Sebelum ini, IMPIANA ada berkongsi idea penggunaan kayu spin satu suku (1/4) sebagai feature wall. Nampaknya ramai yang minat dan ada cuba buat sendiri. Tak susah pun, kaedahnya sama seperti membuat wainscotting di dinding. Tapi, idea guna kayu spin 1/4 ni lebih menarik dan murah.
Seperti perkongsian Aen Ren baru-baru ini. Feature wall yang dihasilkan oleh suaminya sendiri menggunakan kayu spin 1/4 hanya bermodalkan RM 70 sahaja. Berikut barang-barang yang diperlukan dan caranya.
Suami tengok fb aritu dia minat design ni. Dia saja try buat je. Modal dalam RM70 buat beli kayu dan gam. Ok kan.
BAHAN-BAHAN:
Kayu spin 1/4
kertas pasir
cat asas putih
cat premium
Gap filler
Gam kayu/sillicon
Kertas pelekat
Gergaji
tapi pengukur
pensel
CARA-CARA:
1. Potong kayu spin mengikut rekaan yang telah di tetapkan
2. Lekatkan kayu pada dinding menggunakan gam silicon
3. Sementara gam kering, lekat kan kayu untuk lebih kukuh dengan menggunakan kertas pelekat
3. Jika terdapat rongga pada bahagian kayu yang telah dilekatkan terutamanya di bahagian bucu, tutup atau kemaskan menggunkan filler
4. Gosok kayu yang telah di potong dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaan
5. Catkan under coat dan biarkan kering sepenuhnya seblum cat premium dioles
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cipta Pejabat Di Rumah, Pilih Tempat Dan Warna Dinding Sesuai!
Isi Kandungan
ToggleSebenarnya ruangan pejabat juga salah satu tempat yang akan naikkan seri rumah kalau pandai hias.
Mencipta Ruang Pejabat di Rumah: Panduan Asas
Dalam era kerja dari rumah yang semakin popular, mempunyai sebuah ruang pejabat yang kondusif di rumah menjadi keperluan bagi banyak individu. Berikut adalah panduan asas untuk mencipta ruang pejabat di rumah yang bukan sahaja fungsional tetapi juga menggalakkan produktiviti dan keselesaan.
1. Memilih Lokasi
Pemilihan lokasi adalah langkah pertama dan paling penting dalam mencipta ruang pejabat di rumah. Pilih lokasi yang jauh dari kebisingan dan gangguan rumah tangga. Ruang yang menghadap ke taman atau dengan pemandangan yang menenangkan boleh membantu menambah fokus dan mengurangkan stres.
2. Warna Dinding
Warna memainkan peranan penting dalam menentukan suasana ruang kerja. Warna seperti biru lembut dan hijau pucat dikenali dapat menenangkan minda dan meningkatkan tumpuan. Elakkan warna yang terlalu terang atau gelap yang boleh menyebabkan keletihan mata.
3. Perabot yang Sesuai
Pilih meja dan kerusi yang ergonomik untuk keselesaan maksimum, terutamanya jika anda menghabiskan banyak waktu di ruang pejabat. Meja harus mempunyai ruang yang cukup untuk komputer, dokumen, dan peralatan pejabat lainnya. Kerusi harus menyokong baik untuk belakang dan boleh laras ketinggian.
4. Pencahayaan yang Baik
Pencahayaan yang baik adalah kritikal untuk mengelakkan keletihan mata dan menjaga tahap tenaga anda. Jika mungkin, susun meja kerja anda dekat dengan sumber cahaya semula jadi. Tambahan lampu meja atau lampu berdiri juga penting untuk memastikan pencahayaan yang cukup pada waktu malam atau dalam keadaan kurang cahaya.
5. Penyimpanan yang Efektif
Ruang pejabat yang teratur akan membantu memudahkan akses kepada dokumen dan peralatan pejabat yang diperlukan. Gunakan rak, kabinet, dan penyusun dokumen untuk memastikan segala sesuatu di tempatnya dan mudah diakses.
6. Dekorasi Personal
Menambah sentuhan peribadi seperti foto keluarga, tumbuhan, atau koleksi buku kegemaran boleh membuat ruang kerja lebih menarik dan menyenangkan. Ini tidak hanya mempercantik ruangan, tetapi juga membuat anda merasa lebih selesa dan santai.
7. Pemisahan Ruang
Jika mungkin, pisahkan ruang pejabat dari kawasan lain di rumah anda untuk mengelakkan gangguan. Ini membantu menetapkan sempadan yang jelas antara ‘waktu kerja’ dan ‘waktu rumah’, yang penting untuk keseimbangan kerja-hidup.
Mencipta ruang pejabat di rumah yang efektif memerlukan perancangan dan pertimbangan. Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh mengatur ruang yang bukan hanya fungsional tetapi juga menyokong keperluan kerja dan kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Atau ikut idea Puan Hani Mynis ini, yang penting fokus barang yang perlu sahaja.
Hiasan Ruangan Pejabat Di Rumah
Welcome to my favorite month of the year! Hani suka awal bulan sebab masa nilah hani buat kebanyakan planning hani, seperti planning menu bulanan, projek kemas rumah, buat belanjawan bulanan, senaraikan to-do dan appointment setiap bulan. So this is where all the “magic” happens.
Pilihan Tempat, Dan Warna Dinding
Ini beberapa cadangan untuk mengadakan home office di rumah.
Pilih tempat atau ruang yang dekat dengan cahaya matahari seperti tingkap sebolehnya.
Ada pengudaraan yang bagus.
Warna dinding yang menenangkan.
Ada meja paling asas pun tak apa. Tak perlu mahal-mahal.
Kerusi yang selesa. Selesa itu bergantung kepada individu.
Ada ruang penstoran yang bagus. Maksudnya ada almari/laci/rak/para.
Akhir sekali, personalised ruang tersebut dengan dekor yang melambangkan diri kita.
Sebab kita nak duduk buat kerja disitu, so kena pastikan kita gembira dengan ruangan tersebut. Kita tak nak rasa boringnya ruang tersebut sampai kita sendiri tak terinspirasi untuk buat kerja disitu.
Sebagai panduan, ini senarai semak barang yang “wajib” ada di pejabat rumah sebagai rujukan.
Jam (tak kisah lah jam meja atau jam dinding)
Inspiration board (ini kedua penting paling ada), letakkan kata-kata motivasi atau gambar “big why” kita.
White board/dry erase board
Pokok hijau (sama ada pokok hidup atau artificial, pokok hidup lagi ok)
Lampu meja
Kalendar (hani suka kalendar “kuda” haha, tapi yang hani punya ni takde ada kuda ada masa solat , even better!)
Set asas alat tulis. Diletakkan paling mudah dicapai.
Kalkulator
Sistem inbox @ outbox untuk uruskan kertas “keluar masuk”
Segala planner (termasuk planner 2019, home dan business binder)
Sistem perfailan sistematik
Elektronik tambahan : laptop@komputer, printer, laminator, dll
Personalised decor items.
Boleh tengok gambar untuk idea penstoran dalam home office hani. Macam biasa kebanyakan barang penstoran datangnya dari Eco.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini diambil dari MW.
Mesti Baca:Ambil Tahu Perkara Ini Elak Rugi Bila Renovasi Rumah
Baca Lagi Di Sini:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Artikel Menarik:Ubahsuai Rumah Tanpa Kelulusan PBT, Wajar Atau Tidak Dirobohkan?
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hanya Guna 2 Bahan Ini Untuk Hilangkan Kesan Hitam Terbakar Pada Seterika, Senang Betul!
Sebelum wujudnya steam iron, seterika jenis besi lah yang telah menjadi penyelamat ibu-ibu untuk dapatkan baju licin tanpa kedut. Walaupun seterika jenis ini mudah digunakan, ada satu masalah yang boleh timbul jika kita tersilap set suhu. Tahap kepanasan seterika perlulah sesuai mengikut material pakaian, jika terlalu panas, alamatnya berlubang lah pakaian tu..
Selain baju berlubang, seterika juga boleh rosak akibat cebisan pakaian yang terbakar telah melekat pada permukaan yang panas tadi. Selagi kesan terbakar tersebut tidak dibersihkan, selagi itulah tak boleh nak guna untuk gosok baju seterusnya, risau ada kesan hitam melekat pulak.
Jadi untuk membantu anda selesaikan masalah ini, seorang pengguna Facebook ada berkongsi petua yang diamalkan beliau untuk hilangkan kesan terbakar pada seterika dengan mudah. Melalui perkongsian Nor Chu di laman Kelab Kaki Deco Barang Eco, ada dua bahan yang mujarab hapuskan kesan hitam tu.
- Pembersih Cif Cream
- Magic Sponge
Cara-caranya:
- Picit cecair Cif ke permukaan seterika yang dipenuhi kesan hitam secukupnya
- Kemudian gosok dan ratakan cecair pembersih Cif menggunakan magic sponge
- Sental bersih dan lap lebihan cecair menggunakan kain lembab
- Ulang langkah tersebut hingga puas hati
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Betul Membasuh Kain Langsir Dalam Mesin Basuh
Bergantung kepada jenis material kain langsir tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP LANGSIR DARI IMPIANA
1.Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2.Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3.Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4.Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5.Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6.Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7.Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8.Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI