Kalau yang pakai perabot jenis MDF board (medium density fiber bord), particle bord, compressed bord atau seangkatanya, memang mudah naik kulat. Hal ini akan kerap berlaku jika kondisi persekitran lembap dalam tempoh yang lama dan kedap. Hal ini kerap berlaku pada almari baju, rak buku dan sebagainya.

Dah lap dan dibersihkan pun, masih ada lagi kelihatan kulat wujud terutamanya di bahagian yang telah dibersihkan. Ini berlaku disebabkan oleh spora yang tersia dan keadaan atau kondisi ruang tersebut masih lembap.

Tapi Bijen Mohd ada cara tersendiri untuk atasi masalah kulat dalam almari.

Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah share cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?

Hari ni nak bagi testimoni sikitlah. Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ni saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.

Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik. Issue permanently solved.
So, ni saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah.

Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.

Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.Guna Kristal Kucing Untuk Hilangkan Kulat Dalam Almari

Ads

Beli pasir crstal dekat sini je https://invol.co/cl8ey75. 5 liter baru RM 17. Banyak pula tu dapat

Guna Kristal Kucing Untuk Hilangkan Kulat Dalam Almari


Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.

Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.Guna Kristal Kucing Untuk Hilangkan Kulat Dalam Almari

Ads

Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.Guna Kristal Kucing Untuk Hilangkan Kulat Dalam Almari

Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.

Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.

Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.Guna Kristal Kucing Untuk Hilangkan Kulat Dalam Almari

Ads

Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Haha! Sat lagi korang salah faham pula.

Satu lagi tips nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.

Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.

Ni rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.Guna Kristal Kucing Untuk Hilangkan Kulat Dalam Almari

Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.

So, nampaknya berhasillah eksperimen saya. Selamat mencuba!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI