Guna Cara Ini Untuk Merancang Membeli Belah Sewaktu Bercuti Supaya Tidak Senang Ditipu

Share

 

 

Kita selalunya teruja membeli belah apabila bercuti di luar negara. Bagi yang pergi sendiri, sudah pasti ingin membelikan sesuatu yang istimewa buat isteri. Tidak dinafikan ramai yang ingin membawa pulang barangan dekorasi dari negara terbabit seperti pinggan mangkuk, permaidani, alas meja dan pelbagai lagi. Apalah agaknya yang sesuai dibeli? Namun bagi yang pergi berkumpulan adakala keterujaan itu boleh menyusahkan kita jika gagal merancang. IMPIANA mencari idea barangan kediaman yang sesuai untuk dijadikan cenderamata buat isteri dan tip bagaimana membeli belah dengan bijak sewaktu bercuti buat semua.

 

  1. Bertanya pada yang pakar

Bila membeli belah di sebuah negara yang besar seperti China, kita sewajarnya sudah mengenal pasti lokasi yang sesuai dengan bajet . Jangan sesekali lupa akan pengangkutan ke destinasi tersebut. Ini bermakna jika mahu membeli untuk diri sendiri bukan niat untuk berniaga, fikirkanlah siapa yang bakal mengangkat barangan tersebut dan adakah mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran sebagainya.

 

  1. Kenal pasti kualiti

Jangan tertipu dengan barangan cetak rompak terutama di kalangan peminat antik. Kini banyak pengusaha menyediakan produk yang hampir serupa dan payah untuk kita melihat dengan mata kasar. Lihat dengan betul dan jangan malu bertanya tentang surat pengesahan atau sijil. Selalunya kedai yang menyediakan barangan seumpama ini mempunyai surat khas yang menyatakan kualiti atau latar belakang produk yang ditawarkan.

 

  1. Kriteria produk

Orang yang ke luar negara dan membeli belah barangan keperluan rumah merupakan orang yang gigih. Anda perlu ada semangat waja mengangkut segala macam yang anda beli. Biar pun bukan di luar negara. Cukuplah di dalam negara seperti di Langkawi. Jika anda membeli belah seperti pinggan mangkuk di sana, pastikan ada yang membantu atau beg yang lain tidak seberat mana. Jika boleh cukup sebuah beg dan tangan yang lain membawa produk yang anda beli naik turun feri atau pesawat. Jadi rancang percutian dan beli belah anda!

 

  1. Kecemasan!

Adakala kita bagaikan kena rasuk apabila membeli belah. Nak pula di kawasan murah dan adanya pula jualan murah. Itulah yang menjadikan kita terlebih beli dan pada masa yang sama mahu mengelakkan diri dari terpaksa membayar berat kargo lebihan yang dikenakan, cuba pakat dengan rakan-rakan yang kurang 40 kilogram (berdasarkan polisi syarikat penerbangan tertentu). Jika tidak bersedia untuk membayar apa yang dikenakan.

  1. Jika mahu membawa masuk ke dalam kapal terbang ( di tempat duduk) berat tidak boleh melebihi 7 kg dan beg seeloknya berukuran 56cm x 36cm x 23cm dan 40cm x 30cm x 10cm bagi beg yang lebih kecil. Jikalau terlebih dari apa yang ditetapkan, bersedia untuk membayar yuran bagasi.

 

  1. Bagi tahu Ground Staff penerbangan akan kargo anda yang anda membawa barangan mudah pecah. Mereka akan membalut dan menampal pelekat simbol mudah pecah bagi memastikan segala barang selamat tiba ke destinasi. Bubble wrap sememangnya sangat perlu bagi memastikan produk anda di bungkus dengan rapi.

 

  1. Anda boleh meminta ganti rugi pada syarikat penerbangan jika beg anda ditebuk, dibuka atau di koyak kan. Itu pun jika anda membeli insuran untuk beg anda.

  1. Jika anda mahu pihak premis menghantar perabot tempahannya ke kediaman terus, pastikan reputasi premis bagi mengelakkan dari ditipu. Barang yang dihantar, tidak sama kualitinya dengan yang ditempah. Pastikan ada pengurus yang boleh dihubungi dan ada polisi tukar ganti.

 


  1. Awas!

Pelajari nilai mata wang asing anda. Apatah lagi jenis yang banyak angka kosong atau butiran nombornya agak besar. Adakala kita sesat dalam pertukaran mata wang asing ini jika tidak ambil tahu dan mata wang kita berubah nilai. Jadi jangan segan meminjam kalkulator.


  1. Jangan terpedaya dengan kos penghantaran mahal dan boleh mencecah 30 % daripada kos barang. Kadang-kadang memang ada perabot tersebut boleh dibeli di Malaysia

  1. Terbeli produk daripada orang tengah

Contohnya lukisan yang berada di Indonesia sebahagiannya adalah lukisan dari China. Mungkin ada yang beranggapan ia merupakan barang yang ada nilai seni setempat yang tinggi rupanya barang dari China.

  1. Senarai Oh senarai!

Jangan sesekali lupa diri dalam berbelanja. Pastikan anda membeli apa yang disenaraikan dahulu terutama yang melibatkan produk besar seperti lampu candelier. Adakala kita rambang mata dengan dengan tawaran jualan murah yang begitu menggoda. Sudahnya yang disenaraikan tidak terbeli, yang tidak perlu pula yang memenuhi bagasi anda. Dahulukan apa yang penting!

 

 

ISTIMEWA EDISI TRAVEL

Apa yang menarik dalam IMPIANA istimewa edisi travel ini ialah dekorasi, idea, tip, gaya, koleksi perabot dan pelbagai aksesori yang begitu cantik dan indah buat tatapan anda.

#impiana #majalahimpiana #dekor #dekorasi #ideadekor

Published by
Bella