
Tahu tak, anda boleh menukar warna bunga hydrangea? Hydrangea atau nama tempatannya lebih dikenali dengan nama Bunga Siti Zubaidah mempunyai jambangan bunga pelbagai warna dan saiz. Namun, Jenis yang sesuai untuk ditanam pada iklim tropika Malaysia adalah dari Hydrangea macrophylla
Pernah taka nda tertanya-tanya, kenapa bunga yang dihasilkan tidak sekata? ada yang biru, pink dan unggu walupun dari induk yang sama. Warna bunga hydrangea ditentukan oleh pH tanah dan paling menarik, anda boleh kawal rona bunga yang dihasilkan.
Bunga yang berwarna biru mudah di ubah ke warna pink. Namun sedikit sukar untuk bunga yang berwarna pink menjadi biru. Warna bunga boleh dikawal apabila pokok telah mencapai tempoh matang 2 tahun.
Antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1. Periksa pH tanah anda
2. Untuk mendapatkan bunga berwarna biru, kadar pH perlu direndahkan dengan menambah sulfur atau tanah gambut pada permukaan tanah.
3. Untuk mendapatkan bunga yang berwarna pink, letakkan kapur pertanian pada permukaan tanah.
Tip: AWAS! pH di atas 7.5 akan mengakibatkan pertumbuhan tidak sesuai kepada tanaman dan boleh membunuh pokok hydrangea
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Suami Meninggal Dan Isteri Tahu Nombor Pin ATM Arwah, Adakah Balu Dibenarkan Untuk Keluarkan Duit Dan Guna?

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan, ada segelintir pasangan suami isteri yang berkongsi kata laluan atau kod nombor PIN ATM akaun bank masing-masing antara satu sama lain setelah sekian lama mendirikan rumah tangga bersama.
Mungkin dilihat jarang-jarang terjadi di sekeliling rakan-rakan atau keluarga terdekat anda, namun situasi sedemikian sememangnya berlaku di sekeliling masyarakat kita.
Bagi anda yang sudah berkahwin dan baru sahaja selepas kematian suami, mungkin situasi seperti ini sangat berkait rapat dengan diri anda khususnya bagi mereka yang sememangnya mengetahui kod nombor PIN ATM akaun bank kepunyaan arwah suami.
Maka, perkara ini sudah semestinya menjadi persoalan kepada balu adakah mereka dibenarkan untuk mengeluarkan duit arwah suami dan digunakan oleh si isteri?
Foto sumber: Sabah Post
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman media sosial Twitter, ada memberikan penerangan berhubung perkara tersebut kepada orang ramai.
“Suami saya meninggal dunia..Saya tahu no pin ATM arwah.. Boleh ke saya nak keluarkan sikit duit dari akaun suami saya? Untuk kes macam ni dibenarkan atau tidak?,” tulisnya.
Jelas pemilik akaun yang bernama Zaidi Nordin ini, ada beberapa perkara yang perlu untuk para isteri tahu khususnya bab pengurusan dan pembahagian harta selepas kematian suami.
Antara beberapa perkara yang para isteri perlu tahu adalah seperti berikut;
1) Wang simpanan dalam akaun melebihi RM10,000.
Jika LEBIH daripada nilai RM 10,000, perintah atau surat daripada pihak berauthoriti diperlukan. Perintah atau surat ini dinamakan “Surat Kuasa”. Ingat, jangan sesekali keluarkan duit si mati melalui ATM atau ‘online transfer’. Semua ni akan direkodkan.
Berbalik kepada situasi pertama ni, waris kena pergi ke setiap bank (kalau boleh) untuk double confirm arwah ada tak memiliki akaun bank kat situ.
Lepas tu waris kena pergi ke Pejabat Tanah untuk minta surat kuasa untuk keluarkan duit dari akaun arwah. Tapi pejabat tanah akan ambil masa beberapa bulan utk proses.
Lepas surat kuasa dikeluarkan, waris kena datang collect balik di pejabat tanah & submit dekat bank tersebut. Bank akan proses dan barulah duit arwah akan direleasekan ke Amanah Raya.
Amanah Raya akan buat pengiraan dan kenal pasti semua hutang2 si mati termasuk tunggakan cukai LHDN (Jika Ada).
Jika sudah selesai atau tiada tunggakkan cukai LHDN, dan hutang-hutang arwah lain seperti loan kereta, loan rumah, kad kredit, personal loan & sebagainya. Barulah lebihan dari wang tersebut akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid.
2) Wang simpanan dalam akaun kurang RM10,000.
Ada segelintir pasangan keluarkan sebahagian duit sebelum akaun si mati dibekukan sama spt soalan di awal thread. Untuk kes begini, kalau waris si mati yang lain (yang layak dapat bahagian faraid) tahu pasal ni, mereka ada hak untuk tuntut bahagian dorang dalam jumlah duit yang dah dikeluarkan tadi.
Kita kena faham, jika ada salah satu dari harta kita yang difaraid telah terguna pakai sebelum perbicaraan & ada tuntutan dari waris faraid lain,selagi itulah harta tersebut & harta2 arwah yang lain akan dibekukan..Masalah pembahagian harta mengikut faraid takkan selesai.
Pasal bergaduh bab harta ni orang dah tau kan… tapi sekarang ni kalau tak gaduh pon nak cairkan harta ni pun lama… antara sebab:
- Andaikan ada 10 waris bekerja kena ambil cuti untuk ke pejabat berkaitan utk settlekan harta pusaka. Berapa hari je yg semua waris sanggup ambil cuti setiap tahun? Perbicaraan tetap akan berjalan sehingga semua waris hadir & tiada perbalahan pendapat mengenai portion faraid.
- Tukar nama kene bayar stamp duty. Waris takde duit nak bayar stamp duty. Stamp duty tak murah.. bergantung pada harga asset.
- Waris dah ada kerja dan asset sendiri jadi asset harta pusaka tu dibiarkan sahaja – walhal benda ni kalau taknak pon boleh la jual dan manfaatkan org lain. Atau duit penjualan boleh disedekahkan atas nama si mati.
Solusinya dengan mengambil pelan hibah yang ada manfaat wang pengurusan harta pusaka
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Mengapa Golongan Umur Lebih 25 Tahun Tidak Digalakkan Membuat Pinjaman Rumah Untuk Tempoh 30 Tahun?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Tuang Atau Cuci Asid Dalam Sinki, Mudah Berkarat

Isi Kandungan
TogglePencuci asid yang digunakan kontraktor untuk membersihkan jubin selepas selesai kerja bukan lah kawan baik kepada permukaan keluli terutamanya stainless steel. Ia akan merosakakn permukaan pelindung yang menyebabkan stainless steel kelihatan berkilat dan tdaik berkarat. Sebab itu, jika terdapat kotoran degil dalam sinki, menggunakan pencuci asid bukan lah penyelesaian terbaik. Asid bertindak balas dengan permukaan stainless steel dan akan menyebabkan permukaan tersebut seakan berkarat.
Ada juga yang menggunakan asid untuk menyelesaikan masalah sinki tersubat. Tapi, akibat asid tersekat dalam saliran, ia kan menolak keluar ke dalam sinki smeula apabila air diisi
APA PENYELESAIAN TERBAIK?
1. Boleh cuba guna stainless steel cleaner
Nak mudah, beli online je pencuci stainless steel ni hanya RM 29 di sini https://invol.co/clyol0
2. cuci dengan autosol
ELAK KONTRAKTOR CUCI ATAU BUANG AIR DALAM SINKI
Perhatikan tukang pasang jubin. Biasa, mereka nak jalan mudah, cuci mop atau buang air berisi asid yang digunakan untuk cuci jubin dalam sinki. Kalau hal ini terjadi, minta kontraktor untuk bertanggungjawab
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Langsir Eyelet Guna Kain Jersey RM 2.50, Jimat Dan Cantik

DIY Langsir Eyelet Guna Kain Jersey RM 2.50, Jimat Dan Cantik. Tahun ni raya lebih meriah selepas 2 tahun kita berada dalam tempoh pandemik. Peralihan negara ke endemik membolehkan lebih banyak industri di buka dan dari beratus-ratus SOP bagi setiap bidang, sekarang hanya tinggal 1 je. Ini bermakna, kita boleh pulang ke kampung dan menjemput ahli keluarga dan sahabat handai untuk beraya ke rumah.
Apa lagi, ayuh kita bersiap. Sudah pasti, elemen penting selepas 2 tahun tidak ditukar adalah langsir. Apa kata nak jimat berganda, anda DIY sendiri je langsir eye lete. Tak susah pun. Nurul Shahida tunjuk caranya.
Baca juga: Zip Sarung Kusyen Rosak, Ini yang Anda Perlu Lakukan
Kain jenis jersey (RM2.50 semeter beli dekat kedai langsir. Saya beli sekayu ada 67 meter = RM167)
Ring (beli di Shopee (RM30/100 pcs )
Boleh beli ring eyelet tu dekat shopee je. Link ni https://invol.co/cla5gsf
Cara pasang ring
1. Selepas jahit tape pada langsir, buat ukuran untuk pastikan kedudukan ring sama antara satu sama lain.
Ukuran saya 60 inci jadi boleh dapat 10 ring. 60 ÷ 10 = 6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.
2. Selepas itu buat ukuran ring, bulatkan ring ikut dari bahagian dalam. Kemudian gunting bulatan.
3. Dah siap ada bulatan, pasang ring. Letak atas bawah lepas tu tekan saja. Senang kan.
Jarak hujung kiri dan kanan langsing pula 6 ÷ 2 = 3 inci. Jadi jarak antara kiri kanan hujung tu 3 inci. Dah siap langsir eyelet.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI