Warna memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja memberi kesan visual terhadap sesuatu pemandangan, malah ia turut mempengaruhi kesan psikologi dan kesihatan seseorang. Oleh itu, bagi anda yang ingin kan aura segar di dalam kediaman, memadai jika anda tukar rona cat pada dinding kediaman.
Untuk memberi kelainan di dalam dekorasi kediaman, IMPIANA nak cadangkan anda menggunakan Nippon Paint Momento® Special Effect Paint. Ia bukan sekadar cat, kesan khasnya yang pelbagai memberi tekstur pada dinding yang polos. Oleh itu, ia memberi peluang kepada anda untuk memberi ekspresi mengikut kreativiti. Tidak perlu dibuat pada semua dinding, Cukup pada bahagian-bahagian yang anda ditonjolkan.
Terdapat 5 koleksi Nippon Paint Momento® Special Effect Paint dengan pelbagai virasi rona antaranya Texture Series, Enhancer Series, Designer Series dan Metallic Series. Setiap koleksi memberi impak dan keunikkannya yang tersendiri. Suaipadan dan Teknik yang digunakan menentukan hasil kepada textur dan kesan visual yang terhasil.
Nippon Paint Momento® : Textured Series – Sparkle Silver
Nippon Paint Momento®: Textured Series – Elegant Gold
Ads
Nippon Paint Momento®: Enhancer Series – Cloud Pearl
Nippon Paint Momento®: Enhancer Series – Pearl Frost
Teringin tanam sayur tapi duduk di kediaman yang punya laman kecil atau duduk di rumah jenis apartment mahupun kondominium. Ruang tak banyak untuk bercucuk tanam.
Jika nak teruskan hobi ini boleh saja, ikut cara tanam sayur ini. Guna cawan plastik saja. Kalau pandai atur banyak sayur boleh ditanam.
Nak cuba tanam? Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ridh Art Lim.
Tanam sayur dalam cawan plastik
1.Sediakan 2 jenis cawan plastik, satu bersaiz besar dan satu lagi bersaiz kecil.
2. Tebuk lubang pada penutup cawan besar agar cawan kecil boleh masuk separuh.
3. Masukkan air yg telah dicampur dengan sesudu teh Ajinomoto (sukatan 1 sudu teh Ajinomoto bersama satu liter air.
4. Dalam cawan kecil buat lubang dan masukkan tanah berbaja dicampur cocopeat. Semai anak pokok di dalam cawan kecil.
5. Sebaik-baiknya spray atau cat cawan besar dengan warna hitam agar tidak ditembusi cahaya mentari supaya tak berlumut.
6. Seeloknya apabila akar dah keluar, kurangkan air dalam cawan besar.
Boleh tanam macam-macam sayur kangkung, baby kailan, sawi, salad dan sebagainya. Untuk pokok cili dan terung kena sediakan bekas besar.
Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura Jenis Kediaman: Rumah kampung Konsep Dapur: Industrial Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cementrender kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Ada di kalangan anda yang mengemarkan aksesori dekorasi yang diperbuat daripada kayuan semulajadi rotan seperti ini? Tidak dinafikan, dekorasi ruang dalaman rumah akan tampak lebih menarik jika aksesori yang diperbuat daripada rotan ini dijadikan sebagai pilihan.
Aksesori yang diperbuat daripada rotan ini bukan sahaja boleh membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah tampak lebih menarik, malah ia juga membolehkan kelihatan begitu klasik serta unik.
Jadi, mari IMPIANA kongsikan 5 aksesori dekorasi menarik yang diperbuat daripada kayu rotan boleh dijadikan sebagai pilihan dan pelengkap dekorasi ruang dalaman rumah anda.
1.KARPET
Jika anda mahukan sesuatu yang menarik dan lain daripada yang lain, apa kata menggunakan karpet yang dihasilkan daripada rotan seperti ini. Bukan itu sahaja, ia juga amat sesuai bagi anda yang inginkan konsep dekorasi ruang dalaman yang tampak estetik.
Bagi anda mahu mendapatkan karpet yang sama seperti ini, boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang www.boomingplus.com atau menerusi aplikasi Shopee.
2.LAMPU LANTAI
Tidak lengkap rasanya dekorasi ruang dalaman rumah tanpa kehadiran lampu hiasan yang menarik. Bagi anda yang mahukan sesuatu yang unik dan berbeza dari yang lain, anda disarankan untuk menggunakan lampu lantai yang diperbuat daripada rotan ini sebagai pilihan aksesori hiasan rumah anda.
Jika anda mahu mendapatkan lampu lantai yang sama seperti ini, boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang www.boomingplus.com atau menerusi aplikasi Shopee.
3.PARTITION DIVIDER
‘Partition Divider’ yang diperbuat kayu rotan ini juga boleh dikatakan ia sebagai salah satu aksesori dekorasi yang menarik dan boleh dijadikan sebagai pilihan. Didatangkan dengan kombinasi warna asli dan hitam membuatkan aksesori dekorasi ini tampak lebih elegan dan mewah. Jadi, ia amat sesuai bagi anda yang gemarkan dekorasi dalaman rumah yang dipadankan dengan eleman moden dan klasik.
Jika anda mahu mendapatkan lampu lantai yang sama seperti ini, boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang www.boomingplus.com atau menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Instagram Boomingplus
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.