Guna Pelekat RM1.75 Berjaya Hasilkan “Feature Wall” Menarik, Mudah Dan Jimat!

Share

Sesebuah ruang akan serta merta menjadi lebih menarik apabila mempunyai feature wall. Selain pemilihan warna cat, biasanya pemilik juga boleh pasangkan saja wallpaper untuk dapatkan feature wall yang cantik. Tetapi berbeza dengan seorang cikgu dari Negeri Sembilan ini. Selepas tersalah beli wallpaper untuk kediamannya, Puan Herdiana Hamid

telah berjaya memikirkan sebuah langkah yang cukup kreatif untuk menghias dinding rumah.

Puan Dian dan suami menggunakan pelekat hitam yang amat murah dan berjaya transform dinding yang tampak kosong menjadi lebih menonjol dan menarik dengan corak burung geometrik. Jom kita tengok tranformasi nya!

BEFORE

Pelekat seperti ini boleh didapati di Mr.DIY dengan harga RM1.75 untuk yang bersaiz besar, dan 85 sen untuk yang kecil. Murah je! Puan Dian hanya memerlukan 4 tape saiz besar dan 10 tape saiz kecil untuk mendapatkan sebuah feature wall

yang cantik.

AFTER

Hasilnya sangat menakjubkan. Selain menjimatkan, langkahnya juga amat mudah.

BEFORE

AFTER

Harap pembaca semua mendapat inspirasi dan selamat mencuba!

Published by
amalina