Menimbang cahaya mata pertama, kedua atau seterusnya pastinya membuah rasa bersyukur dan nikmat menjadi seorang ibu dan ayah bukan. Perkara yang selalu dititik beratkan sewaktu dapat tahu anda bakal begelaribu dan bapa adalah dengan membeli persiapan barang bayi dan baju mengandung untuk si mama. Perkara ini selalu diabaikan oleh masyarakat kita yang jarang ingin ketengahkan konsep bilik si manja. Selalunya kamar si manja akan dihias dan direka sewaktu mereka sudah meningkat usia 12 tahun ke atas. Benar bukan? Anda sering menonton cerita-cerita Hollywood, perasan atau tidak jika cerita yang berkisarkan keluarga, anak-anak mereka akan diberi kamar sendiri atau berkongsi bilik dengan adik beradik lain, mahupun yang masih bayi. Ini adalah budaya mereka. Ada baiknya dan ada buruknya. Bergantung pada ibu bapa itu sendiri cara mendidik anak-anak.
Acap kali kita mendengar mendidik anak biarlah dari kecil. Kalau dah besar nanti macam-macam kerenah pula. Tidak salah kalau si manja yang baru lahir itu tidur bersama kita, tetapi bahaya mengundang itu anda perlu titik beratkan. Apa yang dikatakan dengan bahaya itu. Pernah tidak anda mendengar kisah anak kecil mati lemas sewaktu tidur kerana tertindih dengan ibu atau bapanya sendiri? Bahayakan! Kita mungkin tidak perasan sewaktu tidur bersama bayi itu kerana asyik dibuai lena. Disebabkan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku, sediakan satu ruang yang cukup selesa untuk si manja tidur dengan sempurna.
Tidur si manja perlu dijaga dengan baik kerana dari tidurnya ia otak dan tumbesarannya mula berkembang, jika kita tidak mempunyai bilik yang banyak di dalam rumah, ini tidak menjadi masalah kerana dalam kamar kita juga boleh dihias dengan sudut si comel. Dengan tidak sengaja bilik tidur kita juga akan lebih nyaman dan selesa untuk kita sekeluarga. IMPIANA kongsikan beberapa idea dekor kamar si manja untuk dijadikan inspirasi.
.
Tidak menjadi masalah jika bilik tidur anda terhad saiznya, lihat kamar ini di sudut itu dijadikan tempat tidur si comel yang cukup sempurna .
.
.
Konsep ini menarik dan sangat selesa, kalau susah nak dapatkan katil macam ni, anda yang bijak bertukang dan boleh membuat DIY bolehlah tiru gaya katil bayi ni.
.
.
.
.
Jika anda melihat dengan teliti dalam susun atur perabot untuk bilik si kecil pasti ada, arm chair atau wing chair kan. Fungsinya untuk keselesaan bagi ibu-ibu yang masih menyusu. Kedudukan yang selesa amat penting ye, jangan ambil ringgan.
.
.
Selebriti Malaysia pun tidak ketinggalan menghias bilik tidur anak mereka.
Azrinaz Mazhar
.
Datuk Siti Nurhaliza
Sumber: Pinterest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI