
Over-watering atau penyiraman berlebihan antara punca utama kematian indoor plant. Sebenarnya, ada penyelesaian lebih mudah untuk mengatasi masalah ini. Selain bekas siraman yang bukan sahaja menyebabkan lebihan air malah sisa yang mengalir keluar akan mengotorkan kediaman, apa kata anda guna trik air batu.
Menurut Jilian dari I Am a Homemaker, air batu yang mencair berupaya membekalkan siraman kepada tanaman secara beransur-ansur (slow-release). Ini menyebabkan air dapat diserap sepenuhnya oleh akar secara berperingkat dan sempurna. Tambahan, teknik ini sangat sesuai bagi penyiraman tanaman bergantung. Ia dapat memastikan persekitaran anda tidak kotor disebabkan air yang jatuh
Teknik ini paling sesuai untuk tanaman jenis berbunga seperti orkid, begonia, petunia dan sebagainya.

Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mari Kita Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti

Mari kita kenali dengan lebih dekat salah satu bangunan bersejarah di selatan tanah air iaitu Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini mula dibina sekitar tahun 1902 dan siap sepenuhnya pada 1908 telah menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan.
Istana Lama Seri Menanti ini juga dibangunkan ekoran selepas peristiwa hitam yang berlaku di Istana Pulih yang telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah sewaktu peperangan Bukit Putus.
Masih tersergam indah sehingga ke hari ini, Istana Lama Seri Menanti ini telah menjadi sebuah bangunan yang terkenal di serata negeri dengan keunikan struktur bangunan yang dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku.
Bagi anda yang masih belum menjejakkan kaki di Istana Lama Seri Menanti ini, untuk maklumat anda struktur bangunan bersejarah ini mempunyai ketinggian empat tingkat dan pelan asalnya dipercayai telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.
Namun begitu, sehingga kini tidak dapat dibuktikan bahawa kedua-dua figura ini yang menjadi tukang pembinaan Istana Lama Seri Menanti.
Istana Lama Seri Menantu ini berjaya dibangunkan dengan menggunakan paku diperbuat daripada kayu yang dipanggil Pasak. Bukan seperti kayu biasa yang lain, Pasak ini mempunyai struktur yang keras dan kukuh untuk pembinaan sebuah bangunan.
Dari segi reka bentuk bangunannya pula, Istana Lama Seri Menanti ini direka daripada simbolik tanduk Kerbau yang melambangkan keamanan.
Kemudian, atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini secara rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan perasmiannya telah dilakukan pada tanggal 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah.
Kini, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Manakala setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Negeri Perak Terkenal Dengan Mercu Tanda Menara Jam, Mari Lihat Semua Reka Bentuk Yang Ada
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wajib Tahu – Sayur Dan Ulam Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Ibu Yang Sedang Berpantang

Penjagaan pemakanan adalah untuk pastikan ibu mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan selepas bersalin. Dalam menu untuk berpantang, jangan lupa masukkan sekali sayur-sayuran dan ulam-ulaman ya sebab ianya kaya dengan fiber, vitamin dan mineral serta membantu ibu dari menderita akibat sembelit.
Sayuran yang tidak boleh dimakan semasa berpantang
Ramai ibu yang tidak pasti dan keliru sayuran jenis apakah yang boleh dimakan sewaktu berpantang dan sayuran apa yang perlu dielakkan ketika berpantang. Ibu berpantang secara normal atau pun pembedahan tidak digalakkan untuk mengambil sayuran yang menjalar, sejuk dan berangin. Ini kerana sayuran yang tumbuh secara menjalar ni boleh menyebabkan ibu kembung, lemah sendi dan sejuk pada otot. Contoh sayuran menjalar seperti pucuk ubi, petola, kangkung, timun, rebung, labu, bayam, terung, sayuran kekacang dan petai.
Sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang
Ibu berpantang sangatlah digalakkan untuk makan sayur sawi, peria, lobak merah dan lobak putih. Pengambilan sayur sawi adalah bertujuan untuk membuang angin. Sayur peria pula memudahkan ibu untuk membuang air besar di samping membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
Ulam-ulaman dan Rempah Ratus yang Boleh Dimakan semasa Berpantang
Halia, serai, lengkuas, bawang putih, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, pucuk ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup adalah ulam-ulaman yang kaya dengan fiber, zat galian mineral dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E yang bersifat antioksidan.
Fungsi utama makanan jenis ini adalah untuk mencuci darah, merangsang peredaran darah, menyembuhkan luka dalaman dan luaran, membuang angin dalam badan, mengembalikan tenaga dan kecergasan badan. Tak hairanlah kalau orang dulu dulu semangat masak dan sediakan macam-macam jenis ulam disebabkan khasiatnya yang cukup banyak. Selain tu, penggunaan rempah ratus dalam hidangan utama terbukti dapat memulihkan kesihatan selepas melahirkan cahaya mata.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pokok Eucalyptus Pewangi Semula Jadi Yang Menyegarkan, Tak Perlu Dah Guna Spray/Lilin

Pokok eucalyptus pewangi semula jadi yang menyegarkan, tak perlu dah guna spray/lilin. Pokok eucalyptus sangat menyegarkan jika diletakkan di dalam tandas. Ia memberikan aroma yang wangi. Pokok eucalyptus merupakan spesies pokok hutan yang berasal dari Australia.
Pokok eucalyptus juga dikenali sebagai pokok kayu putih. Di Australia, ia sinonim dengan habitat beruang koala. Selain Australia, beberapa genus eucalyptus ditemui di Indonesia dan Papua New Guinea.
Bagaimanapun beberapa pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) kurang bersetuju pokok eucalyptus diletakkan sebagai tanaman hiasan yang dikatakan alat pembersih udara semula jadi.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Puteri Edaroyati Megat Wahab berkata, setakat ini tiada penyelidikan menyatakan ia boleh membersihkan udara secara semula jadi. Namun penggunaan sebenarnya adalah sebagai pewangi memang tidak dinafikan.
Beliau berkata, minyak pokok ini boleh digunakan sebagai pewangi yang menyegarkan, penyegar udara, kosmetik, minyak wangi dan sabun.
“Selain itu, ia juga sebagai ramuan dalam minyak angin atau urut. Minyak tersebut mengandungi cineol yang mudah meruap dan memberi bau yang sangat kuat.
“Disebabkan itu, ada orang yang suka kepada bau segar ini akan menjadikannya keratan untuk digantung di ruang yang perlu kepada kesegaran seperti bilik air.
Berikut perkongsian daripada seorang pengguna, dinashuz
You all tau tak kita boleh wangikan rumah especially bilik air dengan fresh eucalyptus? You can either letak dalam vase with water or let it dry, lama juga wangi tu bertahan. I paling suka gantungkan dekat dengan shower so bila mandi tu rasa refreshing sangat, and if kita mandi air panas, hot steam akan release eucalyptus oil tau.
Eucalyptus ni bukan sahaja wangi, it has a lot of benefits like promoting relaxation, relief cold symptoms, so kalau you selalu ada allergies and sinus, cuba inhale eucalyptus. If you letak dalam air, every few days trim batang dekat bawah each time tukar air, dia akan bertahan lama nak dekat sebulan dia boleh tahan tau.
Sekarang I nak cuba avoid lighting up too many scented candles or spray room fragrance, sebab toxic untuk indoor air quality. Sekali sekala takpe tapi jangan hari hari ok. Kita cuba wangikan rumah secara natural jom!
Menurut Pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah Fakulti Pertanian, UPM, Dr. Daljit Singh Karam, pokok ini banyak digunakan dalam industri perkayuan, pulpa dan kertas termasuk perubatan seperti penghasilan minyak angin dan pengawal perosak semula jadi.
Antara produk utama eucalyptus terkenal termasuk kertas A4 Double A, minyak pati, minyak angin dan pulpa. Eucalyptus hibrid ini adalah solusi kepada kekurangan sumber kayu dan mampu mengekang penuaian sumber kayu dalam hutan negara kita yang amat berharga.
Sementara itu, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Univeristi Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, (UPMKB), Dr. Keeren Sundara Rajoo menyatakan pokok Eucalyptus mempunyai kebaikan kepada saluran pernafasan.

Pati minyak yang dihasilkan dari pokok ini dapat menghasilkan rasa yang menenangkan dan menyegarkan apabila dihidu. Disebabkan itu minyak kayu putih dijual secara meluas dan ianya dapat membantu individu yang mengalami masalah pernafasan seperti asma atau alahan, namun kajian masih terhad dalam bidang kesihatan.
“Pelbagai kajian yang dibuat membuktikan bahawa tumbuhan hijau dan semula jadi memberi kesan positif dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental. Jika anda meletakkan pokok eucalyptus di dalam rumah ia akan mengubah suasana rumah lebih santai dan tenang, namun kajian yang teliti mengenai keberkesanan sebenar belum disahkan.
“Jadi sebagai peringatan kepada semua, pokok ini mengandungi sebatian yang berbahaya kepada manusia kerana sesetengah orang mengalami alahan sehingga mengakibatkan ruam, sukar bernafas, atau sakit mata yang teruk,” katanya.
Sumber: upm.edu.my dan Instagram dinashuz
Kredit foto: Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI