
Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tidak putus-putus. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan boleh merbahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada pengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul ialah pada kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan selalu. Kerana makin dibiar, makin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan TIGA bahan yang amat murah dan mudah. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ruang Tamu Tetap Cantik Dengan Adanya ‘ Play Area’ Si Manja

Untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, ruang tamu adalah tempat yang paling sibuk di dalam kediaman. Di ruang tamu lah tempat untuk beristirehat, menonton TV, bermain dan sebagainya. Bila dah jadi macam ni, isu rumah berselerak dan keselamatan lah menjadi keutamaan. Bagi memastikan ruang tamu anda selesa dan menjadi sebahagian play area untuk anak-anak, ini perkara yanag WAJIB di teliti:
BENTANG KARPET
Karpet ini bukan sahaja memberi keselesaaan kepada si cilik ketika bermain di ruang yang disediakan, malah ia sebagai sistem “zone” yang memisahkan ruang bermain dan bahagian yang lain. Pilih permaidani yang berwarna warni atau mempunyai karekter yang diminati oleh anak anda
Nota: Jangan pilih karpet dari jenis berbulu kerana ia mudah memerangkap habuk. Sebaiknya pilih jenis rug atau tatami yang mudah di cuci dan dibersihkan
SEDIAKAN RUANG PENGSTORAN
Sesetengah ruang di dalam kedaiman anda, mempunyai potensi sebagai ruang bermainan seperti di bawah tangga. Oleh itu sediakan kemudahan seperti bekas simpanan permianan atau rak untuk memudahkan anak anda menyimpan perminan. Disamping itu juga, kanak-kanak lebih cenderung bermain di tempat simpanan perminannya sahaja. Jadi secara tidak langsung, ia mampu mengelak ruang tamu anda dari berselerak dengan permainan
KESELESAAN OPTIMUM
Letak beberapa biji kusyen, floor pillow atau bean bag untuk menjadi tempat “landing” si cilik sambil bermain di sudut yang telah dipilih menjadi play area. Dah penat bermain, mesti mereka nak rehat seminit dua sebelum bangun semula dan teruskan bermain. Kanak-kanak kan suka berimagenasi, sementara mereka mencari idea, boleh baring atau duduk santai jika kemudahan tersebut disediakan
KELENGKAPAN
Menambah kemudahan dan keselesaan saat bermain di ruang atau sudut khas, sediakan kerusi atau meja mengikut kesesuaian saiz si cilik. Nanti, tak adalah permaian bersepah atas meja. Secara tidak langsung, ia lebih menggalak anak anda berfikir secara kreatif
DINDING MENCONTENG
Elak dinding anda menjadi tempat lakaran seni si cilik? Ini yang anda perlukan. Sediakan sebuah dinding padu, menjadi papan hitam sebagi ruang ekspirasi. Boleh guna cat atau pelekat “chalk board” yang banyak terdapat di pasaran. Jika anak anda masih kecil dan belum berminat untuk menconteng atau melakar, boleh gantikan dengan didning berwarna warni atau “Buzy board”
BACA: Bilik Tidur Elegan Dengan Wallpaper Bunga & Berjalur
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
LG Memperkenalkan Siri TV OLED Terbaharu, Kini Dilengkapi Dengan Fungsi Teknologi Yang Lebih Canggih

Jenama alatan rumah dan elektronik pengguna terkemuka, LG Electronics Malaysia (LG) kini mengorak langkahj dengan mengukir masa depan hiburan rumah dengan pengenalan siri TV OLED terbaharu mereka! Dianugerahkan sebagai Jenama TV OLED No. 1 Dunia selama 10 tahun berturut-turut, LG dengan bangganya memperkenalkan siri TV OLED yang tercanggih, iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.
LG sekali lagi menetapkan standard baharu untuk hiburan rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti Pemproses AI α9 Gen6, HDR Expression Enhancer, Bunyi Jelas AI, Kawalan Imbangan Auto, dan WOW Synergy.
Justin Choi, Pengarah Urusan LG menyatakan bahawa beliau yakin yang siri TV OLED ini akan menetapkan penanda aras baharu untuk hiburan rumah bagi pelanggan mereka di Malaysia.
“LG telah mendedikasikan usaha penyelidikan dan pembangunan yang meluas untuk memastikan siri baharu ini dapat memberikan pengalaman yang tiada tandingan untuk keperluan hiburan rumah pengguna. Sebagai jenama inovatif yang telah dianugerahkan dengan CES Innovation Award untuk 11 tahun berturut-turut, kami yakin yang barisan produk baharu ini mampu menyampaikan nilai yang lebih tinggi untuk pengguna kami,” kata Justin.
Siri TV OLED terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti berikut:
- Pemproses AI α9 4K Gen6 untuk kualiti gambar dan bunyi yang dioptimumkan – Siri pemproses Alpha terbaharu yang digunakan dalam TV OLED LG 2023 menggunakan teknologi Pembelajaran Mendalam berbantukan AI untuk menghasilkan imej yang terlihat lebih jelas dan nyata.
- Brightness Booster Max untuk imej yang lebih realistik – Kecerahan dikawal pada asas piksel demi piksel untuk menghasilkan butiran imej yang lebih tajam dan realistik. Peningkatan ketara untuk siri OLED evo G3 ialah teknologi Brightness Booster Max yang menggabungkan seni bina kawalan pencahayaan yang baharu dan algoritma peningkatan cahaya untuk meningkatkan tahap kecerahan sehingga 70 peratus.
- Versi terbaharu webOS adalah antara muka pengguna (UI) yang direka bentuk semula untuk meningkatkan pengalaman pengguna – Antara muka terbaharu bagi laman utama didatangkan dengan ciri “Quick Cards” yang menawarkan akses mudah kepada kandungan dan perkhidmatan yang paling kerap digunakan, akan dikumpulkan di bawah kategori seperti Gaming, Muzik, Sukan, dan lain-lain.
- Pengalaman pawagam di rumah yang terhebat – Semua TV OLED disokong oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos. Selain itu, TV LG tahun ini menawarkan integrasi soundbar yang sempurna dengan menyampaikan bunyi keliling berbilang saluran dengan kualiti yang dipertingkatkan oleh IMAX, yang dikuasakan oleh DTS:X. TV dan soundbar LG boleh digabungkan untuk menawarkan ciri WOW Orchestra². Pengguna dapat mempertingkatkan pengalaman audio mereka ke tahap yang lebih memuaskan dengan gabungan canggih TV LG dan soundbar LG, yang membolehkan pendengar meneliti setiap butiran halus.
- Dioptimumkan untuk Gaming³ – Dengan masa kadar segar serendah 0.1ms, Nvidia G-SYNC, bersama sokongan AMD FreeSync Premium. Terdapat juga sokongan untuk HDMI 2.1 dan VRR.
Tiada lagi sudut pandangan yang mengganggu – kini kami mengalu-alukan ketibaan TV yang mudah disesuaikan di ruang anda, sama ada untuk mempamerkan seni atau untuk hiburan, LG Malaysia memperkenalkan Siri LG OLED evo G3 yang mempunyai reka bentuk tanpa jurang yang dapat diletakkan di dinding dengan sempurna. Paparan ultra-nipis yang terduduk kemas di dinding menciptakan penampilan yang anggun seolah-olah ia sebahagian daripada dinding. Jika anda lebih idamkan fleksibiti sama ada untuk meletakkan TV di dinding atau atas TV stand, kami mengesyorkan LG OLED evo C3 sebagai pilihan terbaik untuk anda. Bagi mereka yang inginkan tetapan yang canggih dalam pakej yang lebih mudah, LG OLED A3 yang menampilkan pemproses AI α7 4K Gen6 merupakan pilihan ideal.
Produk | TV (Inci) | MSRP (RM) |
LG OLED evo G3 | 77” | 32,999.00 |
65” | 17,999.00 | |
LG OLED evo C3 | 83” | 35,999.00 |
77” | 29,999.00 | |
65” | 14,999.00 | |
55” | 10,999.00 | |
LG OLED A3 | 65” | 11,999.00 |
55’ | 8,999.00 |
Selain itu, LG juga telah memperkenalkan dua skrin gaya hidup terbaharu yang kini boleh didapati di Malaysia. Koleksi LG OLED Posé Objet (berharga RM 12,999) menawarkan reka bentuk yang anggun dan bergaya yang mudah disesuaikan di ruang anda. Diiktiraf sebagai Pemenang IF Design Award, Koleksi LG OLED Posé Objet menyempurnakan kediaman anda dengan teknologi termaju. LG OLED Flex (berharga RM13,199) pula merupakan TV gaming 4K yang boleh dibengkokkan untuk memberikan fleksibiliti yang luar biasa dan pengalaman gaming yang mengasyikkan, khas untuk memenuhi keperluan paragamers.
“Dengan legasi 10 tahun sebagai jenama TV OLED No. 1 dunia, kami amat menghargai sokongan yang berterusan daripada pelanggan kami. Kami berusaha untuk melangkaui batasan dan mentakrifkan semula kualiti hiburan visual melalui inovasi berterusan sambil memenuhi keperluan pengguna yang semakin berkembang. Akhirnya, kami mahu memastikan pelanggan kami dapat menikmati “A Good Life” dengan penggunaan produk dan perkhidmatan kami,” kata Justin.
Sempena ulang tahun TV OLED No 1 di Dunia selama 10 tahun berturut-turut, pelanggan boleh mengunjungi pameran bergerak LG’s Perfect 10th, Perfect Black dari sekarang hingga Ahad, 16 Julai 2023 di Mid Valley Megamall Centre Court, Ground Floor untuk menikmati promosi istimewa sehingga RM1,700 kredit TNG eWallet dan berpeluang memenangi unit percuma LG 65″ TV yang boleh direbut!
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan TV OLED LG, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my atau ikuti Halaman Facebook Rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk maklumat terkini, berita, dan promosi.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Tip Pilih Sofa Kulit Untuk Kediaman Dengan Tema Dekorasi Klasik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Inginkan Dekorasi Ruang Tamu Yang Mantap, Jom Cuba Cara Ni

Ruang tamu adalah seperti induk rumah kita. Ruang tamu adalah tempat dimana ia menunjukkan imej diri kita bagaimana. Perkara pertama yang akan kita cuba untuk kemas dahulu sekiranya ada tetamu datang, ruang tamu lah yang kita akan kemas dulu. Dah nama pun ruang tamu, mestilah untuk tetamu kan? Hahahaha. Jadi, jikalau, ruang tamu kita teruk atau sederhana, maka orang akan memandang biasa terhadap. Jikalau ruang tamu kita kelihatan menarik dan sedap mata memandang, maka orang akan puji kita dan memandang tinggi kepada kita, bahkan, kita mendapat kehormatan dari orang ramai. Oleh sebab itulah, pemilihan atau permikiran yang kreatif perlu ada pada diri kita untuk dalam hal-hal mendekorasikan ruang tamu rumah kita. Jadi disini, saya akan memberitahu apa bahan-bahan dekorasi yang boleh mencantikkan atau memantapkan ruang tamu kita.
Pemilihan sofa yang sesuai dan selesa.
Benda ini amatlah penting kerana tiada sofa, lebih baik tidak ada rumah. Bahkan, rumah lama sekarang ni pun dah ada sofa. Cuma perbezaannya adalah sofa yang biasa atau murah dan sofa yang mahal atau selesa sahaja. Ada banyak sebenarnya jenis sofa yang kitab oleh pilih menampakkan ruang tamu nampak kelainan dari ruang tamu biasa. Sebagai contoh, sofa yang sering kita nampak di kedai adalah berbentuk L dan berbentuk U. Kalau nak nampak kelainan lagi, sofa bed. Sofa bed ia adalah 2 dalam 1. Boleh jadi sofa, boleh jadi katil. Jadi, senang jikalau ada tetamu yang ingin menumpang di rumah kita, mereka boleh dipelawa duduk di sofa bed tersebut. Selain dari itu pula, pemilihan material sofa juga penting kerana ada yang kayu, kusyen, berbulu-bulu dan juga kulit. Kebiasaan orang sekarang akan membeli yang kusyen kerana ia murah tetapi kalau ada duit lebih atau orang kaya, boleh membeli yang material berbulu-bulu atau berkulit.
Lampu siling yang penuh bergaya.
Setiap ruang tamu di rumah, memang sudah ada lampu jenis panjang di dinding tetapi, ia kelihatan biasa dan bosan. Jadi, kita perlulah menukarkannya kepada lampu siling yang berwajah moden untuk menaikkan imej ruang tamu dalam rumah kita. Sebagai contoh, lampu siling itu besar berbentuk bunga, lampu tersebut terselit di lubang-lubang dinding ataupun lampu yang tergantung itu. Baru lah, ruang tamu akan nampak lebih mantap!
Jadi, itulah sedikit perkongsian tips untuk membuatkan ruang tamu menampakkan lebih meriah dan gempak. Cuma, pastikan siapkan duit sahaja lah. Hahahahaha.
Sumber: PropertyGuru (https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/7-tip-memilih-dekorasi-ruang-tamu-yang-sesuai-untuk-rumah-anda-28498)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI