Grill Gunting Praktikal Pasang Di Tingkap & Sliding Door, Tak Ganggu Pandangan, Pencuri Pun Susah Nak Pecah Masuk

Share

Grill gunting praktikal dipasang di tingkap dan sliding door, tak ganggu pandangan, pencuri pun susah nak pecah masuk. Grill gunting atau dikenali sebagai shophouse grille/collapsible grille adalah pintu besi stail 70-an vintage grill yang selalunya kita dapat lihat pengunaannya di kedai-kedai lama.

Stail ini dapat memenuhi konsep moden mid-century dan industrial dalam rekaan rumah. Kalau anda sudah bosan dengan grill rumah sedia ada atau inginkan konsep trendi seperti ini, bolehlah beralih kepada grill gunting ini.

Walaupun kadang-kadang perlu diletakkan grease atau WD40 pada ‘joint’ bagi memelihara kelancaran pintu ini namun grill ini tetap praktikal untuk kediaman

. Bila pasang grill ini, tentu rumah anda automatik nampak unik dan lain dari yang lain.

LIMA sebab kenapa grill jenis ini sesuai untuk dipasang di rumah selain disukai oleh pemilik kediaman, ‘interior designer’ dan maker ialah:

🔥Pencuri susah nak pecah masuk (security)
🔥Bunyi agak kuat, jika sebarang pecah masuk boleh didengari dengan jelas.
🔥Jimat ruang, boleh di tolak ketepi.
🔥Lain dari yang lain. Sangat unik.
🔥Menepati konsep moden industri yang trendi.

Berikut antara contoh-contoh grill gunting.

 

 

Bukan sahaja sesuai dipasang di bahagian pintu dan ‘sliding door,’ grill gunting ini sesuai juga dipasang di bahagian tingkap.

Bagi pemilik kediaman, Wawa Samad wanita ini memilih grill gunting untuk tingkap dan juga ‘sliding door’ kerana grill sangat praktikal.

“Saya pilih grill kedai runcit ini (collapsible powder coated grille) sebab grill ini boleh lipat sampai habis, dia tidak kacau pemandangan tingkap dan sliding door. Ada yang komen susah pakai grille ini nanti bila berkarat nak tolak pun susah.

“Saya bukan pakar grille, cuma tahulah juga sikit tentang ‘powder coated’ ini dapat bagi tempoh yang lebih lama dari grill ini berkarat. Lagi pun say aletak grill ini di bahagian dalam rumah untuk elak terdedah daripada panas dan hujan.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: DejuAmon dan Instagram Wawa Samad

 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi