Gua Kelam Chalet, Perlis, Lokasi Percutian Eksklusif Dengan ‘Nafas’ Dekorasi Inggeris Moden

Share

Gua Kelam Chalet, Perlis, lokasi percutian eksklusif dengan ‘nafas’ dekorasi Inggeris moden. Bagi warga kota yang mahu lari daripada hiruk-pikuk bandar, bercuti di kawasan berbukit-bukau boleh membuatkan jiwa kembali tenang.

Gua Kelam Chalet yang terletak di Kaki Bukit, Perlis di kelilngi dengan ladang pokok getah seluas 8,500 meter persegi. Walaupun agak tersorok dari jalan utama, lokasi penginapan serba eksklusif itu pantas mencuri perhatian orang ramai walaupun baru dibuka sejak Jun tahun lalu.

Dengan aura suasana kedesaan, chalet berkenaan merupakan salah satu pilihan lokasi percutian terbaik. Berlatar belakangkan Bukit Gua Kelam, ia juga membuatkan pengunjung terpanggil untuk lebih berlama-lama di situ.

Pada waktu pagi, puncak bukit diselumuti kabus. Suhu sejuk dan berangin juga akan membuatkan rehat dan tidur lebih lena. Chalet ini juga dilengkapi dengan  infrastruktur seperti bilik karaoke, permainan snuker dan pingpong.

Lokasi ke Gua Kelam pula hanya mengambil masa lima minit dari chalet. Tersedia 17 unit kamar dengan empat desain iaitu Junior Suite, Presidential Suite dan Family Suite yang masing-masing boleh memuatkan dua hingga empat orang.

Bilik tersebut lengkap dekorasi stail Inggeris moden dengan konsep minimalis. Tingkap yang luas menampakkan keindahan alam semula jadi. Tersedia juga sebuah big house (rumah besar) yang mana bahagian bawah menempatkan ruang libur yang luas. Di tingkat atas pula, terdapat empat buah lagi bilik jenis standard, deluxe dan superior.

 

 

 

 

 

Sumber: Jalan-jalan Makan Angin

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi