Grill gunting praktikal dipasang di tingkap dan sliding door, tak ganggu pandangan, pencuri pun susah nak pecah masuk. Grill gunting atau dikenali sebagai shophouse grille/collapsible grille adalah pintu besi stail 70-an vintage grill yang selalunya kita dapat lihat pengunaannya di kedai-kedai lama.
Stail ini dapat memenuhi konsep moden mid-century dan industrial dalam rekaan rumah. Kalau anda sudah bosan dengan grill rumah sedia ada atau inginkan konsep trendi seperti ini, bolehlah beralih kepada grill gunting ini.
Walaupun kadang-kadang perlu diletakkan grease atau WD40 pada ‘joint’ bagi memelihara kelancaran pintu ini namun grill ini tetap praktikal untuk kediaman. Bila pasang grill ini, tentu rumah anda automatik nampak unik dan lain dari yang lain.
LIMA sebab kenapa grill jenis ini sesuai untuk dipasang di rumah selain disukai oleh pemilik kediaman, ‘interior designer’ dan maker ialah:
🔥Pencuri susah nak pecah masuk (security)
🔥Bunyi agak kuat, jika sebarang pecah masuk boleh didengari dengan jelas.
🔥Jimat ruang, boleh di tolak ketepi.
🔥Lain dari yang lain. Sangat unik.
🔥Menepati konsep moden industri yang trendi.
Berikut antara contoh-contoh grill gunting.
Bukan sahaja sesuai dipasang di bahagian pintu dan ‘sliding door,’ grill gunting ini sesuai juga dipasang di bahagian tingkap.
Bagi pemilik kediaman, Wawa Samad wanita ini memilih grill gunting untuk tingkap dan juga ‘sliding door’ kerana grill sangat praktikal.
Ads
“Saya pilih grill kedai runcit ini (collapsible powder coated grille) sebab grill ini boleh lipat sampai habis, dia tidak kacau pemandangan tingkap dan sliding door. Ada yang komen susah pakai grille ini nanti bila berkarat nak tolak pun susah.
“Saya bukan pakar grille, cuma tahulah juga sikit tentang ‘powder coated’ ini dapat bagi tempoh yang lebih lama dari grill ini berkarat. Lagi pun say aletak grill ini di bahagian dalam rumah untuk elak terdedah daripada panas dan hujan.”
Cocopeat atau sabut kelapa adalah medium tanaman yang banyak digunakan tak kiah untuk peladang atau yang berkebun secara hobi. Ia disebabkan oleh medium ini lebih ringan untuk akar, bersaliran baik dan memegang kelembapan dalam tempoh yang lama. Namun, melalui perkongsian En. Azuan Abdullah di page Sahabat Kebun Anda, Cocopeat perlu dicuci sebelum digunakan. Kenapa ye? jom baca perkongsian tersebut
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Wah! Ini memang satu khabar berita gembira buat anda semua pengumpul koleksi barangan jenama Starbucks kerana telah mengadakan jualan murah untuk kesemua ‘mechandise’ bermula 29 September sehingga 2 Oktober depan.
Pelbagai barangan Starbucks yang dijual dengan harga yang murah antaranya botol air, cawan, gelas dan aksesori seperti beg serta rantai kunci.
Untuk pengetahuan anda, Starbuck telah mengadakan jualan murah dan diskaun pemotongan harga untuk kesemua barangan ‘merchandise’ jenama tersebut di Event Hall 2, Tingkat 5, The Starling Mall, Petaling Jaya.
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat pergi ke lokasi jualan murah dan dapatkan barangan ‘merchandise’ kegemaran anda sebelum kehabisan stok. Memang murah kaw-kaw!
Sumber: Instagram KL Foodie
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Lipat baju memang bukan lah aktiviti yang menajdi kegemaran ramai. Tapi, kalau lihat baju yang dilipat tersusun rapi macam kat kedai memang rasa seronok dan puas hati. Seperti yang dilakukan oleh Puan Rose Kamarina melalui perkongsiannya di group Facebook #kemasrumahwithhani
Mood lipat kain. Edit sebab masing-masing teruja. Saya bukan Pro,suri rumah biasa, anak 4. Kadang kita kena kreatif untuk selesaikan masalah kain yg tak pernah habis ikut keselesaan masing-masing. Moga lepas ni semua semangat nak lipat kain
Boleh pakai kad/kertas keras/kotak/buku sebagai acuan atau ukuran. Suka hati nak saiz mane, Saya pakai kertas A4 putih dengan folder yang dah uzur
Yang atas tu sebagai ukuran. Bawah lapik dengan kertas A4 putih biasa
Dah siap lipat, boleh cabut ukuran tu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.