebab utama kemalangan akibat memandu ketika mengantuk serta melibatkan mesin atau jentera di tempat kerja. Ini menunjukkan secara tidak langsung ia menjadi penyebab masalah emosi, mengganggu keupayaan membuat keputusan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
Kajian juga mendapati, untuk memastikan tidur yang lena dan berkualiti, persekitaran bilik seharusnya gelap. Walaupun dengan pengamatan cahaya yang sedikit memasuki bilik tidur, ia menyebabkan minda kita tidak rehat secukupnya dan memberi input kepada otak untuk bangun tidur.
Langsir blackout dan dim-out antara komponen penyelesaian terbaik untuk menyekat pengamatan cahaya dan pencemaran bunyi memasuki bilik tidur anda. Tambahan, tidur yang lena dan rehat yang cukup juga penting terutamanya bagi ibu yang hamil, ibu yang baru melahirkan, bayi yang baru lahir, pesakit dan mereka yang bekerja pada waktu malam.
Langsir blackout dan dim-out juga berupaya menapis sinaran UV dari memasuki kediaman. Ini bermakna, secara tidak langsung ia dapat melindungi perabot, karpet dan lantai anda dari cepat pudar. Ia sangat ideal untuk bilik tidur dan untuk ruang yang anda tidak inginkan kemasukan cahaya secara terus.
LANGSIR BLACKOUT
Diperbuat dari kain tebal atau langsir biasa yang dilekat dengan lapisan lebih gelap.
Langsir blackout boleh menghalang cahaya dari jendela atau pintu gelongsoran dari masuk ke dalam kediaman 100%.
Ia juga berupaya menghalang gelombang infra merah dari memasuki kediaman sehingga 80%. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kadar haba terperangkap di dalam kediaman dan mengurangkan penggunaan elektrik untuk penghawa dingin.
Tambahan, penggunaan langsir blackout amat sesuai bagi ruang yang mempunyai pengamatan cahaya tinggi terutamanya di dalam bilik. Kebiasaannya, langsir jenis ini digunakan secara meluas di dalam industri hospitaliti, kapal persiaran, kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
LANGSIR DIM-OUT
Diperbuat dari kain yang sedikit jarang.
Masih berfungsi seperti langsir blackout, namun mempunyai kadar pengamatan cahaya yang sedikit.
Kurang upaya halangan pencemaran bunyi dan tidak memberi privasi yang optimum.
Secara purata, langsir dim-out berupaya menapis keamatan cahaya 98%. Hanya dibezakan 2% dari langsir blackout
Teksturnya pula, langsir dim-out lebih lembut dan lebih cantik ketika digantung berbanding langsir blackout.
Tambahan, kebanyakkan jenis langsir dim-out mudah untuk dicuci berbanding langsir blackout yang hanya sesuai untuk cucian kering. Ini bermakna, dari segi kos, fabrik langsir dim-out lebih murah dan mudah untuk diuruskan berbanding langsir blackout
Oleh sebab itu, jenis langsir ini kebiasaanya menjadi pilihan untuk kediaman, industri hospitaliti bajet disebabkan kosnya yang rendah.
JENIS LANGSIR BLACKOUT ATAU DIM-OUT YANG SESUAI UNTUK KEDIAMAN?
Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan. Sebenarnya, ia bergantung kepada personaliti dan bajet seseorang. Di ELYZA’S, mereka lebih menggalakkan pelanggan untuk memilih langsir dim-out disebabkan ia lebih cantik, boleh dicuci dan kosnya rendah. Walaubagaimanapun, kebanyakkan industri hospitaliti memerlukan kadar tapisan pencemaran bunyi yang tinggi sehingga 100%. Oleh itu, jenis langsir blackout sentiasa menjadi pilihan. Adakalanya, langsir blackout menjadi pilihan disebabkan oleh kurangnya pilihan warna dan corak yang tersedia dari langsir Dim-out dan sebaliknya.
Terbaru, ELYZA’S turut melancarkan beberapa koleksi terbaru langsir blackout dan dim-out untuk langsir rona polos, jacquard, bertekstur dan juga rekaan corak digital. Di samping itu juga, pemilik juga pengasas iaitu Ms Elyza Yong turut menawarkan khidmat rundingan secara percuma kepada pelanggan yang ingin menjadikan bilik tidur lebih santai buat ahli keluarga mereka.
JUALAN PENGHABISAN STOK FABRIK
Disebabkan stok yang berlebihan dari tahun-tahun lepas dan akibat perniagaan yang kurang rancak pasca Covid-19, ELYZA’S mengadakan jualan penghabisan stok mulai hari ini sehingga 31 Julai 2020.
LEBIH 5,000 PILIHAN FABRIK MENJADI PILIHAN DENGAN TAWARAN POTONGAN 60%-70% EWCC (Elyza’s Window Covering Center) dibuka setiap hari dari Isnin hingga Sabtu, pada waktu 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Mudah sahaja untuk datang ke EWCC, guna sahaja Waze atau Google Maps dan search ELYZA’S yang berlokasi di Balakong ini. Untuk mengetahui pelbagai info ELYZA’S boleh layari laman web & facebook di bawah :
Trik gantung bingkai gambar, tak perlu paku atau tebuk lubang. Bagi yang menyewa, kebanyakan pemilik rumah tidak membenarkan dinding dipaku atau ditebuk lubang untuk tujuan menggantung frame. Dalam hati sudah berkobar-kobar nak hias rumah cantik-cantik.
Tapi sebenarnya anda punya pilihan lain. Kalau tak boleh tebuk lubang atau paku untuk membolehkan anda menggantung frame atau mengabadikan gambar kenangan di dinding, anda boleh cuba 4 cara mudah ini.
1. Glue pads
Terdapat banyak jenis glue pads di pasaran. Kadang-kadang kalau yang jadi cikgu tu dah biasa dengan glue pads untuk tampal kertas atau poster untuk mengajar kan. Tapi glue pads brand Stabilo atau Faber Castell tidak berapa sesuai untuk anda gunakan pada bingkai gambar. Kalau setakat nak tampal kepingan gambar terus pada dinding ok lagi.
Tapi untuk beban frame adalah sesuai untuk anda gunakan UHU Patafix. Terdapat pelbagai material UHU Patafix ini. Tapi yang paling sesuai untuk gantung frame anda ambil yang di khaskan untuk “Homedecor” atau “PROpower” yang berwarna hitam. Tambahan, UHU Patafix ini boleh digunakan semula dan mudah dibersihkan.
2. Damage free hang
Produk jenama Command yang di keluarkan oleh syarikat 3M memang terkenal dengan Damage free hang. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Tapi kalau untuk tujuan gantung bingkai gambar, jenis strips yang paling sesuai untuk digunakan.
Command strips mampu memegang beban sehingga 7.5 kg. Jadi pastikan saiz strips yang digunakan bersesuaian dengan beban bingkai gambar yang akan di lekat pada dinding. Selain itu juga, Command strips ini mudah untuk dibersihkan semula.
3. Adhesive hook
Penyangkut dinding yang bergam atau adhesive hook memang banyak di pasaran. Tapi ramai yang lebih gemar membeli yang murah-murah. Yang murah kebiasaannya akan menggunakan gam tidak berkualiti. Itu jadinya gantung sehelai tuala pun tidak tahan lama.
Cari lah yang lebih berkualiti untuk dapatkan hasil yang baik. Ada juga adhesive hook yang di sertakan dengan gam yang perlu dipanaskan terlebih dahulu. Ha… yang ini pun bagus juga.
4. Decorative tape
Decorative tape seperti washi tape dan duct tape bercorak pun sesuai untuk anda abadikan kepingan gambar di dinding. Yang ini lagi jimat. tidak perlu buat frame mahal-mahal. Anda gunakan washi tape tadi sebagai pengganti bingkai gambar.
Tapi kalau anda gunakan duct tape, untuk tujuan membersih agak sukar sedikit. Ini disebabkan oleh gam pada duct tape memang betul-betul kuat dan ia dikategorikan sebagai gam kalis air. Kalau di tanggalkan, akan meninggalkan kotoran gamnya. Namun tidak bagi washi tape.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.