Bilik tidur adalah tempat yang paling banyak kita habiskan masa berbanding ruang lain di dalam kediaman. Jadi, sudah pasti selesa yang mungkin ia perlu disediakan. Bila dah selesa, bukan sekadar tidur jadi nyenyak malah berkualiti. Seperti yang dilakukan oleh Ummu Al Fateh dan suaminya. Tempoh 2 minggu diperuntukkan untuk menyiapkan dekorasi bilik tidur idaman berkeluasan 22ftx11kaki
Suami dan Isteri berasal dari terengganu,Kg.Rhu 10 dan pencinta laut,maka tema ini terhasil kerana rindukan kampung halaman dan ketenangan laut walaupun di tengah hiruk pikuk bandar Johor Bahru. Semua diy sendiri,kecuali pemasangan mozek lantai. wainscoting dan side table,wiring,cat dan deko buat sdri. Bilik ni panjang, jadi kami bahagikan sikit untuk walk in closet. Tempoh disiapkan dalam dua minggu oleh suami isteri.
Hanya dengan menggunakan barang dekorasi dari kedai-kedai bajet seperti MR. DIY dan kaison, keselurhan kos renovasi menelan belanja RM 1800 (Dekorasi + Cat + Kayu wainscoting). Tambahan menjadi kelebihan kepada pemilik, suaminya merupakan kontraktor pemasangan wainscotting yang berpusat di Johor Bahru Ziwani Home Deco
Suami siap buat model 3D nk design wainscoting dia
Ads
Baru siap pasang jubin. Boleh nak buat sendiri tapi tak cukup masa, upah orang sahaja
Ads
Siang malam pasang wainscoting. Masalah dinding tak rata menyebabkan kesukaran untuk gam lekat
Ads
Kaki lampu meja yang dibeli berwarna kuning. Untuk disuai padankan dengan dekorasi, semburkan cat warna emas
Naik tiang utk buat partition walk in closet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Semut, lipas dan cicak antara serangga yang menajdi musuh utama dalam kediaman. Kehadirannya bukan sahaja ada yang memberi kesan kepada kesihatan malah ia adalah salah satu petanda kedaiamn anda kotor. Dah cuba pelbagai bahan atau produk pencegah serangga di pasaran, tapi masih gagal. Apa kata, anda cuba pula 15 cara untuk cegah Semut, lipas dan cicak ni pula
SEMUT
1. Taburkan serbuk kunyit pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.
2. Ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.
3. Potong kain bersih seperti tali panjang kemudian celupkan ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja, kaki meja, kaki kabinet dapur dan sebagainya.
4. Anda juga boleh menggunakan abu kulit telur yang dibakar dan taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.
5. Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol spray kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut. Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.
1. Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap yang dikunjungi lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet dapur.
2. Jangan buang pangkal dan hujung timun setiap kali anda memotong timun. Ia boleh digunakan untuk menghalau lipas. Letakkan pangkal timun itu di tempat yang ada banyak lipas.
3. Koyakkan atau hiris nipis daun pandan dan letakkan di kawasan yang banyak lipas seperti dalam laci atau kabinet. Lipas akan lari selepas membau daun pandan, dan tak akan membiak lagi di rumah anda.
4. Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.
5. Lipas memang bencikan bau wangi! Jadi anda boleh siatkan beberapa batang serai dan letakkan di bahagian yang selalu ada lipas. Bau dari serai wangi akan memastikan yang lipas tak akan datang lagi.
video pilihan
CICAK
1. Cicak tidak suka akan bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elak cicak dari memasuki rumah anda.
2. Campurkan serbuk kopi dan serbuk tembakau di dalam sebuah bekas. Kemudian, ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di penghujung batang mancis dan pencungkil gigi tersebut lalu celupkan kedalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.
3. Campurkan 1/3 cuka makan, 1/3 air, dengan 1/3 cecair pencuci pinggan dan masukkan kesemuanya dalam botol spray. Lepas tu sembur pada semua kawasan yang selalu ada tahi cicak dan tempat cicak selalu sembunyi.
4. Campurkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air. Semburkan campuran ini pada dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah kerana cicak tidak tahan dengan rasa pedas.
5. Gantung atau letak bawang di pintu atau tingkap cicak boleh lalu. Lagi satu cara adalah kisar bawang dengan air, lepas tu masukkan dalam botol spray, dan sembur pada sekeliling rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur merupakan ruang privasi yang amat dekat dengan pemiliknya. Selain untuk tidur, ruang santuari ini juga menjadi tempat untuk berehat dan mengekspresi diri.
Seni reka dan susun atur kamar perlu selari dengan gaya hidup dan personaliti tuan empunya. Jadi buat anda yang sedang dalam perancangan mengubahsuai bilik atau baru berpindah ke bilik baru, IMPIANA mahu kongsikan beberapa tema menarik yang boleh anda pertimbangkan. Enjoy!
1.TROPIKAL
2. FLORAL
3. NAUTIKA
4. BOHEMIAN
5. ANIMAL PRINTS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebiasaannya, tepung jagung digunakan dalam masakan. Tapi, tahukah anda? Tepung jagung juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan. Di sini, IMPIANA kongsikan 5 kegunaan lain tepung jagung dalam kehidupan seharian.
1. Menghilangkan bau kurang menyenangkan dalam kasut
Kalau korang menghadapi masalah bau kurang menyenangkan dalam kasut, taburkan sedikit tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan.
2. Menghilangkan kotoran pada fabrik
Campuran tepung jagung dan sedikit air dapat menghilangkan kotoran yang pada fabrik seperti kesan darah, dakwat dan kesan terbakar. Biarkan campuran tersebut mengering untuk seketika. Kemudian, tanggalkan lapisan tepung jagung tersebut.
3. Mengilatkan perkakas dapur
Jika korang sedang mencuci perkakas dapur, jangan lupa tambahkan sedikit tepung jagung untuk mengembalikan kilatan kuali dan periuk.
4. Menggantikan pelembut fabrik
Tepung jagung merupakan alternatif yang lebih jimat untuk menggantikan pelembut fabrik. Caranya, campur 2 sudu tepung jagung dengan 1/4 cawan baking soda dan beberapa titis essential oil.
5. Menghilangkan kesan minyak pada kertas dinding
Kesan minyak pada kertas dinding dapat dihilangkan dengan mudah menggunakan tepung jagung. Korang hanya perlu sapukan sedikit tepung jagung yang dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia sehingga kering dan sental kesan minyak tersebut.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.