Pinggan mangkuk yang dah lama dan kerap di pakai mesti mempunyai kesan kerak terutamanya di bahagian dalam. Cawan yang digunakan untuk hidang air kopi dan teh pun tidak terkecuali akan berkerak walaupun cawan tu mahal. Kebiasaanya, untuk hilangkan kerak dalam cawan dan pinggan mangkuk tu cara paling mudah adalah dengan menggunakan peluntur. Tapi bahan tersebut sangat bahaya kepada kesihatan jika tidak dibasuh dengan baik.
Ada lagi satu cara yang mudah boleh anda lakukan untuk menghilangkan kerak tersebut.
Bahan-bahan:
1 sudu baking soda
1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk
2 sudu cuka
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan kacau rata
2. Basuh cawan dan pinggan mangkuk mengunkan bancuhan tadi dan bilas seperti biasa
Tip: Untuk kerak yang degil, rendam cawan atau pinggan mangkuk tersebut semalaman di dalam air yang telah dibancuh dengan pati cucian tadi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Tip Pengurusan Dapur SUPER KECIL Yang Perlu Anda Tahu
Tidak perlu menyalahkan ruang dapur yang terhad dek kerana keadaan dapur yang tidak kemas dan berantakan. Jika anda seorang yang bijak, ruang yang mempunyai penstoran yang mencukupi mampu untuk tampil kemas, menarik dan praktikal. Namun, bagaimana untuk merealisasikannya? Ikuti beberapa tip yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur anda dengan baik.
1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.
2. Di manakah anda boleh mencari ruang penyimpanan tambahan? Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.
3. Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci. Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.
4.Penyimpanan seperti pinggan atau mangkuk tambahan boleh disusun secara bertindih di dalam laci yang di buat khas. Ia menjimatkan ruang yang terhad.
5. Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul untuk disesuaikan dengan peralatan dapur. Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
6. Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
7. Sudu dan garpu diletakkan pada satu bekas di dalam laci.
8. Barang-barang yang kerap digunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding. Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
9. Bakul rotan menjadi suatu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur. Ia menjadi pilihan selain laci yang sedia ada.
10. Simpan makanan dalam bekas pelbagai saiz mampu menjimatkan ruang di dapur. Dengan pelbagai corak dan warna menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Selain itu, ia juga praktikal dan selamat untuk digunakan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kompilasi PETUA Mudah Jadikan Rumah Lebih Bersih & Kekal Lama Berbau Wangi
Isi Kandungan
ToggleKompilasi PETUA Mudah Jadikan Rumah Lebih Bersih & Kekal Lama Berbau Wangi. Bagi pemilik kediaman yang sibuk dan tiada masa untuk mengemas rumah setiap hari, ada beberapa tip mudah yang boleh dilakukan untuk pastikan kediaman selalu dalam keadaan bersih dan kekal lama berbau wangi.
Jika peluang mengemas rumah hanya pada hujung minggu, boleh cuba lakukan ‘trik’ ini. Yang penting, bahan-bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita saja, memang mudah.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Cara Membuat:
1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Lantai Rumah Bersih Berkilat
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas memasak. Malah jika salah bancuhan mop lantai, bertambah melekit dan meninggalkan kesan bercapuk pula. Boleh atasinya dengan cara ini, memang berkesan hilangkan debu pasir dan minyak.
Boleh gunakan salah satu tip di bawah, guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.
TIP 1:
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
15ml Cuka
Setengah baldi Air panas
TIP 2:
Bahan-Bahan:
30ml Pencuci Sunlight
Setengah Baldi Air
Cara Membuat:
- Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan-bahan diperlukan dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin, bersinar dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, boleh cuba buat semburan penyegar ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi, berbau harum dan selesa.
TIP 1:
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Sedikit Cuka
Cara Membuat:
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
TIP 2:
Bahan-bahan:
Pelembut pakaian
Garam kasar
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Cara Membuat:
1. Masukkan garam kasar ke dalam bekas, kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tuangkan pula pelembut pakaian dan letak di sudut ruang tamu atau bilik. Hasilnya memang rumah berbau segar, ‘mahal’ seperti di hotel 5 bintang.
4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Cara Membuat:
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
5. Wangikan Peti Sejuk
TIP 1:
Bahan-Bahan:
Tuala dapur/Tisu
Esen Vanila
Cara Membuat:
1. Hanya perlu letak beberapa titisan esen vanila pada tuala/tisu lembap dan lap permukaan peti sejuk seperti biasa.
2. Lakukan tip ini setiap kali selepas rutin cuci dan bersihkan peti ais sekurang-kurangnya sebulan sekali.
TIP 2:
Bahan-Bahan:
Daun Pandan
Bekas kecil
Cara Membuat:
1. Hanya perlu simpulkan beberapa helai daun pandan dalam letak di dalam peti sejuk. Boleh juga hiriskan daun pandan, letak di dalam bekas terbuka dan simpan di dalam peti sejuk. Hasilnya peti sejuk berbau wangi semulajadi.
TIP 3:
Bahan-Bahan:
Baking Soda
Cara Membuat:
1. Letakkan beberapa sudu kecil serbuk bakinh soda ke dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Baking soda dapat menyahkan bau yang tidak menyenangkan dan meneutralkan bau peti sejuk.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
IMPIANA: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat dalam membersihkan rumah supaya menjadi lebih wangi, bersih dan selesa. Boleh cuba mana-mana tip mengikut kesesuaian kediaman anda.
Mesti Baca: Mop Lantai Rumah Dengan Pencuci Pinggan, Hilang Debu Pasir & Berkilat
Baca Lagi Di Sini:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik: Bau ‘Kepam’ Bilik Hilang Dan Rumah Wangi, DIY Guna 4 Bahan Dapur Ini
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur Kaca Meletup. Elak Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Keselamatan Diri
Rekaan dapur gas kini sudah terlalu moden dan bukan lagi klasik seperti rekaan dulu-dulu. Ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in. Tarikan utama dapur jenis ini ianya nipis dan kelihatan bergaya, ramai surirumah yang memilih untuk menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan dapur jenis ini cantik tetapi hakikatnya ia agak berbahaya.
Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan? Oleh itu, IMPIANA ingin berikan beberapa tips penjagaan dapur kaca dan kebanyakkan insiden yang berlaku adalah atas kecuaian diri sendiri. Hati-hati!
BAHAYA JIKA PERIUK TERLALU BERAT
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat. Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
JANGAN LAP DAPUR MENGGUNAKAN KAIN BASAH
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
PASTIKAN ADA RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI