Baja Belacan Dan Gula Merah Untuk Cili Berbuah Lebat dan Tahan Penyakit
Pokok cili ni, nak tanam memang mudah. Tapi nak menjaganya sangat rumit. Mudah terdedah kepada penyakit dan virus. Sebab tu harga cili di pasaran mahal.
Baca juga: Cara Betul Tuai Cili, Macam Ni Baru Pokok Tak Putus-Putus Berbuah
En Izham Alias ada berkongsi petua untuk tanam cili supaya berbuah lebat dan tahan penyakit di dalam group Kebun Bandar: jom tanam sendiri
CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara-cara:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mengejutkan! Ibu Hamil Maut Kerana Masalah Anai-Anai
SHAH ALAM 16 Dis – Seorang suami tidak menyangka, kegembiraan bersama isteri berbual mengenai bayi yang bakal dilahirkan ketika minum petang di rumahnya di Seksyen 23, di sini merupakan yang terakhir bagi mereka sekeluarga.
Isterinya, Nor Haslina Harun, 35, yang sarat mengandung lapan bulan maut akibat dihempap almari kasut kayu yang telah dimakan anai-anai.
Masalah serangan anai-anai bukanlah masalah yang kecil, anda harus bertindak dengan segera sekiranya anda sedar akan kehadiran serangga perosak ini. Anai-anai ialah sejenis spesies serangga perosak yang menjadikan kayu sebagai sumber makanan serta membiak dan membina koloni dengan cepat. Anai-anai gemar akan kabinet dapur, perabot, kerangka pintu, kerangka rumah dan sebagainya.
Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai
- Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot. - Perubahan Warna Perabot
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada perabot anda, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna kayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah. - Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.
TIP Menghalau Anai-anai Menggunakan Bahan Di Rumah
1. Garam
Campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
2. Air Kapur sirih
Gunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
3. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
4. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Anda harus lakukan pemeriksaan rutin setiap minggu pada binaan kabinet. Jika ingin membeli produk atau perkhidmatan yang berkaitan, pastikan pihak tersebut profesional dan berlesen.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Guna Garam Epsom, Bunga Jadi Besar-besar, Tanaman Subur, Elak Daun Jadi Keriting
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Model Kereta Volvo C40, Rekaan Ruang Dalaman Kereta Yang Berkonsepkan ’Scandinavian’
Pernah atau tidak anda terbayangkan sesebuah model kereta yang memiliki konsep dan tema ruang dalaman sama seperti sebuah kediaman rumah? Ya, untuk pengetahuan ia sememangnya ada dan wujud!
Jangan ada yang tidak tahu, syarikat pengeluar kereta jenama antarabangsa, Volvo Car Malaysia kini telah melancarkan sebuah model kereta terbaharu iaitu Volvo C40 Recharge Pure Electric bagi pasaran Malaysia.
Model kereta Volvo C40 Recharge Pure Electric ini merupakan sebuah kenderaan mewah jenis Sport Utility Vehicle (SUV).
Bukan itu sahaja, dengan pelancaran model kereta terbaharu tersebut telah meletakkan ia sebagai sebuah kereta berteknologi kuasa elektrik sepenuhnya yang pertama di bawah jenama pengeluar kereta berkenaan.
Apa yang menarik mengenai Volvo C40 Recharge Pure Electric ini selain reka bentuk luaran kenderaan yang tampak mewah dan moden, ia juga telah menampilkan konsep rekaan ruang dalaman kereta yang bertemakan ‘Scandinavian’.
Jika kita lihat dari rekaan ruang dalaman model kereta Volvo C40 Recharge Pure Electric ini sememangnya tampak sangat kemas dan menarik. Bukan itu sahaja, rekaan konsep yang ditonjolkan membuatkan ruang dalaman kereta ini kelihatan sangat unik dan berbeza dari yang lain.
Ini merupakan satu pembaharuan menarik yang ditampilkan oleh Volvo Car Malaysia selaku pengeluar kereta mewah yang bertaraf antarabangsa.
Volvo C40 Recharge Pure Electric ini ditawarkan pada harga atas jalan RM288,888** dan didatangkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu Crystal White, Black Stone, Silver Dawn , Sage Green dan Fjord Blue.
Bagi anda yang berminat, sudah boleh membuat tempahan bermula 14 Disemberdan para pelanggan juga boleh mengunjungi semua pengedar sah Volvo di Malaysia untuk melihat sendiri kenderaan tersebut mulai 15 Disember 2022
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Bertemakan Konsep Scandinavian, Zulin Aziz Hanya Berbelanja Dalam RM50,000 Untuk Dekorasi Dalaman Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Design Kreatif Kontraktor Ini Berjaya Zahirkan Rumah Kampung Moden Milik Pesara Guru
Seorang pemilik syarikat kontraktor yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini telah berkongsi di laman Facebooknya tentang bagaimana beliau berjaya merealisasikan impian pasangan guru pencen iaitu Pn Nik Patanah Binti Nik Muhammad untuk mendiami mahligai indah di Kampung Laut, Tumpat Kelantan.
Menurut En Aqwa Mustofa selaku kontraktor, beliau bertanggungjawab untuk menyiapkan segala pembinaan mengikut idea dan pandangan yang diutarakan oleh pelangannya seperti mahu membina rumah bertiang tinggi kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanaknya dahulu. Rumah kampung moden ini berkeluasan 1800 kaki persegi berkapasiti 4 bilik tidur, 3 tandas, 2 ruang tamu dan 1 dapur. Manakala kos keseluruhan pembinaan menelan belanja sebanyak RM350,000.
“Rumah ini disiapkan bersama kakitangan saya selama 8 bulan berikutan terdapat penangguhan dari segi faktor cuaca di pantai timur kerana apabila masuk sahaja musim tengkujuh, hujan turun tanpa henti dan mengakibatkan banjir sehingga menyukarkan projek ini disiapkan dalam tempoh yang pendek.”ujarnya.
Selain itu, senibina tiang tinggi ini bermanfaat untuk seisi keluarga kerana jika diperhatikan di sebelah bawah rumah, banyak ruang parkir yang tersedia. Pada pandangan penulis, jika tuan rumah mengadakan kenduri doa selamat, para tetamu tidak mempunyai masalah untuk meletakkan kenderaan masing-masing.
Di bawah ini adalah beberapa koleksi gambar yang dikongsikan oleh En Aqwa Mustofa untuk tatapan pembaca Majalah IMPIANA di luar sana. Mana tahu anda mendapat idea baru untuk renovasi kediaman ibu bapa anda di kampung. Jangan lupa Tag Facebok page IMPIANA ye!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI