Tahu tak, anda boleh menukar warna bunga hydrangea? Hydrangea atau nama tempatannya lebih dikenali dengan nama Bunga Siti Zubaidah mempunyai jambangan bunga pelbagai warna dan saiz. Namun, Jenis yang sesuai untuk ditanam pada iklim tropika Malaysia adalah dari Hydrangea macrophylla
Pernah taka nda tertanya-tanya, kenapa bunga yang dihasilkan tidak sekata? ada yang biru, pink dan unggu walupun dari induk yang sama. Warna bunga hydrangea ditentukan oleh pH tanah dan paling menarik, anda boleh kawal rona bunga yang dihasilkan.
Bunga yang berwarna biru mudah di ubah ke warna pink. Namun sedikit sukar untuk bunga yang berwarna pink menjadi biru. Warna bunga boleh dikawal apabila pokok telah mencapai tempoh matang 2 tahun.
Antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1. Periksa pH tanah anda
2. Untuk mendapatkan bunga berwarna biru, kadar pH perlu direndahkan dengan menambah sulfur atau tanah gambut pada permukaan tanah.
3. Untuk mendapatkan bunga yang berwarna pink, letakkan kapur pertanian pada permukaan tanah.
Tip: AWAS! pH di atas 7.5 akan mengakibatkan pertumbuhan tidak sesuai kepada tanaman dan boleh membunuh pokok hydrangea
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Genap Sedekad Bersama Rakyat Malaysia, Foodpanda Tetap Optimis Dengan Cabaran Yang Mendatang
Aplikasi foodpanda Malaysia kini telah meraikan satu lagi kejayaan apabila sudah genap menjangkau 10 tahun beroperasi di pasaran seluruh negara pada tanggal 12 Ogos yang lalu.
Setelah sedekad berlalu, kewujudan aplikasi foodpanda ini nyata telah memberi satu impak positif yang besar serta kegembiraan seluruh rakyat Malaysia.
Mengulas mengenai kejayaan ini, selaku Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das berkata dia amat berbangga dan berbesar hati dengan pencapaian ini.
“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kami adalah platform hasil usaha oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Maka saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini.
“Pencapaian yang luar biasa ini pastinya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan, rakan penghantaran dan vendor,” katanya.
Foto sumber Berita Harian Online
Tambahnya lagi, foodpanda akan tetap kekal optimis untuk memberikan yang terbaik kepada para penghantar, peniaga dan pelanggan setianya di masa akan datang.
“Tidak dapat dinafikan industri in telah berkembang dengan pesat sejak 10 tahun lalu dan akan terus maju ke hadapan. Kami telah membina teknologi sendiri selama bertahun-tahun untuk mencipta peralatan dengan menyediakan platform yang inklusif untuk para penghantar, peniaga dan pelanggan.
“Maka, kami akan terus memainkan peranan penting dalam ruangan q-dagang, mengukuhkan perniagaan tradisional dan berusaha ke arah meningkatkan kemahiran rakan penghantaran.
“Selain itu, kami juga akan tetap optimis dengan pelbagai peluang dan cabaran yang akan datang dan menantikan 10 tahun yang akan datang,” katanya lagi.
Untuk meraikan majlis ini, foodpanda Malaysia telah menganjurkan makan malam di ibu pejabatnya sebagai penghargaan dan berterima kasih kepada semua rakan kongsi di atas sokongan berterusan mereka selama ini.
Selain itu, foodpanda Malaysia juga telah menganjurkan karnival panda paradise bermula 12 hingga 14 Ogos lalu yang berlangsung di tempat letak kereta terbuka Sunway City, Kuala Lumpur.
Sekadar informasi, foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah.
Dengan kecanggihan teknologi inovasi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart yang menyediakan perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian.
Kini, foodpanda sudah beroperasi lebih daripada 300 bandar dalam 11 pasaran di Asia Pasifik antaranya Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar.
foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Siram Pokok Salah Punca Pokok Mati Dan Tidak Subur
Teknik penyiraman yang betul
- Lakukan penyiraman pada awal pagi
Siraman pada awal pagi dapat memberi keperluan air yang cukup untuk tumbuhan yang akan digunakan dalam proses fotosintesis. Selain itu juga ia berupaya membantu mengurangkan kadar hidrasi kerana akar pokok telah menyerap keperluan air.
2. Siram terus ke permukaan tanah
Ramai antara peminat taman akan melakukan penyiraman secara terus ke atas daun walhal yang memerlukan air adalah akarnya. Tumbuhan yang mempunyai daun berbulu akan mudah melecur jika penyiraman dilakukan terus pada permukaannya seperti Begonia spp. Apabila air bertakung pada permukaan daun, ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria, kulat dan mildew pada kawasan yang bertakung air. Jangan berharap sepenuhnya pada air hujan
Walaupun hujan turun dan telah membasahi tumbuhan, lakukan pemeriksaan untuk memastikan keseluruhan tanah atau medium di dalam pasu lembap. Kadang kala, hujan yang mencurah tidak dapat menembusi permukaan tanah terutamanya untuk tumbuhan yang mempunyai silara yang padat.
3. Jangan biarkan tanah kering sepenuhnya
Ada kalanya tanah yang tidak kerap digembur akan mula mengeras hingga menyebabkan air tidak dapat menyerap. Hal ini akan berlaku sekiranya tanah di dalam pasu di biarkan kering sepenuhnya dalam tempoh yang lama. Melakukan penyiraman segera dapat menghalang perkara tersebut dari terus berlaku.
4. Guna sungkupan untuk mengekalkan kelembapan
Untuk mengekalkan kelembapan pada tanah, gunakan sungkupan seperti hampas kayu, sabut kelapa dan bahan lain yang bersesuaian. Di samping itu juga, ia membantu mengurangkan kadar pertumbuhan rumpai. Malah permukaan pasu yang ditutupi sungkupan juga kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tip penyiraman untuk tumbuhan berpasu apabila anda pergi bercuti
- Bagi tumbuhan daripada jenis Kaktus dan Sukulen boleh hidup berbulan-bulan tanpa perlu disiram. Letakkan tumbuhan anda di bawah teduhan dan lakukan penyiraman sebelum keluar untuk bercuti.
- Sediakan miniature greenhouse. Cucuk 4 batang kayu pemancang di sekeliling pokok, serkup plastik beg hingga menutupi mulut pasu. Pastikan plastik tidak bersentuh pada pokok. Ikat mulut plastik pada pasu dengan menggunakan getah dan pastikan ia ketat.
- Letakkan satu lapisan batu atau pebbles sekurang-kurangnya setengah inci di dalam bekas loyang atau dulang. Isi air di dalam dulang tersebut sama paras dengan batu yang telah diletakkan. Susun pasu di dalam dulang tersebut.
- Basahkan keseluruhan tuala atau kain guni sepenuhnya. Lipat tuala tersebut mengikut saiz keperluan dan susun pasu di atas tuala tersebut
- Untuk tumbuhan yang lebih besar, letakkan beberapa lapisan kertas surat khabar yang telah direndam di atas permukaan tanah. Lebih besar pokok, lebih banyak kertas diperlukan.
- Pasang sistem pengairan pokok automatik. Sediakan balang yang dipenuhi air dan diletakkan secara bersebelahan dengan pasu. Gunakan selembar nylon cord sebagai penyambung dari bekas berisi air ke dalam pasu. Pastikan nylon cord yang digunakan terbenam ke dalam tanah di dalam pasu sekurang-kurangnya 3 inci.
- Sebelum anda keluar bercuti, lakukan penanaman semula tumbuhan di dalam pasu. Letakkan lapisan lampin pakai buang di bahagian bawah pasu sebelum diletakkan tanah. Ia membantu untuk mengekalkan kelembapan tanah di alam pasu.
Artikel Seterusnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dapur Basah VS Dapur Kering. Yang Manakah Pujaan Hati?
Dekat rumah pun ada dapur basah dan dapur kering ke? Ya betul tu. Di dapur rumah kita, ada bahagian dapur yang basah dan juga kering ya. Tapi apa bezanya dapur basah dan dapur kering? Mari sini saya jelaskan.
DAPUR BASAH
Kebiasaannya, kawasan atau waktu sebegini, di dapur ia dipanggil dapur basah kerana, kita sedang dalam pre-cooking atau erti kata lain, sesi sebelum ingin memasak. Ia di mana, persiapan-persiapan yang perlu dilakukan, seperti, menyiang ikan, membasuh ayam, mencuci segala sayur-sayuran dan lain-lain. Menggoreng makanan yang mengeluarkan bau yang kuat juga dikategorikan dalam dapur basah. Aktiviti-aktiviti di dapur basah semua ini pasti akan berkecah dan berlecak punya sebab banyak menggunakan air. Tambahan lain, sinki, mesin basuh, pinggan/mangkuk, ketuhar dan dapur gas, juga boleh dikategorikan dalam dapur basah kerana kerjanya lebih banyak tenaga kerja iaitu membersih dan mengemas.
Baik, itu adalah apa dimaksudkan dengan dapur basah. Sekarang, kita pergi kepada apa itu dapur kering.
DAPUR KERING
Jika kita bandingkan dapur basah dan kering, ia sangat jauh perbezaanya kerana dapur kering lebih kepada penyediaan makanan yang senang untuk disediakan. Sebagai contoh, aktiviti dapur kering ini macam membuat roti bakar, memotong sayur/buah-buahan, dan juga memanaskan makanan dalam ketuhar. Peralatan yang ada dalam kategori dapur kering pun seperti peti sejuk, pembancuh kopi, dan ketuhar gelombang mikro.
Jadi, sekarang ini, anda sudah tahu kedua-dua beza dapur kering dan dapur basah. Persoalannya, yang mana anda lebih suka bekerja? Di dapur basah ataupun kering?
Sumber: PropertyGuru (https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/apakah-perbezaan-antara-dapur-basah-dan-dapur-kering-35749)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI