Baju putih memang susah nak jaga. Paling susah baju sekolah anak-anak yang aktif. Pergi sekolah, bajunya putih berseri. Balik je, bukan sekadar berdaki ada sambal lah, warna, kesan conteng dan sebagainya.
Separuh ibu kerap menggunakan peluntur untuk memastikan baju yang berdaki dan kene sambal tadi putih semula. Tapi anda sedar tak, kekerapan anda menggunakan peluntur tu bukan sekadar menyebabkan tekstur fabrik tersebut cepat rosak, malah memberi kesan kepada kulit anak anda.
Sebenarnya ada cara lain untuk mencuci kesan kotoran pada baju putih tanpa menggunakan bahan kimia dan paling penting tak perlu menyental teruk. Antaranya adalah
1. Perahan lemon
Perahan lemon mampu memutihkan baju. Rendamkan baju di dalam baldi dengan air bersih. Pastikan baju terendam sepenuhnya. Ambil 1-2 biji lemon (keperluan lemon bergantung kepada kuantiti baju) dan perahkan ke dalam rendaman tadi. Selesai perah, lemon tadi pun anda masukkan juga ke dalam rendaman dan kacau rata. Rendam selama 10 minit sahaja. Jangan terlebih tau. Kemudian, lakukan cucian seperti biasa
2. Pes atau cecair pencuci pinggan
Untuk menghilangkan kesan sambal pada baju, anda boleh cuba gunakan pes atau pencuci pinggan terus pada kotoran tersebut. Sapu pes pada bahagian yang terkena sambal tadi dan biarkan 15-20 minit. Selepas itu, cuci seperti biasa
Ads
3. Sabun mandi
Untuk hilangkan kotoran degil, anda basahkan keseluruhan baju terlebih dahulu dan gosokkan sabun mandi yang jenis buku terus pada bahagian kotoran. Gunakan berus baju yang lembut dan gosokan pada bahagian yang kotor tadi. Seterusnya, cuci macam biasa
4. Susu pekat
Kesan dakwat pen pada baju memang sukar untuk dibersihkan. Kadang tu dah guna peluntur pun masih ada. Jadi, sebelum anda gunkan sebarang bahan untuk mencuci kesan pen tersebut, ambil 3 sudu susu pekat dan campurkan sedikit bersama air. Aliskan bancuhan tadi ke atas kesan pen dan biarkan selama sejam. Selepas itu, cuci dengan sabun seperti biasa.
Ads
5. Marjerin
Untuk hilangkan kesan minyak pada pakaian, gunakan marjerin. EH! bukan lagi berminyak ke? Tak lah, marjerin adalah lemak tepu. Caranya adalah dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian yang terkena minyak dan biarkan beberapa minit. Sebelum mencuci, sediakan air suam dan rendam baju tadi dengan air suam untuk dibersihkan sepenuhnya sapuan marjerin tadi. Jika masih tidak bersih sapuan marjerin tadi, cuci beberapa kali dengan air suam. Selepas itu, anda boleh cuci seperti biasa.
6. Tepung
Tepung adalah pilihan terbaik untuk mencuci kesan minyak pada pakaian. Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Pastikan kelikatan campuran menjadi seperti pes ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang terkena minyak. Biarkan pes tadi mengeras dan bersihkan sebelum dicuci seperti biasa
Ads
7. Limau nipis
Baju putih mudah terkesan dengan lunturan warna dari pakaian lain. Rendam baju dalam air panas. Ambik beberapa biji limau(5-10 biji) bergantung kepada berapa banyak baju dan kesan lunturan tadi, perah ke dalam air panas yang mengandungi baju tadi, campurkan sedikit sabun basuh. Kacau dan rendam dalam sejam. Selepas itu bilas seperti biasa..
8. Cuka
Anda boleh gantikan peluntur yang dibeli di pasaran dengan menggunakan cuka. Cuka boleh mengembalikan kecerahan baju putih secara keseluruhan. Caranya adalah dengan memasukkan 100ml-250ml (bergantung kepada kuantiti baju) air limau nipis ke dalam baju yang telah direndam bersama sabun. Biarkan baju terendam 15 minit. Selepas itu, basuh dan bilas seperti biasa. Selain itu juga, anda boleh masukkan terus cuka di dalam mesin basuh yang berisi baju dan sabun dan cuci seperti biasa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebagai pembeli rumah, pastinya kita mengharapkan segala proses berjalan lancar bermula dari fasa kita membayar deposit, membuat pinjaman bank sehinggalah apabila rumah tersebut siap dan pemaju membuat serahan kunci milikan kosong (VP) kepada kita.
Namun bagaimana jika rumah tersebut apabila kita telah selesai mendapat kunci, masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik? Siapa yang harus dipertanggungjawabkan, pembeli atau pemaju?
Seorang Peguam Hartanah, Tuan Salkukhairi Abd Sukor memberi pencerahan tentang masalah sambungan air dan elektrik ke dalam rumah. Ini kerana, ramai yang keliru, adakah pemaju kena pastikan bekalan air dan elektrik telah disambungkan ke rumah sebelum mereka boleh serah milikan kosong (kunci) rumah kepada pembeli.
Sekiranya pemaju serah kunci (milikan kosong) kepada pembeli tanpa bekalan air dan elektrik, adakah pembeli boleh menuntut ganti rugi terhadap pemaju?
Kalau merujuk kepada perjanjian jual beli yang menggunapakai Jadual G atau Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), jelas menyatakan bahawa Pemaju hendaklah membenarkan pembeli mengambil milikan kosong rumah setelah perakuan siap dan pematuhan (CCC) dikeluarkan dan bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan ke bangunan tersebut.
Perkataan “bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan tersebut” mengundang banyak kekeliruan.
Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan perkataan bekalan air dan elektrik sedia untuk disambungkan itu BUKAN BERMAKSUD bekalan air dan elektrik telah disambungkan ke rumah tersebut. Tetapi hanya membawa maksud pemaju telah MENYEDIAKAN SALURAN UTAMA untuk membolehkan air dan elektrik dimasukkan/disambungkan ke rumah tersebut.
Contohnya pemaju telah sediakan tempat untuk dipasangkan meter elektrik di rumah tersebut atau telah pasang saluran paip utama untuk membolehkan meter air dipasang di rumah tersebut.
Tanggungjawab untuk menguruskan penyambungan bekalan air dan elektrik ke rumah tersebut adalah menjadi tanggungjawab pembeli itu sendiri.
Pembeli perlu pergi ke TNB atau Syarikat Bekalan Air (SBA) untuk membuat pembayaran deposit penyambungan bekalan air dan elektrik dan menyerahkan segala dokumen yang perlu sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat pembekal elektrik dan air tersebut.
Selepas itu barulah TNB dan SBA akan memasang meter air dan elektrik di rumah anda dan bekalan air serta elektrik akan disambungkan ke rumah anda. Pembeli juga tidak boleh menuntut ganti rugi terhadap pemaju kerana gagal memasukkan bekalan air dan elektrik kerana ianya bukanlah tanggungjawab pemaju.
Serahan milikan kosong yang dibuat tanpa bekalan air dan elektrik yang telah disambungkan ke rumah adalah dianggap sebagai serahan milikan kosong yang sah dan sempurna.
IMPIANA berharap agar tulisan yang dikongsikan ini dapat merungkai kekeliruan kebanyakan orang berkenaan dengan isu tersebut.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pisau kalau tumpul memang akan melambatkan kerja, tambahan lagi ketika kerja memotong daging korban. Menjaga ketajaman pisau adalah satu kemahiran penting yang perlu dipelajari dan diamalkan.
Tapi kenapa ya walau diasah tetap jugak tumpul. Sebabnya cuma satu, cara kita asah pisau selama ni salah.
Lelaki dalam video ini berkongsi cara betul mengasah pisau, selain berkongsi kegunaan besi penampan yang kita tak tahu!
Tipnya…
1. Asah pisau arah sehala saja (tolak mata pisau sehala, jangan ditarik pisau ke belakang seperti yang kita selalu lakukan).
2. Asah setiap bahagian sama banyak, supaya setiap bahagian sama tajam. Jika satu bahagian 5 kali, asah sebelah lagi kiraan yang sama.
Pernahkah anda mendengar atau menggunakan lampu jenis kalimantang T5 & T8 di rumah anda. Jika anda ingin tahu sebenarnya terdapat dua jenis lampu kalimantang (Fluorescent Fitting) yang terdapat di pasaran dan sering digunakan secara meluas iaitu jenis T8 dan T5.
Lampu Kalimantang jenis T8 telah digunakan secara meluas terutama di premis kediaman sejak dari awal tahun 80-an. Cahaya yang dipancarkan pula ialah jenis cerah putih (daylight) atau kekuningan (warmlight).
Secara teknikalnya, lampu kalimantang jenis T5 adalah menggunakan ballast (choke) jenis elektronik dan lampu kalimantang jenis T8 pula menggunakan ballast (choke) jenis magnet (magnetic).
Walaubagaimanapun, kos lampu kalimantang jenis T5 adalah lebh mahal sekitar 25% sehingga 40% berbanding lampu kalimantang jenis T8 bergantung kepada jenis kualiti pembuatan dan pengeluar seperti Phillips, OSRAM, GEC dan sebagainya.
Perbezaan fizikal lampu T5 dan T8 ialah ianya lebih kecil kurus (slim) dan pastikan anda membaca label T5 atau T8 pada tiub lampu sebelum membelinya.
Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna elektrik digallakkan untuk menggunakan lampu kalimantang dari jenis T5 bagi tujuan langkah-langkah penggunaan elektrik berhemah dan penjimatan penggunaan elektrik jangka panjang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.