Warna memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja memberi kesan visual terhadap sesuatu pemandangan, malah ia turut mempengaruhi kesan psikologi dan kesihatan seseorang. Oleh itu, bagi anda yang ingin kan aura segar di dalam kediaman, memadai jika anda tukar rona cat pada dinding kediaman.
Untuk memberi kelainan di dalam dekorasi kediaman, IMPIANA nak cadangkan anda menggunakan Nippon Paint Momento® Special Effect Paint. Ia bukan sekadar cat, kesan khasnya yang pelbagai memberi tekstur pada dinding yang polos. Oleh itu, ia memberi peluang kepada anda untuk memberi ekspresi mengikut kreativiti. Tidak perlu dibuat pada semua dinding, Cukup pada bahagian-bahagian yang anda ditonjolkan.
Terdapat 5 koleksi Nippon Paint Momento® Special Effect Paint dengan pelbagai virasi rona antaranya Texture Series, Enhancer Series, Designer Series dan Metallic Series. Setiap koleksi memberi impak dan keunikkannya yang tersendiri. Suaipadan dan Teknik yang digunakan menentukan hasil kepada textur dan kesan visual yang terhasil.
Nippon Paint Momento® : Textured Series – Sparkle Silver
Nippon Paint Momento®: Textured Series – Elegant Gold
Nippon Paint Momento®: Enhancer Series – Cloud Pearl
IKLAN
Nippon Paint Momento®: Enhancer Series – Pearl Frost
Tanaman hiasan di kediaman, sama ada yang hidup mahupun yang artifisial berupaya untuk menaikkan mood di sesebuah ruang. Dengan kehadiran rona hijau di satu sudut, ia serta merta dapat menjadikan kediaman anda kelihatan segar dan nyaman.
Selain jenis tanaman yang sesuai, pasu yang digunakan juga perlulah menarik dan cantik agar sudut tampil lebih sempurna. Jadi buat anda yang gemar mengumpul tanaman hiasan di rumah, boleh jadikan idea DIY dari Suhaila Shaari ini sebagai panduan.
Bekas tanaman yang pada mulanya nampak hambar, bertukar menjadi lebih rustik dan menarik hanya dengan beberapa langkah ini. Mari kit asemah bersama!
ALATAN YANG DIPERLUKAN;
1. Tali
2. Pasu/ Bekas plastik
3. Paip PVC atau kayu
4. Gam kuat
5. Gergaji kecil (untuk potong paip PVC)
LANGKAH-LANGKAHNYA;
Ini rope tie dari Mr. DIY saya beli dengan harga RM2.10 sepeket. Saya beli 11 peket.
2. Pasu plastik dari kedai ECO.Tak kisah beli pasu jenis macam mana pun, ikut citarasa masing-masing.
3. Paip PVC ni dari kedai eco juga. Untuk buat bahagian kaki. Tapi sebenarnya lagi senang jika guna kayu silinder. Lebih kukuh. Ada dijual dekat hardware, murah je.
4. Gam kuat ni juga dibeli dari Mr.DIY
5. Bila dah cukup semua peralatan, boleh la mula melilit tali pada pasu. Letak gam pada pasu tu dahulu
6. Siap lilit tali pada pasu
7. Kemudian potong paip PVC ikut ketinggian yang sesuai
8. Lilit tali pada paip yang sudah dipotong tadi
9. Setelah selesai melilit, gam kan kaki pada tapak pasu. Pastikan gam kering dan stabil sebelum digunakan.
Kalau tebuk atau drill dinding walau hanya satu lubang, dia punya habuk memang bersepah satu rumah. Nak bersihkan kan pun leceh dan tak mudah. Tapi, Hong Guan ada trik mudah untuk memastikan habuk drill tidak bersepah.
Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yg nak tebuk utk kumpul pasir yg keluar masa drill. Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa2 je yg boleh kumpul pasir.
Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah. Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill utk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale.Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah:
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
ARTIKEL BERKAITAN
Nak Beli Rumah Sub-Sale, Ini Langkah-Langkah Yang Anda Perlu Tahu