Rumah dah cantik di hias, tapi masih rasa tak selesa. Tambahan, Tempoh lama bertapa di rumah ni lagi lah rasa tak tenang hidup. Ada sahaja tak kena. Kenapa perlu ada rasa sifat negatif itu untuk kediaman sendiri. Kan “rumah ku syurga ku”.
Sebeanrnya tanpa kita sedari, ianya disebabkan oleh faktor kewujudannya aura negatif di dalam kediaman. Aura negatif ini bukan sahaja berdasarkan gangguan makhluk yang tak terkesan dengan mata kasar, edaran atau sirkulasi udara dalam kediaman yang tak bersilih ganti pun mengundang aura negatif tersebut.
Koleksi Tazkirah Ustaz turut berkongsi cara menyingkirkan aura negatif di dalam kediaman di dalam Facebooknya.
Hari tu ada terbaca share pasai buang energi negatif & gangguan jin dalam kediaman/ pejabat/kedai. Dah tu try la buat. Letak garam kasar + cuka dalam gelas jernih disertakan baca surah yang di share. Letak dan dibiar terdedah
Letak dekat bahagian yang selalu guna. Saya letak dekat 3 ruang iaitu Bilik tidur utama, ruang menonton dan dapur. Dibiarkan selama 24 jam dan Lepas tu kena basuh & salin baru (buat sampai garam tu tak naik atas dah)
Dalam bilik utama, letak atas almari. Malam yang buat tu, dengar bunyi punya kuat. Nasib baik suami ada. Tidak, mau lari tidur luar. Bunyi macam batu dibaling dalam air. dan berkocak. Lama juga la denga. lepas tu, terlena bergitu sahaja dalam ketakutan.
Bahan-bahan:
Garam, cuka & gelas putih.
Baca :
– Al Fatihah 7x
– Al Ikhlas 1x
– Al Falaq 1x
– Al Kafirun 1x
– An nas 1x
– Ayatul Kursi 3x
– Surah Yasin Ayat 9 6x
kemudian hembus dalam bahan tadi. Niat niat untuk usir benda negatif dan biar 24 jam
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Anggun sebalik Ruang Mushola Bawal Exclusive
Kini, sudah menjadi satu kemestian dalam kediaman memiliki ruang solat yang sempurna. Mushola di dalam rumah dapat menjadi salah satu indikator sebuah rumah dapat dikatakan Islami. Ia bukan merupakan syarat mutlak, maka tidak semua masyarakat muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya. Untuk itu penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apa saja faktor yang mempengaruhi seorang muslim menyediakan mushola di dalam rumahnya.
IMPIANA ingin kongsikan ciri ruang solat yang mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada anda yang mengidamkan ruang solat. Ruang solat atau surau mini ini berada di dalam butik mewah Bawal Exclusive, jika ada yang menjejakkan kaki ke butik Bawal Exclusive ini apa kata singgah untuk solat di ruang yang cukup selesa dan secara tidak langsung anda akan berasa berada di salah satu masjid di Kota Mekah.
Setiap perincian dan sentuhan yang diberikan oleh Pengarah Design Seni Bina Dalaman dari Aqi Studio Sdn Bhd, Muhamad Baihaqi Abdul Rashid, cukup mencuri perhatian ramai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Throw Cushion Ubah Rupa Ruang Tamu, Tak Perlu Pun Tukar Sofa Baru
Throw cushion ubah rupa ruang tamu, tak perlu pun tukar sofa baru. Ruang tamu merangkap ruang keluarga boleh dianggap sebagai pusat aktiviti di sesebuah kediaman. Di ruangan ini, penghuni rumah berkumpul bersama keluarga atau hanya duduk berehat dan bersantai selain ruang untuk menerima tetamu.
Kewujudan ruang tamu yang selesa pada umumnya dicirikan dengan kehadiran sofa sebagai salah satu perabot utama. Susunan sofa tidak kurang pentingnya daripada susunan perabot di ruangan lain di rumah. Susun atur sofa di ruang tamu serta elemen hiasan adalah kunci utama keindahan dekorasi hiasan ruang tamu.
Anda tidak perlu bersusah payah menukar sofa untuk mendapatkan penampilan ruang tamu yang lebih menarik. Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui susunan dan pilihan kusyen atau dikenali juga sebagai throw cushion.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen ‘tabur’ ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. Anda boleh mencampurkan dan memadankan warna, bentuk, motif dan elemen kusyen pada ruang tamu.
KOMBINASI WARNA
Menggabungkan warna sofa dan kusyen kerusi adalah helah paling mudah untuk paparan sofa yang lebih menarik. Jika anda mempunyai sofa gelap, anda boleh memadankannya dengan kusyen bercorak berwarna terang. Sebaliknya, jika sofa berwarna terang, anda boleh mengimbanginya dengan kusyen berwarna lebih gelap.
GABUNGAN BENTUK
Bentuk kusyen tidak terhad kepada bentuk empat segi seperti bantal pada umumnya. Oleh itu, anda boleh menggabungkan beberapa bentuk kusyen pada sofa untuk penampilan yang menarik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kusyen bulat untuk memaniskan susunan kusyen segi empat di sekelilingnya. Bukan sahaja bentuk, anda juga boleh menggabungkan pelbagai saiz kusyen dan menyusunnya mengikut susunan magnitud di atas sofa.
AKSEN TIPOGRAFI (TYPOGRAPHY)
Sebagai pemanis untuk sofa, kusyen dengan aksen motif tipografi boleh dijadikan pilihan. Sofa polos akan kelihatan lebih menarik dan tidak kaku dengan tambahan kusyen bercorak seperti ini. Selain daripada tipografi, anda juga boleh memberikan aksen dalam bentuk motif geometri yang agak mudah dipadankan dengan mana-mana jenis sofa.
KOMBINASI THROW CUSHION BERCORAK GARIS/JALUR
Throw cushion dengan motif garis atau jalur Baling atau kain hiasan untuk sofa adalah sama penting untuk dicampur dan dipadankaboleh dijadikan elemen hiasan untuk sofa polos. Padankan dengan warna sofa. Dengan cara itu anda boleh lebih bebas memilih motif dan warna kusyen.
SENADA DENGAN TABLE RUNNER
Table runner atau alas meja juga boleh menjadi padanan untuk susunan kusyen yang menarik. Warna padanan antara kusyen dan table runner menjadikan ruang tamu kelihatan lebih bersatu. Beberapa kedai perabot dan hiasan rumah turut menjual sarung kusyen dan set table runner dalam cetakan dan warna yang sepadan.
SERASIKAN DENGAN HIASAN DINDING
Selain daripada table runner, hiasan dinding seperti lukisan juga boleh menjadi padanan yang baik untuk pilihan kusyen. Melalui padanan warna atau motif yang serupa antara kusyen dan hiasan dinding, penampilan sofa akan lebih menarik dan sedap mata memandang.
Berikut dikongsikan juga tip bagaimana memanjangkan hayat throw cushion ini agar sentiasa kelihatan baru.
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hati-Hati, 5 Tumbuhan Hiasan Ini Mungkin Punca Anak Anda Keracunan!
Kanak-kanak dan sifat ingin tahu yang tinggi memang tidak dapat dipisahkan. Tetapi awas! Tanpa pengawasan yang rapi, mereka mungkin terdedah pada bahaya yang kita sendiri tidak sedar.
Siapa yang sangka, kadang-kala laman rumah juga boleh menjadi ‘medan ancaman’ untuk kanak-kanak jika mereka dibiarkan sendiri. Bahaya yang paling dekat termasuklah tumbuh-tumbuhan yang ditanam di sekitar kawasan tersebut. Ibu bapa mungkin mengandaikan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi tanaman hiasan tidak membawa kemudaratan kepada anak-anak.
Tetapi sejauh mana pengetahuan ibu bapa mengenai pokok yang ‘berbisa’ dan berisiko besar membahayakan si manja anda?
Berikut adalah beberapa senarai tumbuh-tumbuhan yang perlu ibu bapa kenal pasti;
- Caladium bicolor
- Tumbuhan ini memiliki daun yang berbentuk oval seperti kepala anak panah (arrowhead). Pokok ini juga terdapat pelbagai kacukan yang menghasilkan variasi bentuk dan rona daun.
- Kandungan racun yang terdapat di dalam Caladium bicolor dikenali sebagai Calcium oxalate crystals dan asparagine, iaitu protein yang ditemui di dalam tumbuhan ini.
- Sememangnya kesemua bahagian tumbuhan ini beracun apabila termakan dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya kanak-kanak didapati termakan bahagian tumbuhan ini, ia akan menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak.
- Lain-lain simptom yang mungkin boleh berlanjutan apabila termakan pokok ini ialah, diarea, nausea, mulut dan lidah menggelembung, mata akan kemerah-merahan, sakit serta terasa panas. Kesan seterusnya adalah muntah-muntah.
- Jika perkara ini berlaku, segera lap mulut si manja dengan kain bersih yang telah dibasahkan dengan air yang sejuk. Beri si manja susu untuk diminum. Hubungi pakar atau hantarkan anak anda ke unit rawatan.
- Zamioculcas zamiifolia
- Tumbuhan ini turut dikenali dengan beberapa jolokan lain seperti Zanzibar gem, Money plant, succulent philodendron, Chinese New Year festive plant dan arum fern. Ia tergolong di dalam keluarga Araceae.
- Ia membentuk gugusan daun yang tebal, batang berkilat yang ada kalanya kelihatan seolah-olah tumbuhan artificial.
- Pokok ini juga mampu bertoleransi pada musim kemarau serta boleh menerima kuantiti cahaya yang rendah di dalam rumah.
- Namun, keseluruhan bahagian pokok ini juga mengandungi racun. Sebaik-baiknya jauhkan ia dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
- Sekiranya anda perlu menguruskan tumbuhan ini, gunakan sarung tangan berkebun dan cuci sebersih-bersihnya.
- Nerium oleander
- Pokok ini mempunyai gugusan bunga yang berlingkar. Ia membesar sebagai pokok yang rendah di kawasan terbuka yang menimbulkan suasana menarik dan menjadi tumpuan.
- Secantik-cantik pokok ini, ia mempunyai kandungan racun yang tinggi dan sangat merbahaya untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
- Bagi orang dewasa sekalipun, ketika melakukan proses memangkas, pastikan pemakaian sarung tangan berkebun dipraktikkan.
- Basuh tangan sebaik-baiknya untuk mengelakkan dari termakan sap (getah pokok). Jika termakan, ia boleh meragut nyawa.
- Anthurium spp
- Anthurium spp kelihatan indah dipandang. Namun, merujuk kepada penulisan Springer pada tahun 2007 di dalam ‘Handbook of poisonous and Injurious plants’, kanak-kanak di bawah umur enam tahun terutamanya selalu terdedah kepada racun dari tumbuhan ini. Kajian mendapati terdapat sebanyak 85% panggilan diterima oleh unit kecemasan dan trauma.
- Pokok ini mengandungi calcium oxalate yang merbahaya untuk manusia dan haiwan.
- Jika kanak-kanak termakan dalam kuantiti yang sedikit, ia tidaklah begitu mengancam kerana racun tumbuhan ini dikategorikan sebagai sederhana. Pun begitu, jika dimakan dalam jumlah yang tinggi, ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius serta kematian.
- Bahagian yang racun adalah jus atau getahnya yang terkandung oxalate crystals. Kandungan ini menyerupai jarum kristal yang tajam yang boleh merengsa kulit, mulut, lidah, tekak dan membuatkan si pemakan akan membengkak, sukar bernafas, sakit melecur dan perut meragam.
- Dieffenbachia
- Penduduk Amazon menggunakan jus dari tumbuhan ini untuk disapukan pada anak panah pemburuan mereka.
- Kandungan toksin yang terhasil dari pokok ini ialah kerana ia memiliki calcium oxalate pokok yang sederhana.
- Sama seperti pokok Anthurium spp dan Caladium bicolor, ia akan memberikan beberapa kesan sampingan jika kanak-kanak termakan tumbuhan ini.
- Kesan tersebut adalah seperti memusnahkan buah pinggang, kemunculan arteries dan gastrik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI