
Ibu bapa yang mempunyai si cilik aktif amat mementingkan keselamatan terutamya di rumah. Bukan sahaja perkakas dan peralatan tajam atau berbahaya perlu dielak dari mudah dicapai oleh si cilik, kedudukan soket atau barang eletrik yang rendah juga menjadi salah satu punca keselamatan yang turut diberi perhatian. Ini disebabkan terdapat beberapa kes renjatan elektrik yang dilaporkan.
Untuk atasi masalah ini, Penny Ching berkingsi cara mudah dan jimat untuk atasi masalah ini hanya dengan menggunakan bekas makanan RM 2.10
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bilik Air Kotor? Dan Berbau? Ini Rahsia Tentang Bilik Air Bersih Yang harus Anda Tahu

Pasti anda teringin hendak memiliki bilik air yang bersih seperti hotel. Namun kamar mandi anda sentiasa basah dan lembab, kadangkala ia menghadirkan bau yang kurang menyenangkan. Malu dengan tetamu yang berkunjung dan ingin menggunakan tandas, pasti mereka menilai tahap penjagaan kebersihan kediaman anda.
Tahukah anda antara rahsia utama untuk bilik air kekal bersih dan tidak berbau adalah anda perlu pastikan bilik air anda sentiasa kering. Hal ini kerana bilik air yang sentiasa basah atau lembap akan mempercepatkan proses ia menjadi kotor akibat daripada aktiviti pembiakan pelbagai organisma mikro yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Antara bahan yang dapat membantu kamar mandi anda sentiasa kering dan bersih adalah seperti berikut;-
1. Bidai atau Langsir
Bidai atau langsir mandian juga perlu dipasang bagi mengelak air ke serata tempat. Pilihlah bidai yang diperbuat daripada material kalis air dan mudah dipasang serta ditukar.
2. Arang
Letakkan arang di bilik mandi anda. Anda boleh meletakkan ia di sudut sinki dan hias ia bersama beberapa aksesori lain. Arang mampu menyerap bau busuk yang kurang enak di bilik mandi anda.Ia akan kekalkan bau neutral pada kamar mandi.
3. Alas kaki
Letakkan alas kaki pada muka pintu bilik air. Ia supaya bilik air anda kekal kering dan bersih apabila anda keluar masuk ke dalam bilik air.
4. Lubang Udara
Apa yang penting adalah pastikan bilik air anda mempunyai lubang udara.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY “Feature Wall” Dari Cermin RM 2, Jimat Dan Mudah

Penggunaan cermin di dalam kediaman tidak kira di dapur, ruang tamu mahupun bilik, ia memberi kesan ilusi sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas. Tambahan penggunaan cermin atau kaca dalam sesebuah dekorasi membangkit aura kemewahan.
Jika dulu, penggunaan dinding atau feature wall kaca kebiasaanya kelihatan di dalam rumah mewah, kini tidak lagi. jika bijak mengolah, dengan hanya menggunakan barang bajet atau murah, dekorasi dinding kaca dapat di hasilkan
Artikel berkaitan: Guna Cermin RM 29.90 Untuk Hasilkan Dinding Glam Mewah
Seperti yang dilakukan oleh Puan Huda Mimie dan suaminya. Hanya dengan bermodala RM 200, sebuah feature wall kaca untuk ruang makan berjaya dihasilkan sendiri dengan hanya menggunakan barang bajet. Berikut antara bahan-bahan yang perlu disediakan:
Bahan-bahan:
Cermin kedai eco
Double side (warna hitam)
Kayu 1 inci
gam kayu
cat
Cara-cara:
Cermin dari Eco sahaja. Untuk nampak panjang, cermin dicantum-cantum. Untuk lekatkan cermin, guna double side dan untuk lekat kayu gunakan gam kayu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Letak Roti Atau Kentang Untuk Hilangkan Aroma Hangit Pada Makanan Yang Hangus

Masakan terhangit? walaupun hanya pada dasar periuk atau kuali sahaja, namun aroma hangit mengganggu selera. Walaupun bahagian hangus telah di asingkan, namun aroma hangit tetap menjejaskan masakkan atau makanan. Terdapat 4 cara mudah dan praktikal untuk hilangkan bau hangit pada makanan
1. CILI KERING
Letakkan beberapa batang cili yang dah dibuang tangkainya dan dibasuh bersih terlebih dahulu dalam periuk. Tutup periuk dan biarkan seketika. Lepas tu keluarkan semula cili tersebut. Kalau takut pedas, buang dulu biji cili tau. Tak ada cili biasa, gantikan dengan cili kering pun boleh.
2. KENTANG
Basuh bersih kentang dan potong kecil. Letakkan dalam periuk dan tutup rapat. Nanti bau hangit tadi akan diserap kentang.
3. DAUN PANDAN
Aroma pandan pembangkit selera. Nak masak nasi biasa kalau diletakkan beberapa helai daun pandan, aromanya sangat wangi. Selain itu juga, pandan sesuai menghilangkan aroma hangit.
4. KEPINGAN ROTI
Asingkan bahagian yang hangus dan letakkan beberapa keping roti pada makanan tidak hangus tadi. Tutupkan bekas makanan tersebut dalam tempoh 15-20 minit untuk memberi peluang roti menyerap aroma hangus tadi
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI