Dapur, ada apa dengannya? Semua orang kini memiliki dapur yang dibentuk hampir menyerupai di antara satu dengan lain. Cuma ikut tema dan warna sebab segalanya dah dibuat mengikut standart pembuatan sedia ada. Jadi apakah yang menjadikan dapur kita berbeza dari yang lain?
Mungkin ramai tidak perasan, jubin antara dua bahagian kabinet kii merupakan antara material yang sangat popular di kalangan pemilik kediaman yang jiwanya artistik. Tidak mahu nampak sama dan menghidupkan kabinet dapurnya dengan karakter jubin yang juga melambangkan personaliti mereka. Perancangan rapi perlu ada kerana itulah yang menjadikan rekaan dapur nampak hidup.
Pilihan moden namun masih ada seni tradisi di dalamnya. Tekstur mudah dicuci, tampil eksklusif dan pada masa yang sama mengimbau kita pada era 40an.Sesuai bagi anda yang tidak punya masa untuk ke dapur, tetapi masih mahu melaram sebah dapur yang cantik , kemas lagi tersusun.
IKLAN
Berbeza dari yang lain, jiwa bohemian yang bebas dan berani . Inspirasi dari timur tengah dengan warna dan corak yang tersendiri. Menjadikan sebuah dapur bukan sahaja medan untuk memasak, tetapi ruang mencetuskan inspirasi bagi sebuah karya seni tak kiralah resipi ke atau rekaan lain…
IKLAN
Masih lagi inspirasi dari zaman lalu, kesenian jubin Belanda yang cukup terkenal. Jika dahulu didatangkan dalam pelbagai warna, kini pelbagai rona urban boleh didapati bagi memberi satu sentuhan moden kontemporari. Awas biarpun hanya sebaris, coraknya sudah cukup lantang bagi sebuah dapur.
IKLAN
Satu lagi gaya sezaman tema Morrocan yang cukup popular. Palitan warna -warni di dapur menjadikan ruang dapur tampil cukup indah dan ada kemeriahan di dalamnya. Umpama feature wall yang cantik dan memukau pandang biar pun taklah seterang mana warnanya. Tema eksotik dari timur tengah sudah pun memasuki aliran antara bangsa. Corak bunga kita bila lagi ya?
Pilihan moden dengan permainan geometri . Masih lagi bermain dengan warna agar tidak bosan dan menguji fokus mata kita.. Jika mahukan kelainan dan gaya yang lebih muda, corak seumpama inilah yang perlu anda fokus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda miliki ruang yang terhad untuk menghias itu semua boleh diatur, kita buat dia bukan dia buat kita ingat tu! Jadi tidak kisahlah sama ada ruang tamu anda sempit atau tidak. Impiana nak kongsikan tip mudah macam mana nak bagi ruang nampak luas dan selesa.
Pilih warna dinding dan lantai cerah, ini mampu memberikan ilusi yang lebih luas selesa kepada pemilik.
Jangan rapatkan perabot dengan dinding serta perhiasan yang lain, biar ada ruang diantara perabaot yang membolehkan ia kelihatan lebih luas.
Pilih kertas hiasan dinding atau cat yang sesuai untuk memberi impak yang luas dalm ilusi ruang tersebut, warna corak amat penting dititik beratkan.
Guna atau gayakan perabot multi fungsi untuk mendapatkan ruang yang lebih sempurna dan pelbagai kegunaan dalam masa yang sama
Pilih saiz perabot yang sesuai dengan saiz ruang kediaman anda, dan kenal pastikan perabot yang penting.
Jangan pakai aksesori / ornamen ruangan yang terlalu besar.
Atur rak buku agar kelihatan kemas dan rapi.
Biarkan tirai jendela anda terbuka untuk membuat ruangan anda terlihat lebih cerah dan luas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dapur kecil mahupun besar saiznya, perkara utama yang eprlu diperhatikan adalah penyusunan dan penyimpanan keperluan. Ia termasuklah susunan atau cara penyimpanan bahan makanan, peralatan memasak, pinggan dan mangkuk serta pelbagai lagi. Ini kerana, dapur adalah jantung bagi sesebuah kediaman dan kebanyakkan masa di peruntukkan di dapur berbanding ruang lain.
Oleh itu, bagi memberi keselesaan kepada isi rumah untuk berada dan memperuntukkan masa di dapur, ia perlu dalam keadaan kemas, tersusun, selesa dan cantik. Antara peralatan memasak yang selalu menajdi masalah penyimpanan dan susunan adalah kuali dan periuk. Jika tidak bijak meyusun, ia bakal memakan ruang. Berikut idea susunan periuk dan kuali di dapur yang sesuai dipraktikkan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai di luar sana takut untuk membeli rumah, mereka lebih sanggup menyewa bertahun-tahun dan membayar duit sewa dari bayar duit rumah sendiri setiap bulan. Ada pula yang bertanggapan gaji tak cukup nak buat loan rumah, semua masalah itu mampu diselesaikan jika anda mahu belajar dalam selok belok hartanah. Mulakan sesuatu sebelum terlambat. Wendy Lim, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra, ada berkongsi tip yang berguna untuk semua pembaca IMPIANA.
1) Wajarkah saya membeli sebuah rumah atau meneruskan sewa? Apakah faedahnya? Tidak salah menyewa, asalkan keperluan dan kemampuan dipertimbangkan. Ada banyak faktor yang boleh menjadikan keputusan menyewa lebih baik daripada membeli. Tetapi kita perlu ambil tahu bahawa apabila anda membayar sewa rumah, ia adalah kos. Apabila anda membeli rumah, bayaran bulanan adalah pelaburan buat masa depan anda sekeluarga.
2) Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya bersedia untuk memiliki sebuah rumah? Memiliki rumah adalah satu komitmen yang besar. Jangan sesekali membuat keputusan secara terburu-buru. Sekiranya anda mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap dan anda dapat membuat simpanan sebanyak ansuran rumah, ini bermakna anda sudah bersedia untuk memiliki rumah.
3) Bagaimanakah dapat mengambil tahu nilai rumah yang mampu saya miliki? Secara kasar, setiap pinjaman sebanyak RM 100,000, bayaran balik bulanan adalah RM 500. Kelulusan pinjaman bank adalah berdasarkan had peratusan DSR yang pada amnya tidak boleh melebihi lingkungan 65% – 70%. DSR adalah nisbah hutang terhadap pendapatan isi rumah. Formula untuk DSR adalah seperti berikut:
DSR = Hutang (termasuk bayaran balik pinjaman rumah yang hendak diambil)/ Pendapatan Bersih X 100
Contoh: Pendapatan bersih Ali adalah RM 4,000. Ali mempunyai pinjaman kereta sebanyak RM 700 dan pinjaman peribadi sebanyak RM 300. DSR 65% x RM 4,000 = RM 2,600 (Jumlah hutang yang boleh ditanggung oleh Ali) Hutang sedia ada adalah RM 1,000, ini bermaksud Ali masih mampu menanggung hutang sebanyak RM 1,600 sebulan. Dengan itu, nilai rumah yang mampu Ali miliki adalah dalam lingkungan RM 300,000 dengan bayaran balik bulanan sebanyak RM 1,500. (Setiap RM 100,000 pinjaman perumahan, bayaran balik bulanan adalah RM 500)
4) Bagaimanakah saya boleh membuat keputusan atas tempat duduk yang saya hendak menetap? Anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara::
Infrastruktur di kawasan yang ingin dipertimbangkan.
Projek-projek pembangunan pada masa hadapan di kawasan yang dipertimbangkan
Jarak perjalanan daripada tempat kerja, keperluan pendidikan seperti sekolah, dan kemudahan-kemudahan lain seperti hospital, pengangkutan awam, pasaraya, dll…
5) Apabila membeli sebuah rumah, apakah perkara-perkara yang saya perlu mempertimbangkan? Dari segi kewangan, anda perlu mempertimbangkan kos tersembunyi seperti:
Bayaran pendahuluan
Duti setem
Yuran guaman
Insuran/ Takaful
Bayaran faedah progresif
Move-in cost, seperti kos pengubahsuaian dan peralatan rumah, bayaran deposit TNB dan Syabas, maintenance fee (sekiranya ada)
6) Berapakah jumlah yang saya perlukan untuk membuat bayaran pendahuluan?
Oleh kerana bank menyediakan margin pembiayaan/ pinjaman rumah sebanyak 90% sahaja bagi rumah pertama dan kedua (70% bagi rumah ketiga), maka seorang pembeli perlu menyediakan minima 10% daripada harga rumah sebagai deposit. Terdapat juga bank-bank yang menyediakan pinjaman 100% untuk pembeli rumah pertama tetapi penawaran adalah tertakluk kepada tema dan syarat. Kebanyakan pemaju menawarkan diskaun sebanyak 10% yang juga termasuk bumi diskaun bagi projek-projek baru yang dilancarkan, maka pembeli tidak perlu mengeluarkan deposit atau bayaran pendahuluan yang banyak.
7) Adakah saya perlu mencari seorang ejen hartanah? Di mana saya boleh mencari seorang ejen hartanah? Tidak perlu. Pemaju hartanah akan menyediakan pegawai/ agen jualan untuk membantu anda. Sekiranya ingin membeli rumah subsale, kebiasaannya ejen dilantik oleh penjual untuk membantu mencari pembeli dan kos ejen adalah ditanggung oleh penjual. Internet adalah kemudahan yang sangat membantu dalam pembelian dan penjualan hartanah. Terdapat pelbagai website jual beli hartanah yang memudahkan proses pembelian/penjualan rumah. Sebenarnya ejen hartanah yang lebih giat mencari anda.
8) Adakah skor kredit saya memberi kesan kepada keupayaan saya untuk membeli sebuah rumah? Skor kredit akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk membeli sebuah rumah kerana keputusan skor kredit anda akan menentukan sama ada permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan atau tidak.
Pembayaran balik yang konsisten, tiada rekod pinjaman yang mendadak, pekerjaan yang tetap dalam industri yang stabil, akan mempengaruhi skor kredit seseorang.
9) Apakah gadai janji yang perlu diketahui oleh pembeli rumah untuk kali pertama? Anda perlu mengenal pasti jenis pinjaman perumahan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Berikut adalah jenis pinjaman perumahan yang perlu diketahui.
Term loan – ini adalah jenis pinjaman perumahan yang paling konvensional dan asas. Secara umumnya, untuk pinjaman ini anda akan membuat bayaran ansuran bulanan yang tetap sepanjang tempoh perjanjian.
Pinjaman semi flexi dan full flexi – Pinjaman jenis ini lebih flexible berbanding dengan term loan, dimana jika anda ada lebihan dana untuk pembayaran pendahuluan pinjaman anda (advance payment), anda boleh mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menjimatkan wang dalam jangka panjang. Perbezaan di antara pinjaman semi dan full flexi adalah semasa pengeluaran lebihan dana yang dibayar. Pinjaman semi flexi akan dikenakan caj penalti manakala pinjaman full flexi tiada penalti dan boleh dilakukan bila-bila masa melalui buku cek atau transfer.
Perbankan Islam – mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah).
Pinjaman perumahan kerajaan – ini adalah untuk kakitangan kerajaan sahaja dan menawarkan kadar faedah yang paling rendah.
10) Apakah kelebihan kewangan kepada pembeli rumah untuk kali pertama? Terdapat pelbagai kelebihan kewangan buat pembeli rumah yang pertama melalui program-program bantuan seperti
Myhome (Private Affordable Ownership Housing Scheme) – subsidi sebanyak RM 30,000 daripada Jabatan Perumahan Negara (JPN)
Rumah Selangorku dan RUMAWIP – rumah kawalan harga
Pinjaman 100% melalui Skim Rumah Pertamaku, Skim Perumahan Belia
Subsidi duti setem untuk pembelian hartanah kurang daripada RM 500,000
11) Komitmen untuk pembelian sebuah rumah adalah begitu tinggi. Adakah fakta ini benar? Kebiasaannya, semakin besar harga pembelian sesuatu yang diingini, semakin banyak masa yang diperlukan untuk membuat keputusan pembelian. Dan buat ramai, pembelian rumah akan merupakan perbelanjaan terbesar dalam hidup mereka. Pembelian rumah adalah komitmen yang sangat besar dengan penglibatan jumlah wang yang tinggi serta jangkamasa komitmen yang berpanjangan iaitu pinjaman daripada bank. Tetapi dengan perancangan yang rapi, memahami dan mengenal pasti kemampuan serta keperluan, komitmen ini akan membawa faedah yang besar kepada masa depan anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.