Ketika musim tengkujuh tiba, banjir sering menjadi ancaman besar kepada penduduk, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan rendah.

Namun,  tindakan Mohamad Fariswan Mohd Ariffin, 31, itu boleh dikatakan berjaya mencipta penyelesaian inovatif yang murah dan berkesan untuk melindungi rumahnya daripada banjir – menggunakan kayu dan tanah liat mainan!

Guna Kayu & Tanah Liat Buat Tembok, Berjaya Elak Air Masuk Rumah!

Mohamad Fariswan memberitahu kepada media tempatan, idea tersebut timbul apabila melihat kepada keadaan air di kawasan perumahan, hujan lebat yang belum reda dan bahannya memang tersedia di dalam rumah.

Menurutnya, semasa hari kedua banjir buruk masih melanda Kota Bharu, Kelantan, dia terus mengambil keputusan untuk membuat ‘tembok’ sementara.

 

Ads
@mfariswanKita ikhtiar & cuba. Alhamdulillah air tak masuk setitik pun . Geng2 yang terkesan dengan banjir , air masuk ikut pintu boleh cuba cara ni. Confirm jadi !♬ original sound – Faris

“Kawasan taman perumahan saya di Teluk Panji bukan jenis air termenung. Jadi, saya dah tahu paras air akan naik kalau hujan. Pada mulanya saya buat tak tahu, tiba-tiba air masuk melalui pintu.

“Saya pun fikir apa nak buat lepas dah guna macam-macam cara, akhirnya saya ambil kayu dan plastisin mainan anak. Setakat sekarang dah tiga hari (termasuk hari ini) pasang alhamdulillah masih bertahan, tiada masalah.

“Banjir di kawasan perumahan ini tak teruk sangat sebab saliran longkang memang okay, cuma tak mampu menampung lebihan air banjir sebab itulah melimpah sampai ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Ads

Mohamad Fariswan memaklumkan, dia juga mengambil inspirasi dan ilmu daripada orang-orang lama yang membuat tembok penghalang banjir menggunakan guni pasir atau plastik di sekeliling rumah.

“Idea ini pun dah lama orang guna sebenarnya sebab itu saya terfikir nak buat. Tetapi, air di kawasan perumahan saya cepat surut dalam setengah jam sahaja, cuma kalau hujan memang akan naik lagi,” ujar pemuda berkenaan.

Setakat ini, hantarannya itu di akaun TikTok @mfariswan , telah mendapat 1.7 juta tontonan setakat ini dengan hampir 60,000 tanda suka dan lebih 20,000 perkongsian.

Ramai warga maya bersetuju dan pernah menggunakan kaedah tersebut!

Ads

Sumber: Sinar Harian / TikTok @mfariswan

FT Image: TikTok @mfariswan

Mesti Baca: Intan Najuwa Tempah Katil Bayi, Pilih Warna ‘Pink’ Untuk Anak Sulung
Baca Lagi Di Sini: Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa!
Artikel Menarik: Transformasi Rumah Flat 650 Kaki Persegi, Dekorasi Simple Tampak Elegan & ‘Cozy’!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI